Sabtu, 17 Julai 2010

KENALI KEIKHLASAN SI DIA

Pernahkah anda digilai (bukan orang gila yaa) oleh seseorang yg bergitu teruja dengan diri anda?? si dia yg menyintai anda itu mungkin benar-benar ikhlas. meh aku nak bagi tips sikit macam mane nak tau semua ini, kalau ade salah atau silap tu kowang betulkan lah ok......

  1. orang yg mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. yg dia tahu di hati dan matanya hanya anda satu-satunya orang yg dicintai
  2. walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih dia tidak peduli. baginya yg penting anda bahagia dan tetap menjadi impiannya
  3. orang yg menyintai anda selalu menerima seadanya, dihati dan matanya anda selalu yg tercantik walaupun anda berasa berat badan sudah bertambah
  4. orang yg menyintai selalu ingin tahu apa saja yg dilalui anda sepanjang hari
  5. orang yg menyintai anda akan mengirimkan SMS seperti selamat pagi, selamat malam dan seumpamanya walaupun anda tidak membalas SMSnya
  6. menerusi kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya dalam cara berbeza bukan "aku cinta padamu" tetapi berselindung di sebalik ayat selain kata cinta itu
  7. orang yg menyintai anda akan selalu mengigati setiap kejadian yg dia lalui bersama bahkan mungkin kejadian yg anda sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah sesuatu yg berharga untuknya
  8. orang yg menyintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yg anda ucapkan bahkan mungkin kata-kata itu anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya
  9. orang yg menyintai anda akan belajar menggemari lagu, cerita, dan apa-apa sahaja kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda
  10. jika anda kurang sihat kali terakhir bertemu dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanyakan keadaan anda
  11. orang yg menyintai anda akan memberikan satu barang miliknya yg mungkin bagi anda sekadar sesuatu yg biasa
  12. orang yg menyintai anda akan terdiam sebentar ketika sedang bercakap di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup
  13. orang yg menyintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti kekasih
  14. orang yg menyintai anda kadangkala merindukan anda dan melakukan perkara yg membuatkan anda pening kepala. namun dia cepat meminta maaf jika tindakannya menggangu diri anda
  15. jika anda memintanya untuk mengajari sesuatu maka dia akan melakukannya dengan sabar walaupun anda mungkin orang yg terbodoh di dunia
  16. kalau melihat telefon bimbitnya, nama anda akan menghiasi sebahagian besar ruang pesanannya. dia masih menyimpan SMS anda walaupun ia sudah dikirim berbulan-bulan lalu
  17. jika sesuatu saat anda merindukanya dan ingin memberikanya kesempatan dia akan sedia menunggu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!