Sabtu, 18 Disember 2010

Aku yg bodoh



Hai, apa khabar semua...mmmm... hahaha tak best weh... dah macam apa tah aku rasa. Dah biasa dengan sistem "terjah" aku tiba2 nak wat skema lak hakhakhak. Sunguh terasa sengal menghantui diri ini... OK kali ni aku nak cerita pasal diri aku pulak... lama dah aku tak membebel rasanya ni. Ini kisah hidup aku yg tough... we all have a tough life..
Wokey frist sekali aku nak ucapkan terima kasih pada sidia yg membuatkan aku faham dan sedar kenapa orang semua sekeliling aku hate me! Berborak dengan sidia barulah aku faham bertapa bodohnya aku ini hahaha.... segala misi utama yg aku pentingkan sangat tu adalah perbuatan yg bodoh yg membuatkan semua orang membenci diri aku. Kawan-kawan aku yg makin menjauhkan diri atau lebih senang untuk korang memahami... bilangan kawan aku yg semakin mengecil. Bahkan ahli keluarga aku sendiri membenci aku. Diri aku umpama najis dimata semua orang, aku tidak layak untuk hidup dan harus mati sahaja, menghilangkan diri dari dunia ini adalah lebih bagus. Ini semua adalah gara-gara aku melaksanakan misi utama aku, sungguh aku mementingkan misi itu... setiap saat waktu yg berlalu adalah bernilai daripada emas aku tumpukan untuk misi aku itu. Bertapa bodohnya diri aku ini kan... korang yg baca ni pun mesti berfikiran seperti mereka juga.... menunding jari pada aku sambil menjerit "bertapa bodohnya kau wahai manusia".
Yaa baru sekarang aku sedar kebodohan aku ini.... kebodohan yg diselaputi dengan keegoan.. baru sekarang aku sedar..... rakan-rakan kian menjauhkan diri, keluarga kian membenci dan orang sekeliling kian mencaci. Sudah menjadi takdir hidup aku sebergini kot. Aku insan yg bodoh, terlalu mengangungkan misi utama aku itu. Opss maaf pada yg masih tidak faham dan duk mengaru-garu kepala korang yg tak gatal itu.... sabar-sabar korang jangan memeningkan kepala korang tu.. aku faham korang pun tak sabar nak memaki aku dengan ayat "bodoh" ni kan... tak apa aku tak kisah... menjeritlah kamu pada semua orang mengatakan bahawa aku ini adalah insan paling bodoh dalam dunia. OK mesti korang tak faham apa yg aku maksudkan dengan "misi utama", ok misi utama aku itu adalah melaksanakan tangungjawab pada seorang insan yg melahirkan diri aku didunia ini dan membesarkan aku sehingga aku mengenali dunia ini. Insan yg aku maksudkan adalah seorang manusia yg digelarkan IBU atau ada jugak yg mengelarkan MAK. aku percaya setiap manusia dalam dunia ini mempunyai ibu masing-masing. Yaaa bertapa aku mementingkan mak aku dari semua hal, sehingga aku merasa susah hati, setiap saat yg berdetik itu aku curahkan pada mak aku.... setiap masa yg sungguh bernilai itu aku berikan pada mak aku. Bodohkan aku ini... aku lah insan yg paling bodoh dalam dunia ni kerna mementingkan ibu sendiri dari orang lain atau aku yg bodoh kerna tidak memberitahu pada semua orang yg syurga itu terletak bawah tapak kaki ibu.... Korang lah yg tentukan kebodohan aku ini dan tahap manakah kebodohan aku ini. Aku tak kisah pun.... aku memang

Wokey sudah cerita pasal kebodohan aku.... ni pasal kecerdikan aku pula huuuhahahaha ok aku tahu dalam kebodohan aku ni ada jugak cerdiknya walaupun sedikit. Yaaaa budak bodoh ni pun ada jugak pandai sikit-sikit. Ok cerita pasal PERTUNANGAN.... opppsss dugaan semasa bertunang ni... kita selau dengar orang duk cerita yg dugaan dalam pertunangan ni memang perit atau lebih tepat lagi cobaannya sangat kuat hehehehe YEKE??? entah.. aku dengar je lah dari orang lain bagi aku tak ada apa-apa pun semuanya biasa aje... Sebenarnya semua ini atas diri masing2.. kalau diri korang tu yg nak membuat semua tu mesti menjadi kan... klau tak takan menjadi. Yelah macam aku.. yeee selepas bertunang ni ramai jugak orang2 yg "dulu" aku jumpa kembali... atau lebih tepat lagi bertembung dan bertemu secara tak sengaja. Walaupun aku perasan tapi aku wat tak perasan pun dan diaorang akan tegur aku hehehe... bila dah orang sapa aku pun hanya sekadar memberikan senyuman sahaja.... yaaaa kalau ada apa2 hal je sekarang ni aku hanya senyum je kat orang tu, kalau dengan orang lelaki baru aku berbicara atau dengan wanita yg dh berstatus bini orang atau kawan2 aku yg selamber. Bukan aku sombong tapi lebih elok bergini ok kan???
Ini berkenaan faham memahami hahahaha kalau korang cakap kat seseorang tu bahawa korang memahami dia.... teeettttt itu adalah pembohongan terbesar korang pada orang itu. Lain lah kalau korang cakap yg korang faham situasi seseorang itu.... eerrrrr itu pun kalau korang faham lah. Ok korang takan memahami sesiapa pun... walaupun korang lakukan apa jua cara korang memang takan boleh memahami seseorang itu. Korang hanya boleh faham situasi seseorang itu sahaja itu pun kalau korang pernah melalui situasi tersebut. Sebab apa aku cakap macam ni, yelah hanya diri korang je yg akan memahami keadaan korang... betul tak?? walau macam mana pun korang bercerita pada orang tu dia takan memahami korang, setiap orang yg ada dalam dunia ni adalah berlainan... takan ada orang yg akan faham dengan kehidupan korang... ini adalah hidup korang.. korang yg corakan, korang yg coretkan jalan cerita kehidupan... bukan orang lain. Jadi macam mana orang lain boleh memahami korang tu??? Korang cuba lah fikirkan.....


P/S= ada masa aku suka berbicara, ada masa aku suka senyap sahaja..... kadang2 bila bercakap lagi akan memeningkan kepala aku hehehehehe


SERIUS ITU TIDAK SERONOK....... serius itu membunuh mood dan fikiran aku!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!