Tenet aku mula dah membewakan cisss, tak tahu pasal apa tiba2 je slow giler adooiii. Penasaran betul lah diri ini hehehe, ok aku nak membebel lagi. Dahulu email sentiasa penuh dengan email spam tapi sekarang ni penuh dengan email yg mengadungi virus pulak... hisshh macam2 lah korang ni. Cuba lah send email yg senonoh sikit kat aku ni, buat apa virus2 ni aku bukan minat pun. Kebanyakan email yg aku terima dari luar negara, pening aku dengan email2 ni dan cara yg senang aku padam je hahaha sampai ada email dari kawan yg aku terpadam same huhuhu gara2 aku main padam je email2 yg banyak tu tak terpandang pada email dari teman2. Hukhuk tak senonoh aku ni kan...
Betul kata arwah mak aku dulu.. ehhh esok hari ibu sobsob tak apa esok ada sesuatu yg menarik akan aku postkan sempena mom day ni. Susah kalau nak lenturkan buluh bak kata orang leturkan buluh dari rebungnya hukhuk bila dah jadi buluh susah nak lentur silap2 kita pula yg dilibas buluh tu hakhak. Wokey lah aku tak mahu ajar apa2 dah dan lepas ni jangan tanya aku nak buat macam mana pandai2 lah. Semua salah aku, apa2 hal pun aku juga yg disalahkan, puas dah dengan semua ni pertahankan tembok tak bagi roboh yg dibom oleh pihak lain. Bosan dengan semua ini deerrr...
Bila kita tengah marah memang otak penuh dengan syaitan dan pemikiran jadi terhad. Kewarasan berfikir itu menjadi tergangu sebab itu kena banyak sabar, tenang, santai supaya keputusan yg dibuat itu adalah yg terbaik bukan sekadar untuk melepaskan kemarah yg membuta tuli tu. Memdiamkan diri bukanlah mengalah tetapi itu lebih baik bila sedang mengadap seseorang yg sedang marah, yelah cuba korang fikir bila api disimbah dengan minyak makin besarlah api tu akan terjadi jadi lebih baik diamkan je. Bila kemarah itu sudah beransur surut baru boleh buat pembincangan. Buatkan ia menjadi mudah supaya ia boleh dipermudahkan.
Bagi korang yg suka bertandang kat rumah aku tu boleh tak dengan ikhlasnya menutup semula pintu selepas korang masuk. Aku tak faham kenapa orang suka buka pintu rumah aku dan biarkan ia terkahang melopong macam tu je, tak reti nak tutup dah pintu tu. Bukan apa aku tak suka lah setiap kali aku kena tutupkan semula selepas korang buka, masuk nyamuk dalam rumah aku lah deerr.. taman perumahan tahu2 je lah nyamuk banyak mana. Kalau korang nak bunuh aku pun tak payah lah nak gunakan denggi.. korang masuk tikam je pisau kat dada aku ni haaa mudah je...
Sila jangan sambungkan handfon korang kat leptop aku ni ok tanpa kebenaran atau pengatahuan aku, bila aku keluar pergi makan atau mana2 pun mesti korang gunakan leptop aku. Kalau handfon korang tu penuh dengan virus dan secara automatik dan free je leptop aku kena serang dengan virus tu sama. Lagi satu jangan lah mengdownloud apa2 mengunakan leptop aku, kalau korang nak online tu aku tak kisah tapi jangan melawat laman web yg tak senonoh dan mengdownloud apa2 pun.
P/S= Cukup dah bebelan untuk hari ini... letih dah aku... wuuuuiiissshhh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan