Jumaat, 4 Mac 2011

Komik dunia fantasi

Disini aku ingin meminta simpati pada kartunis En.Alif ni huhuhuhu diharap dapat memberi perhatian sedikit untuk aku yg tak hensem lagi mahco ni hukhukhuk. Amat mendukacitakan diri ini kerana susah weh aku nak cari buku komik berliau, mungkin sebab aku yg menetap kat temerloh ni kut yg membuatkan kesusahan itu melanda diri ini. Aku cari kat semua kedai buku tetapi hampa je yg menerjah hati ini waaahhhh gitu sekali ayat aku hakhak. Hanya satu je buku berliau yg aku dapat haaaa yg ni je sobsob
itu pun aku dapat semasa aku berkunjung kat kelantan ari tu..... aku pergi kat kedai buku yg boleh tahan lah kebesarannya terletak kat sebuah supermaket yg gah. Pelik jugak sebab ada jual satu ni jee yg lain2 tu tak ada pula. Diharap En.Alif dapat meluaskan pemasaran huhuhu atau memang komik2 berliau ni kerluaran terhad je?? Susah sungguh diri hamba ingin memiliki komik hasil nurkilan berliau. Takan pula aku kena pergi kat kuala lumpur je semata-mata nak beli komik berliau... uuusshhh duit minyak lagi, tol lagi....


Wookey.. berbalik pada tajuk diatas huuuuhaaa aku memang boleh dikatakan Hantu komik jugak. Banyak jugak lah komik yg aku ada tapi kali ini aku hanya ingin memfokuskan pada komik keluaran tempatan dan hasil seni nurkilan anak tempatan je. Aku ada jugak membaca komik2 dari negara luar tapi lebih baik aku menyokong hasil anak bangsa aku sendiri. Banyak komik2 yg best dan tip top hasil anak tempatan kalau korang tak percaya boleh lah korang cuba cari komik2 ini yg mana adalah dari koleksi aku yg bertimbun-timbun tu hehehe dulu aku akan ambil dari majalah kartun setiap keluaran dan kumpulkan dari episod pertama sampai habis setiap cerita tu sehingga menjadi koleksi buatan aku sendiri hehehe









Sebenarnya banyak lagi tapi kang tak cukup pula blog buruk aku ni nak menampung gambar2 komik dalam simpanan aku ni hehehe. Cuba korang cari komik2 ni dulu... best weh... kena pula ABE tu memang menyentuh perasan lah.. errkk tapi aku tak tahu lah sekarang ni masih boleh dapatkan lagi tak komik tu. Lama dah tu zaman aku berhingus lagi tu hehehe dan sory naik lori sebab aku ambil gambar dari blog orang (bersama selamanya) huhuhu buku tu ada kat rumah aku kat kampung. Zaman aku kecil2 dulu susah nak beli komik atau majalah kartun, yeelaahh mana aku ada duit macam budak2 sekarang... pergi sekolah sahaja mak bapak bagi duit belanja paling kurang RM5, kayo budak2 sekarang dengki aku hukhuk.
Mak aku huhuhuh bising je dari dulu sampai sekarang duk tengok komik atau majalah kartun aku yg bertimbun ni, menyemakkan mata memandang dan ruang dalam rumah. Masa aku sekolah rendah dulu mak aku bising kalau beli buku yg macam ni... memang susah lah aku nak beli huhuhu dan aku jamin yg korang pun mesti melaluinya macam aku jugak kan. Sekarang masih lagi ada yg membeli sorok2 dari pengatahuan mak, bini, tunang dan awek korang kan..kan..kan.. betul tak cakap aku ni?? Diaorang cakap membazir je tapi yg diaorang duk beli majalah gosip hiburan yg tah apa2 tu tak membazir pula.... entahlah hehehe.
Ada bermacam jenis komik, ada yg fantasi, aksi, lawak, cintan dan yg tentang kehidupan. Kalau yg cinta2 ni aku kurang berminat lah dan kena pula yg terlampau fantasinya kisah cinta tu cukup tah apa2 je. Tetapi lawak sinis huhuhu karya JOE LABU tentang masyarakat kita ni memang aku suka hehehe walaupun lawak tetapi menda tu adalah betul dan memang terjadi dalam kehidupan. Berliau ni asal dari majalah GILA-GILA (mula2 aku baca kartun dia lah) tapi sekarang kat majalah APO! pulak. Banyak lagi kartunis2 yg aku suka dan tak perlulah aku nak tulis semua nama (samaran) diarang. Korang cuba lah baca komik2 yg aku tunjukan pada gambar kat atas tu ek.


P/S= Seni aku hilang waaaaaa sobsob mungkin sebab dah lama aku nak melukis dan pegang pensil duk pegang dumbel je huhuhu. Tangan aku dah keras kot, tak menjadi dah aku melukis potret adeeehhhh =( tapi aku suruh member aku yg lukiskan pun dia tak menjadi jugak hahaha atau rupa wajah orang yg ingin dipotretkan tu memang susah untuk di lukis??? tak menjadi wajahnya....=(( lukis kartun mudah ngehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!