Jumaat, 10 Disember 2010

Noh Hujan = Freemason???

entri kali ini lain sedikit kerana selalunya komen saya di bawah artikel atau sumber tapi kali ini komen saya akan menjadi pembuka isu kerana saya tak jumpa mana2 artikel yang ada bangkitkan tentang isu ini (mungkin ada tapi saya tak jumpa)..

sedang saya menonton siaran rakaman konsert Hujan VS Bunkface yang ditayangkan di TV2 (12 September 2010, Raya ketiga), mata saya terpandang seperti ada yang tidak kena dengan Noh Hujan.. rupanya mata saya tertumpu pada corak di tali pengikat gitar dan t-shirt putih yang dipakai oleh Noh Hujan ketika beraksi di atas pentas! masih lagi orang ramai ghairah dengan isu Iklan Raya TV3 dan Freemason, itu mungkin menyebabkan mata saya lebih tajam!


konsert Hujan VS Bunkface ini telah berlangsung pada 10 Julai 2010 lalu di Live Centre, Kuala Lumpur.. dan selepas diteliti rupanya tali pengikat gitar yang dipakai Noh Hujan adalah tali yang sama digunakan semasa persembahan mereka di Anugerah Juara Lagu 24.. adakah Noh tidak tahu tentang isu yang ditimbulkan berkaitan Freemason dan AJL?? kalau tak tahu pun mustahil takde orang bitau! tapi kenapa tali yang sama masih digunakan juga???


mungkin dia menganggap tali tersebut hanya corak biasa.. ok fine tapi kenapa kali ni memakai t-shirt yang mempunyai corak meragukan pula ketika beraksi di atas pentas?? sengaja atau tidak disengajakan?? wallahualam.. hanya dia dan Tuhan sahaja tahu...


Berikut adalah gambar Noh Hujan ketika konsert berkenaan:

Noh slamming di atas peminat
imbas pulak AJL 24





Kaitan dengan Freemason atau illuminati:





The Master Carpet atau Checkered Floor



macam saya kata tadi, sengaja atau tidak disengajakan itu wallahualam.. saya punya mata untuk melihat, punya deria untuk menyampaikan dan anda punya mata untuk membaca, akal dan hati untuk menilai.... maaf atas segala kekhilafan!


alang2 bercakap tentang Freemason, di bawah ada beberapa keping gambar menarik yang membongkar sesuatu dalam Iklan Raya TV3 yang mencetuskan kontroversi baru2 ini:


Klik imej untuk paparan lebih jelas



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!