Ahad, 18 Julai 2010

KENALI DUNIA LELAKI

DUNIA LELAKI
Dunia lelaki merupakan suatu dunia yg cukup mudah dan ringkas. Lelaki dan wanita bukan hanya berbeza dari segi jantinanya tetapi mereka ada dalam dunia yg tersendiri. Disebabkan itu, ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan beberapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami dunia lelaki huhuhuhu.

*HIDUP LELAKI LEBIH MUDAH
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita, kerana itu lelaki sukar utk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dlm bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yg mudah dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki

*BAHASA LELAKI ADALAH BERLAINAN
Lelaki bercakap dengan bahasa yg berlainan, bukan bahasa asing atau alien ok. Ini yg menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yg lahir dari kata-katanya jika bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yg dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong maka adalah lebih baik bagi wanita utk memahami lelaki dari apa yg dilakukan berbanding dari apa yg dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

*LELAKI SUKA MEMBISU
Wanita berkebolehan utk membicarakan sesuatu subjek yg sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka utk menyumbunyikan dan membisu.

*LELAKI TIDAK KOMPLEKS
Jika terdapat semua tanda yg menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yg lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks tetapi sebenarnya kehendak lelaki mudah.

*JANGAN PAKSA LELAKI
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yg wanita tersebut tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yg penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

*LELAKI BERAHSIA DENGAN LELAKI LAIN
Tidak sebagaimana wanita yg lebih mudah utk bercerita masalah yg dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yg dirasainya dan pelbagai cerita peribadi adalah sukar bagi lelaki utk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yg maksima.

*LELAKI PENTINGKAN KEJUJURAN
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yg kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yg lainnya. kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumah tangganya.

*LELAKI TIDAK SUKA DIKRITIK
Jangan mengkritik lelaki melainkan jika wanita itu bersedia utk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka utk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya seperti kepada saudara atau rakannya mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

*LELAKI JUGA MAHUKAN SOKONGAN
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "Saya cintakan abang..." atau "Tidak kira apa yg terjadi, saya tetap bersama abang".


"THE MEASURE OF A MAN'S REAL CHARACTER IS WHAT HE WOULD DO IF HE KNEW HE WOULD NEVER BE FOUND OUT"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!