Isnin, 12 Julai 2010

Kawan, Teman & Rakan...........

Ada orang........
Nampak macam kawan
Ikhlas hanya di depan
Kat belakang dia tikam kawan

Ada orang........
Nampak macam teman
Tidur sebantal makan sepinggan
Tapi dialah gunting dalam lipatan

Ada orang........
Nampak macam rakan
Gelak ketawa gembira sakan
Dalam diam dia sapu hak rakan

Kawan........
Apa yang ku layan
Sikit punya hal
Dah nak berlawan

Teman.........
Kenapa jadi bergini
Dulu dah best
Sekarang tercari-cari

Rakan........
Hindarilah fikiran sempit ini
Tujulah ke arah globalisasi
Semoga kita bertemu lagi
Mestipun bukan di daerah sendiri
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!