Selasa, 29 Mac 2011

Happy Birthday to me myself part 2

Sebelum aku memanjangkan lagi coretan aku ingin memohon maaf pada semua yg menalefon dan mesej aku pada malam semalam hehehe tidak aku membalas mesej korang tu dan menjawab pangilan korang tu. Atas sebab aku telah koma huhuhu dari pukul 8.30 malam sehingga pagi takdi hukhukhuk. Entah macam mana aku boleh tertido dengan bergitu lama.... dan 2 3 hari jadi macam tu ish2 teruk tul...
 Jadi korang jangan marah ek.. sowi berlori-lori... huhuhu bermula pada hari ini aku kena makan dan mandi sebelum aku mambaringkan diri di atas tilam empuk aku ni seperti kebiasaan selepas balik ke rumah.... takot2 terjadi lagi kekomaan yg tak diingini itu berlaku hikhik
Bila bangun pagi mulalah kelaparan tahap gaban... biase aku makan tengahari jek itu pun kadang2 aku makan kuih atau buah. Bila balik petang tu rehat jap dah koma tak makan ape2 huhuhu.... ok berbalik pada tajuk...
Terima kasih pada korang yg wish besday aku kat facebook tu.... wooooo banyak sampai aku kena mengambil masa untuk membalasnya walaupun ade yg sekadar tulis dua huruf je 'HB' tapi pada yg sekadar mengunakan app tu aku dok balas lah jek.. sowi lee hikhik. Hadiahnye mane weehh korang?? hehe dekut lah korang ni dengan aku.... sobsobsob ni yg aku sedih ni wuuuwuuu
Dengan duka citanye aku semakin meningkat ketuaan huhuhuhu..... setelah meningkat tua ni banyak betul pengalaman dan perkara yg berlaku dalam hidup aku yg mengajar aku erti kehidupan. Tahun ini dalam sejarah... besday aku disambut di hospital huhuhu sebenarnya tak disambut pun, cuma aku seharian berada kat hospital. Tiada sebarang hadiah yg aku terima dari teman- teman tetapi ada hadiah yg bernilai iaitu mak aku agak sihat sikit 40%.... nanti aku cerita lebih lanjut kat bawah ni.

Kalau korang pernah tengok video yg aku buat untuk besday aku tu ada mak aku dalam video tu dan masa tu adalah hari jumaat lepas diambil rakaman tu.
Oleh kerana tiada yg nak sambut besday aku pada malam hari aku mengajak kawan2 aku pergi karaoke untuk menghiburkan hati sobsob sedih tul kan huhuhu memang menyedihkan hidup aku hahaha kawan2 aku tu pun tak tahu hari ni hari lahir aku... dah masa nak balik baru lah tahu tu pun kitaorang lepak makan kat oldtown dan salah sorang usha facebook. Tapi dekut gak nak lanje aku makan hehehe
 
Wokey sekarang aku nak bercerita pula, habis dah pasal besday aku tu. Bila orang masuk hospital apa yg korang fikirkan dengan otak korang yg pandai tu??? aku yakin mesti ramai yg fikirkan bila orang masuk wad mesti dari sakit menjadi sihat kan..kan... tapi berlainan pula dengan mak aku ni.... dari sihat menjadi semakin teruk kesihatanye... pelik bukan.... haaaa yg ni aku mengamuk tu...
Yup dengan segala hormatnye aku mengamuk kat spital hahaha... dokter tiada kualiti... cam unta padang pasir, buang masa je ko belajar bertahun-tahun tapi tah ape2 lebih baik ko belajar tiga tahun je jadi nurse lagi bagus lah. Serius dude tak perlu buang masa bertahun-tahun belajar hanya gunakan otak fikiran je aku boleh tahu apa yg perlu dan harus dilakukan untuk seseorang persakit tu tapi korang (Dokter2 yg aku amuk tu) tak boleh tahu perkara tu... cam bodoh je.
Memang tensen aku..... kena pulak ade seorang budak perlatih semestar dua aku rasa... tanye aku pasal "PAD".... ooooiiiii cuba ko perhatikan aku dengan teliti.. buka segala pancaindra ko tu adakah aku ni perlu mengunakan menda tu??? bagi yg tak tau apa itu "pad" yg aku cakap tu hehehe sebenarnya aku pun tak tahu aku tanya balik kat budak tu.... menda tu adalah tuala wanita hikhik oleh sebab aku baru lepas gaduh dengan empat orang dokter  jadi budak tu selamat menjadi dari menjadi mangsa amukan aku huuhahaha.
Ok berbalik pada mak aku sunguh pelik dari sihat dimasuk oleh sebab perkara yg kecik dan oleh kerna diseliakan oleh dokter yg hampeh membuatkan mak aku semakin hari semakin tak sihat... bermula pada hari sabtu tu keadaan mak aku darurat bertungkus lumus aku dan nurse selama berberapa hari.
Yaaaaa nurse kenanga 10 memang terbaik.... huhuhu bukan senang aku nak puji orang ni tapi betul apa yg aku tulis tu.... berterima kasih pada semua staff nurse kenanga 10 hospital temerloh.... jasamu akan ku kenang. Boleh diberikan pingat nurse terbaik... serius!! Nurse lagi bagus dari dokter.
Habis pasal spital... sekarang pasal Encik Googel hahaha baru ku tahu menda googel faham bahasa kelantan hahaha. Ada satu hari tu aku komen kat satu video hampeh punya..... komen aku tu memang kurang ajar lah ayat kasar tapi tak mencarut ok... aku tulis dalam dialek kelantan tapi tiba2 youtube tau apa yg aku komen tu hahaha. Terkejut gak aku hahaha macam mana pulak dia leh tahu bahasa kelantan ni hahaha. Seperti biase ade orang perasan pasal ni hahaha dia ingat aku cakap kat dia selepas aku turut post status yg sama macam komen aku tu kat facebook hahaha.

P/S= Aku tidak mahu diingatkan bila aku lahir tapi aku mahu diingati bila aku sudah mati




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!