Amarah... korang biase marah orang tak?? sebab apa korang marah?? korang pernah berfikir tak sebelum nak marah tu?? ok kali ni aku lak nk marah hahahaha sebelum tu aku nak bagi tahu dulu yg aku ni ade 3 orang abang. Kalau orang lain aku tengok abang2 diaorang akan membantu adik tapi keluarga aku berbeza dari tu.. aku dah cukup bosan dengan semua ni... selalu je aku di tindas.. MENGAPA?????
Abang aku duk marah je kat aku... seperti biase aku hanya mendiamkan diri je kang kalau aku bersuara atau menjawab mula lah kata aku ni tak hormat ke apa tah. Aku cukup dah tak tahan dengan situasi ini. Pelik jugak aku, nama je abang tapi tak berfikir cam abang pun. Ke korang memang tak pernah gunakan akal fikiran yg sejak azali tu ada kt korang ni?? Kali ni aku ank bersuara pulak kalau aku tak bersuara macam mana dan sampai bila korang masih tak berfikir... aku nak bagi korang berfikir pula. Korang pernah tak nak menyelami hidup aku?? Apa yg aku alami? Apa masalah aku oppss aku ni merupakan masalah korang kan itu apa yg korang nampak. Ini pasal 2 orang abang aku.. yg sorang lagi tu tak bising apa pun kat aku, lepas dia kawin dulu aku tengok ada perubahan kat dia mungkin dia dah boleh berfikir dari abang2 dia tu.
Selama ni aku hanya senyap aje membiarkan diri aku di marahi oleh korang (2 orang abang aku tu). Tanpa sepatah apa pun aku menjawab walaupun aku tahu kalau aku jawab memang korang akan terdiam punya. Korang semua meletakan kesalah kat aku ni, semua beban kat aku ni untuk hidup korang jadi mudah dan boleh bersenang lenang, dah berapa banyak perngorbanan yg aku lakukan untuk itu tapi korang tak sedar... Apa yg korang tahu aku ni hanya menyusahkan korang tapi hakikatnya aku ni lah yg melaksanakan tangungjawab yg sebenarnya korang tu yg perlu tangung tapi korang serahkan kat aku pula.... pelik lah sape yg abang sebenarnya ni???
Sekarang korang pulak diam dan dengar apa yg aku nak kata ni cuba buka fikiran korang kejap dan berfikir dengan apa yg aku nak sampaikan kat sini. Tak apa korang jangan risau aku tak akan mendedahkan perbuatan korang yg lain yg cukup memalukan itu. Ini hanya berkaitan dengan seorang yg di gelarkan ibu. Dari dulu sampai sekarang aku je yg jaga mak kita tu (tak tahu lah korang masih rasa orang tu mak korang sebab dari apa yg aku tengok tak pun bergitu). Semejak mak sakit sapa yg kesana kesini?? sapa yg duk ulang alik sepital?? Aku kan semuanya aku...siapa yg duk menghantar mak menjalani rutin hemodialisis?? tetap aku kan... seperti korang sedia maklum yg mak kan kena cuci darah seminggu 3 kali... ok cuba korang kira ni 3x4x12x3=432 kali kalau tak silap aku lah... dan berapa kali je yg korang pernah hantar dan ambil mak??? ok mungkin tak ada tak apa kita tukar pulak beberapa kali yg korang pernah hantar atau ambil?? cuba kira... ada tak sampai 10 kali ada tak???? HAAAAA ada tak? dalam 3 tahun ni?? walaupun kerja atau tidak aku jugak yg hantar dan macam lah korang berdua je yg kerja dalam dunia ni. Luruh hati aku bila aku tahu yg sorang ni nak hantar mak kat rumah orang tua... sangup yee oh abang ku... dari kecil sampai tua ni korang dijaga dan di bela oleh mak tapi tak pun mak nak hantar korang atau buang korang kat rumah kebajikan tapi sangup pula korang nak hantar mak kat tempat yg sebergitu. Yg sorang tu pulak dah berapa lama tak jumpa mak ek?? ingat lagi tak rupa mak cam mane? hehehe agak lawak sikit... bukan nak kata pergi melawat masa mak kat wad.. nak jejak kaki kat kawasan spital pun tak inikan pula nak masuk ke dalam wad. Ke dah lupa yg ade mak ni?? hahaha hanya tahu balik kerja tido tak pun main tenet guna leptop aku ni tak kira lah walau hari tak kerja pun rutinnya tetap sama, tido buka internet dan kebanyakannya duk layan porno bodoh tu sampai penuh Virus dalam leptop aku ni... sihaka betul. Jadi korang berfikir lah sebentar guna akal fikiran yg dikurniakan oleh Tuhan tu, layak tak korang nak bising2 kat aku ni??
Apa itu MARUAH?? anda rasa apa maksud maruah tu?? kenapa aku tak jaga maruah keluarga aku ni?? kenapa aku siarkan kat sini?? ini untuk memberi tauladan pada anda yg lain. Bagi aku maruah itu adalah memalukan, yee kebanyak kan apa yg orang pangil maruah tu adalah perkara yg memalukan anda kalau orang lain tahu, pergi mati lah dengan maruah anda tu... maruah anda tu lah yg menyiksa hidup orang lain.. tahukah anda??? Hidup selamber lebih mudah bagi aku.... dulu aku seorang yg permalu tapi hidup agak susah sebab malu je kalau ada tersilap walaupun sedikit di depan orang lain tapi aku belajar dengan buang perasaan malu tu boleh melancarkan hidup aku yg kian singkat ini.. buat apa nak takut dengan mulut orang.. lantak lah diaorang nak kata apa pun, mulut orang suka berkata walaupun menda tu tak benar tapi dah jadi lumrah manusia suka mengata. Wasalam...
P/S= Hidup perlu banyak bersabar. Dan apa yg orang kata "orang yg tak beradap itu orang yg tiada ilmu" tapi banyak aku tengok orang yg berlajar sampai kat universiti tu tak beradap..... kenapa ek???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan