Sejak perhubungan terbina
Cinta suci mula berputik
Harapan menggunung terasa tiba
Rupanya terhalang dek keadaan
Aku tahu aku tidak mampu
Impikan istana yang bahagia
Ku sangka istana mudah dibina
Rupanya mahligai runtuh semuanya
Sudah menjadi lumrah
Yang cantik dan sempurna disanjung....dipuja
Yang kurang sempurna dikeji....dihina
Lupakah Qada' dan Qadar yang Maha Esa
Apakah dayaku oh Tuhan
Setiap hari ku memohon
Derita ku ini tidak tertahan
Doaku pinta, jariku susun
Cinta ini cinta penuh halangan
Lukanya pedih bukan kepalang
Bagaikan tiada harapan muncul menjelang
Tiada ku pinta jadi bergini
Mencintaimu sepenuh hatiku
Niat ikhlas ku tidak diizin
Tersalah langkah aku takuti
Aku pilih bukan kerana hartamu
Aku pilih bukan kerana rupamu
Aku pilih bukan kerana keturunanmu
Aku pilih kerana agamamu
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Satukan kamu yang saling mengasihi
Usahlah kami disiksa.... disisih
Bantulah kami tuju ke jalan yang suci bersih
Andai benar tersalah pilih
Mengapa kami diketemu masih
Menuai cinta yang putih bersih
Atau diuji menjadi hamba yang soleh
Wahai kekasih yang amat dicintai
Takkan hatimu berubah kasih
Hanya kamu yang ku pilih
Teguhkan hatimu andainya boleh
Wahai kekasih yang jauh dimata
Redalah apa yang tersedia
Hadapilah dengan tabah
Kelak kita bahagia disana.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan