seringkali aku tertanya mengapa sampai begini jadinya 
hidupku seperti dibayangi olehmu tiap ketika 
bayangmu menjelma  kekadang aku tertanya lagi apakah ini cinta sejati
 tidak pernah ku merasai kini ku hanya menikmati  
persoalan demi persoalan menjelma namun tidak semua kuharapkan jawapan 
kerana ku sentiasa percaya terdapat jawapan tidak dapat dijelaskan  
semua itu bukan penghalang sekadar asam garam kehidupan 
menambah sekelumit pengalaman buat bekalan masa hadapan  
dirimu menjadi penghibur diriku walau terkadang hambar diri ini 
menanti sesuatu yang tidak pasti
 hanya Ilahi maha mengetahui  
tiada kata tiada bermadah 
sekadar menyata apa dirasa 
begitu kiranya hidup di dunia menjadi titian hidupan akhirat…  
seringkali aku tertanya mengapa sampai begini jadinya








Tiada ulasan:
Catat Ulasan