Jumaat, 18 Mac 2011

Life in the something

Mesteri mimpi syakila...... siapakah syakila??? aku pun tak tahu hahahaha tiada kena mengena sangkut pahut pun dengan aku. Sebenarnya aku sering dilanda mimpi yg agak mengelirukan kepala aku ni sejak dua tiga menjak, saban pagi yg sejuk diselaputi oleh embun hukhuk aku terjaga dari tido lena ku. Dalam pukul 4 sehinga 5 pagi setiap hari aku akan terjaga dari tido selepas mengalami mimpi mesteri tu dan aku akan susah untuk sambung tido kembali. Adakala mimpi ngeri yg aku tak faham kengerikannya hahaha dan oleh kerna aku dah tukar telefon baru dan nombor2 korang pun turut lenyap bergitu sahaja, tak tahu lah aku nak kaco sape pagi2 bute ni hukhuk. Lebih menghairankan aku ialah semasa mimpi tu aku akan sedar bila waktu mimpi itu akan terpadam (sebab aku dah nak terjaga dari tido) dan aku akan memesan sesuatu atau aku akan suruh orang dalam mimpi tu memberi tahu aku apa2 yg penting sebab aku dah nak terjaga dari tido.... haaaa pelik kan.... aku boleh tahu yg aku sedang bermimpi dan bila masa mimpi itu akan abis dan kadang2 aku akan sambung kembali mimpi tu (selepas aku berjaya memaksa diri untuk tido kembali selepas terjaga tu). Apa2 pun mimpi sekadar mainan tido tetapi kadang2 dengan mimpi lah seseorang itu ingin menyampaikan sesuatu pada kita...... mungkin orang itu sudah tiada di dunia ini. Semasa aku bermimpi aku rasakan yg roh aku keluar dari jasad.


Wokey kembali pada dunia realiti huhuhu TAHU kah korang kalau blog korang tu terlampau banyak menda (hiasan) atau latar belakang korang yg terlalu padat akan membuatkan orang lain susah atau terpaksa menungu agak lama untuk menjelajah blog korang tu. Biasa lah orang duk hias blog masing untuk bagi caannttikkk, buh itu ini tah apa2 tah hehehe jangan marah ek. Ini kenyataan... ok aku suka membeli atau mengusya barang2 dalam talian internet ni... ada lah blog tu menjual barang oleh kerana tuan punya blog buh macam2 menda untuk mencaannntiikk kan blog dia tu membuatkan aku agak lama terpaksa menungu untuk melihat barang2 yg dijual kat situ dan bila dah kena menungu ni aku mula lah bosan. Bila dah bosan aku pun kuar lah dari blog tu dan tak jadilah aku nak membeli kat situ.... tak faham aku... kau nak jual barang ke nak masuk pertandingan blog tercantik ni???? Korang pun tak payah lah nak cute kan blog korang tu.... orang nak baca apa yg ditulis oleh korang je bukan nak tengok kecutetan blog korang tu deeerrrrrrrr.
Aku ada folow satu blog ni... blog ni agak mistik sikit dan korang tak suka punya baca blog yg macam ni betul tak??? korang lebih suka baca gosib2 artis atau pasal dunia hiburan je. Apa yg agak menarik pasal blog ni... tahun lepas aku ada baca lah apa yg ditulis kat blog tu yg mengatakan pada tahun ini akan berlakunya bencana alam.... dan... mungkin sekadar kebetulan yg korang sedia maklum negara Jepun dilanda bencana alam yg besar..... huuurrrmmmmmm mengikut penulis blog tu lagi pada tahun depan 2012 akan berlakunya bencana alam lagi dan besar lagi dari yg sedang dihadapi oleh Jepun sekarang. Negara jepun akan menjadi buih2 dan sebahagian negara indonesia akan tengelam bersama negara2 jiran.... negara2 yg terselamat akan dilitupi oleh debu2 gunung berapi..... Aku tak faham apa yg dimaksudkan dengan buih2 tu... Ini sekadar ramalan yg dibuat oleh penulis blog itu yg disampaikan oleh orang2 tertentu kepada berliau.... korang tak perlu panik tapi sedarkan lah diri tu hehehe pada2 yg masih alpa yg kita ni dah akhir zaman.




P/S= aku boleh terima pendapat orang lain hehehehe tetapi kadang2 tu orang tu sendiri tak menyokong pendapat dia.. pelik kan hehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!