Seperti apa yg korang lihat pada gambar kat atas ni moohhh lah kite pakat ramai2 support acara ini ye pada 26 haribulan ini... eerrrkkk tak lama dah huhuhu. Bermula pada jam 8.30 malam sehingga pukul 9.30 malam... eeleh jap jek huhuhu. Padamkan semua lampu kat rumah korang tu dan aku cadangkan bukan lampu je semua barangan yg mengunakan elektrik yg ada kat rumah korang tu offkan sebentar. Korang jangan mengunakan leptop atau computer mengonlinekan diri, jangan dengar radio dan juga jangan menonton television. Masa ni korang boleh berromatika bersama pasangan korang (bagi yg dah berkawin ok) haaaa jangan salah sangka pulak... aku suruh korang makan dibawah sinaran cahaya lilin.... tak romantik ke??? hahaha
Wokey sekarang aku nak sentuh sedikit tentang beberapa perkara yg aku ada membaca dari surat kabor. Berita pasal pelajar IPTA yg semakin tidak suka berpolitik hahaha sebenarnya bukan pelajar je orang lain (macam aku ni) pun tak kisah dah dengan politik . Boleh dikatakan hampir 80% kawan-kawan aku tidak mengundi dan 70% rakyat malaysia hari ini tidak lagi mendaftar sebagai pengundi. Percaya atau tak ini lah hakikatnya. Disini aku nak bagi tahu beberapa sebab kenapa terjadinya perkara sebergini (atas jawapan yg aku terima dari segelintir manusia)=
1= Politik yg kuca kacir membuatkan orang bosan, yeelah macam2 dah jadi dengan politik kita ni dah tak stabil je aku tengok.
2= Sama saje, sape2 yg menang pun tetap macam tu jugak, sebelum mengundi je macam2 dapat selepas tu hampeh jek tunggu lah masa mengundi yg akan datang (jawapan yg paling popular)
3= Hari mengundi kena kerja jugak, kang bos marah cuti mampus sapa nak bagi aku makan.
Cukup lah banyak lagi jawapan yg aku terima tapi cukup sekadar itu saja sekarang nak beralih pada topik yg lain pula.
Makin hari makin banyak anjing liar yg berkeliaran kat taman perumahan diharap pihak MPT dapat pantau hehehehe. Seruis weeehhhh kadang2 aku pun rasa takut jugak kang tak pasal2 kena kokak dengan anjing tu bukan anjing liar je tapi anjing yg mempunyai tuan pun garang gila patut anjing yg macam tu tak boleh dilepaskan oleh tuan dia bahaya untuk keselamatan jiran tertangga. Ada kes mak kawan aku dengan anak sedara kawan aku sendiri nyaris menjadi mangsa tau, ni bukan perkara main-main. Silap haribulan tak pasal2 kena serang sampai cedera parah.... cukup bahaya persekitaran tempat aku tinggal sekarang. Di harap pihak berwajib ambil tindakan lah ek.
Korang perasan tak pasal berita luar negara tu... negara yg ada minyak tu alaaaa yg baru2 ni kena serang dengan amerika tu. Tak pasal2 harga minyak dunia meningkat hahahaha dan itu lah motif sebenar negara barat tersebut sekali dengan PBB berkomplot. Pelik negara yg tak ada hasil tak pula nak pergi serang dan yg lagi pelik tu rakyat negara tu sendiri menyokong negara mereka diserang hahahaha lawak weehhh... orang sibuk nak merdeka kauorang sibuk nak kena jajah. Mungkin mereka kata pemimpin mereka tu kejam tetapi mereka ni jenis tak berlajar dari kesilapan orang lain kot bengap sangat... WOOIIII kalau kena jajah lagi teruk lah jadinya... penjajah tu lagi lah 100 kali gandanya kejam kang jadi macam Iraq menyesal tak sudah. Agak pelik jugak negara islam sahaja yg diserang mmmmm korang cuba fikirkan...
Habis pasal perkara dari surat kabor yg banyak memutar belitkan fakta dan kebenaran tu. Meh meroyan sebentar dengan aku hehehe korang pernah dapat tak sesuatu yg mengikut kehendak korang??? Agak susah kan... hahaha tak jadi aku nak meroyan lah nanti kat post yg akan datang aku meroyan ok. Kadang2 dan selalunya apa yg terjadi tidak mengikut kehendak korang... mengapa?? dimana silapnya?? jawapan dia sebenarnya terletak pada persekitaran korang dan sesuai atau tidak kehendak korang tu berlaku pada masa tu... haaaa korang faham tak?? kalau tak faham buat2 lah faham ek hahaha
P/S= Kenapalah hidup ini selalu dipaksa dan terpaksa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan