Isnin, 13 Disember 2010

Tagged Oh Tagged 2



Ada yg tahu apa itu Tagged dan ada yg masih tak tahu atau sedar kewujudan laman sosial sesawang ni. Ok laman ni sama je dengan Facebook dan myspace cuma kat sini agak menjijikan bagi aku hahaha. Oh leh sebab aku agak bosan kebelakangan ni aku mula lah mengonlinekan tagged kepunyaan tunang aku ni. Aku juga memiliki akuan aku sendiri kat sini tapi kurang menarik lah, sudah bosan dingorat oleh Gay je aku cuba pulak tengok ape yg menarik kat tunang aku punya tagged ni.
WOW memang menarik kat sini hahaha, oppsss lupa nak bagi tahu kalau waktu malam korang tengok YEN online tu adalah aku hahaha. Ok banyak sunguh tunang aku ni dapat mesej dari jantan2 yg tak sedar diri atau yg lupa diri tapi pelik pulak aku tak ada pulak lesbian ngorat tunang aku ni hurrmm. Aku layan je semua mesej dari lelaki2 yg tak dikenali tu hahaha sory lah yg korang duk layan tu sampai ke pagi tu adalah aku hahaha, ada jugak aku rasa kesian menipu mamat2 ni hahaha yelah ada yg bersunguh nak facebook, ym tunang aku ni.. aku bagi lah email aku waahahaha memang lah korang tak jumpa facebook tu, dah email aku kompom lah keluar aku punya facebook hahaha tapi masih lagi yg tak perasan dan duk cakap tak jumpa2 hahaha slow betul lah korang ni.... kalau dah lebih 10 kali korang duk cari guna email aku dan duk keluar facebook aku je sendiri mau tau lah hahaha.
Ada jugak yg add kat Ym aku hahaha, terpaksa lah aku tukar gambar kat Ym tu supaya tak kantoi hahaha. Aku nak tengok sejauh mana jantan2 tak bertauliah ni nak buat, bermacam-macam mesej yg ada, mesej lucah, mesej ajak kawin, mesej nak berkenalan tu yg paling banyak dan aku suka tengok cara korang nak mintak nombor telefon hahaha. P elik jugak aku ada jugak orang yg mudah memberi nombor telefon hahaha, boleh jadi bahan kajian aku dah ni hahaha.
Aku nak ucapkan terima kasih lah sebab korang dah buat aku ketawa bagai nak gila hahahaha, best aku menyamar ni, dan penyamaran aku tak pernah kantoi sebab apa?? yaaaa sebab aku guna istilah " Saya kenal sayang saya" jadi aku guna cara tunang aku. Aku tahu lah macam mana tunang aku ni jadi dengan mudah aku boleh menyamar dan korang 100% PERCAYA dan tidak sedikit pun berasa ragu-ragu walaupun sudah terang lagi bersuluh korang di tipu waahahahaha.
Kat sini aku nak bagi tahu sikit pada isteri2 misali tu awasi laki korang tu, ada yg mengunakan lawan sosial ni untuk berbuat sesuatu yg mungkar. Dan pada gadis2 di luar sana jangan terpedaya, laman sosial ni untuk hiburan je jangan sampai anda menjadi mangsa lelaki2 dayus. Aaaceh macam lah aku perempuan hahaha, ok aku tak tergolong dalam lelaki tak bertauliah ni ok, walaupun rupaku hudoh tapi hatiku sesuci embun pagi (puji diri sendiri lak). Aku gunakan laman sosial ini hanya untuk hiburan di waktu lapang.
Yup sebelum aku mengakhiri coretan kali ini aku nak memberitahu bahawasanya, facebook tunang aku tu pun aku jugak yg online pada waktu2 tertentu untuk bermain game poker huhuhu. Dan korang tak perlu risau sebab aku akan offkan chat, jadi bila korang tengok chat tu on je itu bermaksud tunang aku yg sedang online jadi korang boleh lah chat dengan dia secara private. korang jangan risau aku tak akan mengangu korang di situ walaupun di inbox dia.... buat lah apa yg korang suka dan dia pun boleh buka akuan facebook aku tapi aku tak pernah pun bagi tahu pada teman2 aku.... tiada rahsia dari aku... wasalam. PISSS NO WAR

 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!