Ahad, 27 Mac 2011

Sincerely

Kali ini aku ingin merapu sengal tahap gaban huhuhuhu pada sesiapa yg tengah seruis tu sila hilangkan serius anda sebentar kerana tiada apa yg seruis yg ingin aku rencanakan sekarang. Korang jangan ambil serius perkara yg aku ingin merapu ini ok. Mesti korang pernah jumpa ayat ini dalam lirik lagu jiwang ataupun dimana-mana puisi mahupun sajak berunsur cinta cintun.... kalau di ukur dari segi kelogikannya memang tak logik lansung tetapi kenapa masih di guna pakai oleh orang??? Dan sekirangnya korang terima puisi atau menda alah seperti surat cinta atau lagu yg ditujukan pada korang oleh kekasih korang itu bermakna dia gebang korang jek tu hahaha. Nampak sangat yg korang ditipu oleh sidia..... ok kat sini aku akan bagi beberapa ayat yg "gebang" tu.....

  1. Akan ku tunggu seribu tahun = Peerrhhh ko ni jenis manusia ke hape ni?? ko rasa2 lah boleh ke ko hidup sampai lame cam tu??
  2. Lautan api sangup direnangi = Yaaakkk hahaha hebat sangat ke?? mane datangnya lautan api dalam dunia ni?? Eleh.. kalau aku campak ko kat dalam sungai pun dah terkapai-kapai lemas ada hati nak renang laut konon... haaa baru kena panas mentari pun dah tak tahan..
  3. Petik bintang di angkasa = Waahaha ko ni angkasawan ke?? orang sawan adalah... sedangkan angkasawan pun tak boleh nak petik bintang inikan pula ko yg tak pernah hayat naik ke angkasa... pooodah.
  4. Gunung sangup ku daki = Pooodah... nak jalan kaki tak sampai 1km pun tak mau... kedai yg dekat kat rumah tu pun pergi naik motor ada hati nak daki gunung konon... buang daki kat badan ko tu lagi bagus lah hahaha
  5. Dalam hatiku terpahat namamu = Yeke? kompom ada ke?? try bedah hati ko tu aku nak tengok ada ke tak?? aku berani potong tangan lah kalau ade name orang terpahat kat hati ko tu... pahat kayu buat rumah lah lagi bagus duk ada hahaha
  6. Akan ku gengam hatimu itu = Peerrhhh nak bunuh orang ke ape ko ni.... ke ko ni memang pembunuh mesteri yg makan organ mangsa bunuh??? seram plak aku...
  7. Biarku bertanya pada bintang = Wooo hebat ko boleh bercakap dengan bintang pulak dah.... waras ke tak ko ni haaa?? hahaha aku rasa baik ko pergi jmpa dokter mental dulu lah
  8. Izinkan aku selami hatimu = Nak menyelam dalam hati pulak dah... dude.. cuba ko ukur badan ko dengan hati orang tu... yg mane lagi besar?? rasa2 ko muat tak nak masuk dalam hati orang tu??
  9. Membuka pintu hatiku = Huurrmmm hahahaha tak tau lah pula hati ko ni ade pintu... eerrr pintu jenis kayu ke? kaca? taupun besi?? guna lock tak?? hahaha
  10. Bintang terangi malam = Hahaha sah ko tak belajar sains mase sekolah dulu ni kan... Setahu aku lah tak bulan purnama, lampu je yg boleh terangi malam.
Cukup jelah banyak ni sebenarnya banyak lagi menda2 yg tak logik hahahah. Apa yg aku mengarut kat atas ni sekadar hiburan je aku tau lah bahasa2 cinta cintun dan perumpamaan sebergini... saje2 aku nak merapu sekali sekale hahaha jangan marah ek pencipta2 lagu dan puisi sekalian. Sekarang masa untuk serius pula... ok korang mesti biase dengar "SEHIDUP SEMATI" kan... sebenarnya maksud dia seorang hidup dan seorang mati hahahaha bukanlah sama2 hidup dan sama2 mati.... cuba korang fikirkan hehehe.



Ok lagu ni memang kena dengan diri aku ngehehehe dan ada iklan sedikit..... sebelum aku mengabiskan post mereng kali ini... iklan ni bukan sesuatu yg mereng ok

Jadi apa yg korang rasa?? masih mahu beli dan minum air ini???
P/S= Do your thing and let the world see!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!