Jangan diduga lautan dalam,
Kemudi lah kapal anda sebaik mungkin jangan sampai ia karam,
Laut sentiasa bergelora, jangan diduga ombak yg membedai,
Walau sebesar mana pun kapal anda akan karam jua kalau menempuhi ribut taufan tanpa hati yg cekal,
Kalau terlampau angkuh melawan ribut walaupun kapal anda bertubuh besi sekalipun akan mudah karam,
Walaupun anda keptem kapal ada jugak anak kapal yg tak akan mendengar kata anda apa yg perlu anda hanya mesti memastikan kapal anda berlayar dengan sempurna,
Dan jika anda anak kapal sekiranya kapal yg anda naiki tidak menghala ke arah tuju yg anda inginkan, terjun lah kelaut dan berenang lah ke tempat yg anda ingin tuju itu kalau anda pasti yg anda tak akan lemas sebelum sampai ke tempat itu ATAU anda hanya mengikut kapal tersebut sehingalah ia menuju pada tempat yg anda ingin tuju,
Alunan ombak kadang-kadang mengasikkan sehinga anda terlupa pada ombak besar yg sedang menuju pada anda,
Setiap pelayaran memerlukan kompas tetapi adakah anda percaya pada kompas itu dan mengikut arah yg ditunjukan?
Apa yg aku tulis kat atas tu bukan lah pasal pelayaran laut tapi aku nak sampaikan tentang apa yg dipangil kehidupan. Sekarang aku nak cerita pasal keserabutan dalam hidup aku hahaha pada sesiapa yg tak suka baca pasal ni korang boleh berhenti membaca sekarang.
Aku cukup bosan dah bila korang hanya tahu marah je kat aku dan mengarah je. Memang dari dulu lagi aku ni skuad ELIT hahaha korang tahu apa tu?? ok skuad ni ilah skuad yg SOLO, bergerak atau menjalankan misi secara perseorangan. Kenapa aku jadi skuad ni?? taknak suruh atau menerima pertolongan dari orang lain ke?? yaaaa bukan sebab tu tapi sebab tak ada orang yg sudi menolong. Diaorang hanya suka bercakap dari bertindak... tau marah je tapi tak buat apa. Aku lah sorang2 kehulu-hilir buat itu ini bagai nak mampus. Apa yg orang tahu hanya telefon aku suruh aku selesaikan itu ini kadang2 tu menda tu aku dah selesaikan dah tapi diaorang tak tahu pun.
Apa yg aku buat semua tak kena, tapi aku rasa apa yg aku buat tu yg korang duk cakap salah tu berjaya jugak menyelesaikan apa2 dari korang yg duk memekak je marah2 tapi tak pun selesaikan apa2. Aku dah bosan dengan semua ini, korang hanya berlagak pandai babun hahaha tapi tak pun membantu aku dengan kebabunan korang tu. Aku rasa aku lagi pandai berfikir dari korang sebab aku tak buat pun kesalah yg besar yg macam mana korang tengah buat tu tapi korang buat macam menda tu tak menjadi kesalah. Pelik aku, dah terang lagi disuluh pada siang hari yg menda tu adalah salah.
Kadang-kadang aku terfikir yg aku ni hidup hanya untuk menyenangkan orang lain je dan berkhidmat untuk orang lain, macam hamba abdi moden lah. Aku tak boleh ada sebarang keinginan dan hanya perlu melaksanakan keinginan orang lain. Macam tu lah yg apa aku rasa sebab apa aku dihidupkan atas bumi ini. Turuti sahaja apa yg orang lain nak dan patuhi sebarang perintah tanpa bantahan. Biar aku mati sekalipun yg penting hidup orang lain selesa dan gembira. Kadang-kadang aku rasa yg orang tak perduli pun dengan apa yg terjadi atau apa yg sedang aku alami sebab orang hanya perduli apa yg aku boleh bagi pada diaorang.
Aku hanya pandai berkata-kata sahaja....mmmmmmm.... mugkin kot... yelah aku hanya pandai berkata je tapi tak buat apa2 pun. Perlukah aku memberitahu apa yg aku telah buat?? kang kalau aku bagi tahu korang cakap aku mengungkit pula, entah tak reti aku nak menunjuk dan memberitahu setiap apa yg aku lakukan dan biarlah korang hanya nampak apa yg orang lain lakukan tapi tak nampak apa yg terlah aku lakukan . Aku tak kisah pun dan aku takan beri tahu apa2 tolong jangan tanya. Apa yg aku lakukan biarlah menjadi rahsia dan rahsia itu akan lenyap bersama nyawa aku nanti. Aku tahu sekarang ni orang lain yg dapat nama dari apa yg aku lakukan tu, bak kata peribahasa lembu punya susu sapi dapat nama.
Aku bertambah bosan bila korang hanya tahu bertanya je kat aku, cuba lah korang cari sendiri jawapan berkenaan persoalan yg duk bermain di minda korang tu. Aku ni bukanya pakar dalam semua bidang. Apa kata korang tu sendiri yg bergerak dan mencari jawapan tu dari hanya duk setempat dan bertanya pada aku tanpa mahu bergerak sedikit pun. Suruh aku pergi mencari jawapan untuk korang tu, aku dah bosan dengan semua ni. Sampai bila harus bergini??
P/S= "korang" yg aku maksudkan kat atas tu bukanlah pada korang yg duk baca apa yg aku tulis ni tapi ia ditujukan pada berberapa orang yg aku rahsiakan atas sebab aku sendiri yg nak rahsiakan hahahahahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan