Seorang lelaki kaya memberhentikan kereta mewahnya di hadapan pejabatnya. Ketika dia membuka pintu kereta dan mahu keluar tiba-tiba sebuah lori meluru laju di tepi keretanya hingga melanggarnya menyebabkan pintu keretanya tercabut. Orang ramai yang datang berkerumun hairan bila melihat lelaki itu menangis kerana meratapi keretanya yang sudah kemik. Orang ramai di situ menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata:
"Engkau memang seorang yang mata duitan, cuma tahu harta benda sahaja!"
"Kenapa pula kamu semua berkata demikian?" tanya lelaki kaya itu kehairanan.
"Yalah, engkau menangis sakan sebab kereta kau kemik, tidakkah engkau tahu yang lengan kiri kau sudah terputus diseret lori tadi?" jawab orang ramai di situ.
Mendengar jawapan itu, lelaki kaya itu menjerit dan meraung lebih kuat: "Alamak.... habislah jam tangan Rolex aku!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan