Selasa, 28 Disember 2010

TEKA-TEKI TOK AKI

Kali ni kita main teka teki pula ok.... biarlah berfikir seketika untuk melancarkan otak korang tu hahaha mesti dah ade yg berkarat dah kan. Pelik kan kenapa aku post yg ni pulak, bukan apa hari ni orang nak mengamuk atau marah je kat aku??? Entah aku pun tak tahu nape dan dia tu dah betul2 mengamuk huhuhuhu betul2 punya bukan cobaan hehehe. Ok mari korang teka lak jawapan untuk teka-teki ini
  1. Kenapa ikan dalam laut tak habis-habis di makan?
  2. Dalam banyak benda yg cair, apakah bendanya bila dipanaskan ia jadi beku?
  3. Apa sebenarnya yg ada di antara langit dan bumi?
  4. Isteri saiful nak bersalin. Dia pun bawa isterinya pergi ke hospital. Mereka melalui jalan kampung, jalan bandar, jalan raya dan lebuh raya sebelum sampai ke wad bersalin. Selepas anak itu dilahirkan Saiful dan isterinya sepakat namakan bayi itu Azman. Kenapakah bayi itu perlu bernama Azman?
  5. Saiful ada sebidang tanah. Dia kemudian membahagikan tanahnya kepada dua bahagian. Satu bahagian ditanam getah dan satu bahagian lagi ditanam dengan sawit. Persoalanya pokok manakah yg tumbuh dulu?
  6. Apabila ditutup dia akan mengintai tetapi bila dibuka marah pula. Kenapa?
  7. Ada satu benda bertali, bila kita pegang dia mati. Bila kita lepas dia hidup. Tapi yg peliknya lama-kelamaan mati juga. Kenapa ye?
  8. Bila kita makan buah pisang ke, durian ke, mesti buang kulit. Tapi kalau makan kulit apa nak dibuang?
  9. Kalau kita dilanda banjir mesti hujan lebat turun dulu baru banjir. Tetapi ada negara yg banjir dahulu kemudian baru hujan. Apa dia ye?
  10. Aku pakai motosikal YAMAHA. Tapi kau pakai motosikal HONDA. Kenapa motosikal aku YAMAHA?
  11. Dalam banyak-banyak haiwan apa dia yg paling tak sopan?
  12. Haiwan apa yg boleh beranak dan bertelur?
  13. Macam mana nak bezakan antara ikan jantan dengan ikan betina?
  14. Kenapa kalau orang naik teksi sudah sampai baru bayar?
  15. Kalau ada sungai mesti ada air tapi apakah sungai yg tak ada air?
  16. Apakah persamaannya antara ikan dan kod gitar?
  17. Apakah benda yg kita tak tahu itu milik kita?

KORANG fikirkan lah jawapan dia semua ek... cuba fikirkan dulu catit kat mana2 nanti aku bagi jawapan dia. Kalau jawapan dia sama dengan jawapan yg aku berikan korang memang pandai. Tahniah aku ucapkan...


                                            Jawapan teka teki tok aki

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!