Ahad, 19 Disember 2010

Aku yg bodoh 2

Dulu mase sekolah menengah aku memang suka pada NO FEAR ni... tak tahu kenapa huhuhu. Aku sering guna slogan no fear dalam hidup aku dulu... huhuhu mungkin sebab masa tu bermulanya adengan kesulitan dalam hidup aku jadi untuk menguatkan diri aku gunalah slogan ini. Sampai kat mana-mana aku tulis no fear huhuhu malahan pada kertas jawapan peperiksaan pun aku ade tulis hehehehehe mujur cikgu aku jenis tak kisah dengan aku. Haaa sampai kat kertas jawapan peperiksaan PMR dan SPM pun aku tulis hahahaha, punyalah aku suka sampai baju aku pun aku beli yg jenama no fear tapi kebiasaanya kena kebas dengan abang aku....
Ok aku bukan nak promosi jenama ni ok, bukan aku dapat apa2 pun kalau promosi. Aku nak cerita sikit pasal hasil kajian aku waahahaha. Korang pernah terbaca tak kat mana2 pasal perempuan yg berjawatan tinggi kebiasaannya akan menjadi andartu sebab lelaki takut untuk mendekati golongan itu atas sebab merasa rendah diri bla bla bla bla bla 1000X...... ok aku nak tambah sedikit pasal menda ini... betul atau salah ini adalah kajian aku dan pendapat aku kalau korang ade pendapat lain boleh dikongsi bersama.
Ini pendapat aku lah selepas aku memerhati segelintir perempuan yg agak berpelajaran tinggi lah. Kalau dah berpelajaran tinggi mesti kerja pun berpangkat tinggi yee idak?? hahaha itu pun kalau berjayalah... ini belum tentu lagi tapi dah berlagak... haaaaa itulah hasil kajian aku "berlagak"... yup dari apa yg aku perhatikan golongan ini berlagak dan itu membuatkan lelaki agak jelik... yaaaa aku tahu walaupun golongan itu berjawatan tinggi atau kerja yg best2 tapi mereka jua insan biase yg ingin berumah tanga dan di sanyangi. TETAPI kebelagakan itu agak kurang menyenangkan huhuhuhu. Kalau korang perasan golongan ini suka cakap orang lain "bongok" mmmmmmmmmm korang fikir sendirilah.
Bak kata kawan aku tu... "eleh cuba suh dia wat kerja ko kompom dia langsung tak tahu". Wokey ape yg aku nak sampaikan, adalah semua orang pandai tapi dalam bidang masing2 lah.. agak kurang elok bila kita cakap orang bongok ni... ada seorang minah tu duk cakap aku bongok ... mungkin dia terlebih pandai tapi pelik menda senang pun tak tahu nak wat... tanye kat aku jugak hahahaha pelik aku. Kalau dah terlebih pandai wat pe tanye kat orang kan... tak gitu?? Semua orang pandai dalam bidang masing2... contoh doktor.. cuba korang suh doktor tu repair kereta... mampus dia tahu dan cuba korang suh mekanik tu rawat orang.. mampus dia tahu jugak... kesimpulannya kita saling memerlukan jadi jangan suka duk cakap aje. Fikir dulu sebelum berkata.. Anda pandai dalam bidang anda dan orang lain pandai dalam bidang mereka... kesimpulanya semua orang dalam dunia ini adalah pandai..=P
Ok.. ini aku nak bercerita pasal sesuatu... aku mendengar keluhan rakan ini jadi mari kita berkongsi hehehehe. Kita selalu nampak apa yg lain je tapi pada kita haram tak nampak atau buat tak tahu ajee yop hahaha. Ini pasal orang yg hanya nampak apa yg dia beri kat orang aje... mulalah nak ungkit lah, kata itu lah, kata ini lah tapi dia tak nampak pulak apa yg dia terima dari orang. Pelik jugak aku dengan orang macam ni, cakap best je tapi tak sedar apa yg orang lain beri kat dia kadang2 tu apa yg orang beri lagi banyak dari apa yg dia beri kat orang tapi dia tak nampak tu... Semoga dia tersedar suatu hari nanti dan hentikanlah perangai sebergitu.
Alang2 aku dh bercerita pasal menda ni aku nak selitkan sedikit, kalaulah kita tahu apa yg orang tu terlah buat untuk kita, sesuatu yg tak tak nampak dari pandangan kita tapi orang tu lakukan demi kita... persoalan??? perlukah kita memberi tahu pada dia?? tak perlu lah,, biar dia tahu sendiri... baru ada mesteri sedikit kan.. tak gitu??
Takdi ada orang mintak pendapat aku kat facebook tapi sory aku tak tahu nak cakap apa hahahaha. Masalah berkenaan hati ko jadi aku tak nak campur tapi yg pelik takan dah berumur tapi tak boleh nak berfikir??? mmmm entah lah. Haaaa tiba2 aku terfikir sesuatu hahahaha, ok aku nak tanye kat korang.. menda ni menjadi persoalan kat fikiran aku ni. Adakah kita perlukan sebab untuk mencintai seseorang itu??? kenapa kita perlukan sebab?? tidak bolehkah kita mencintai seseorang itu tanpa sebab?? korang tolong jawab boleh???
Bagi aku lah kan... rasanya tak perlukan sebab untuk mencintai seseorang... yelah kalau korang cinta pada orang tu atas sebab jadi bila dah tak ada sebab korang tak cinta lah kat orang tu ek??? contohnya korang cinta pada kereta itu sebab kereta itu boleh membawa korang meronda.... tapi bila kereta itu rosak dan tak boleh dah korang meronda korang tak cinta dah lah kat kereta tu. Eeerrrr mesti ada yg tak faham kan hahaha memang agak memusing ayat aku ini. jadi pada yg faham apa yg ingin aku sampaikan ni bagus2 anda memang bagus dan pada yg duk mengaru-garu kepala tu hahahaha lantaklah korang. Jadi agak pelik bila orang bertanyakan "kenapa awak cinta kat saya", "berikan 3 sebab kenapa awak cinta saya" dan sebagainya lagi . Cinta itu adalah perasan yg terbit di hati tanpa sedar dan perlukah "sebab" untuk mencintai dirimu??? kalau takde sebab tak boleh lah nak cinta ek?? cam tu ke??

P/S= Eceehh terjiwang sebentar hehehehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!