PERANG PSIKOLOGI
Ramai penganalisis politik dan pencinta alam buana ini sama ada yang bertauliah mahupun tidak, saat ini pantas membicarakan mengenai pergolakan politik dunia yang meruncing dan keadaan bumi yang uzur. Mungkin disebabkan pilihan raya di seluruh negara Arab terutamanya sedang bergolak dan bencana alam berlarutan, maka kita dapati disetiap tempat seperti pejabat, kedai kopi, kebun sawit, balai raya, media elektronik dan sebagainya tak lekang mencuri perhatian manusia yang prihatin dengan hal semasa memberikan pendapat dan hemat mereka. Ada yang berdalil dan tidak kurang juga ‘kosong’ mencari sedikit ‘kasih sayang’ audion pendengar. Ada kalanya menjadi pertempuran hebat kedua belah pihak sehingga bermasam muka walhal sedarah sedaging seibu sebapa bercakaran mencariKEMENANGAN PALSU yang belum pasti benar.
Melihat akan perkara ini hamba istilahkan sebagai ‘pertempuran’ atau ‘perperangan’ psikologi. Apabila siren telah berbunyi maka mereka yang terlibat akan berhimpun untuk mengadun strategi dan taktik menerobos ke pihak lawan atau mencari jalan keluar dari bencana anugerah tuhan. Walau apa cara sekalipun dengan yang halal dan haramnya bercampur menjadi ‘hal am’. Berlakulah peperangan yang tidak disangka-sangka yang sebenarnya melibatkan diri sendiri sebagai mangsa yang terjerumus tanpa disedari. Keterlibatan insan yang kononya sebagai ‘penyelamat’ terkadang mengundang padah terhadap simpati yang diberikan.
Dengan keupayaan yang terbatas manusia dihidangkan dengan isu isu ‘panas’ bagi mengalih tumpuan, menutup isu yang lebih ‘hangat’ iaitu beribadah mengesakan Allah. Tatkala sekalian manusia sibuk dengan membicarakan kes-kes seperti zaman dahulu kala adanya, bencana alam, kejatuhan kerajaan, ketidak seimbangan ekonomi,…maka terdapat mereka-mereka yang bijak mencari peluang, mengasingkan diri menghadap wajahnya kepada Sang Pencatur alam ini. Kemelut yang datang ini adalah satu situasi meruncing sebenarnya mengukur keimanan dan akidah seseorang. Menyaring setiap jiwa yang terlibat dengan wayang peperangan diri sendiri.
Semangat yang berkobar-kobar memaksa diri tanpa disedari mempertahankan diri yang kacau bilau agar dapat duduk di dalam zon selesa. Ketika kemuncak untuk mencapai kejayaan dalam perjuangan, berlakunya timbulan syaitan diri menjelma, lalu menyarung di dalam raga tubuh. Biasanya kemarahan dan keegoan menjadi senjata pertahanan diri paling ampuh buat menahan serangan lawan. Teka teki pertempuran ini boleh di dinyatakan sebagai pertempuran antara manusia dengan jin ifrit syaitan berketurunan Iblis, merasuk ketubuh manusia yang hilang kawalan menzahirkan keburukan dan kedurjanaan manusia kepada Tuhan dan Rasulnya.
MARAH DAN EGO JALAN MASUK IBLIS
Di alam kerohanian nafsu amarah adalah keadaan maqam yang paling terendah sekali dari susunan nafsu menaik bermula dari nafsu amarah ,lawwamah , mulhimah , mutmainnah, radiah , mardhiah, kamil dan kamil mukammil Nafsu amarah sangat mudah didapati di dalam diri manusia. Dan itu adalah ‘check point’ pertama yang harus dilepasi bagi setiap pemburu ketuhanan atau disebut salik. Antara ciri-ciri nafsu amarah ini adalah cepat marah, naik angin, bengang, naik minyak, keras kepala dan sewaktu dengannya. Ditambah pula dengan ‘Ego’ yang kebal dan mendarah daging dalam sarung tubuh.
Keakuan diri membawa padah yang tidak terhingga bilamana ingin bertemu Tuhannya. Kedua sifat ini membawa kecelakaan serta kebinasaan total setiap mereka yang ingin mengharapkan rahmat Tuhannya apatah lagi senyumannya.
Pernah Rasulullah bersabda: “jangan kamu marah sebanyak 3 kali. Kenapa agaknya wahai sidang pembaca?
..,tentulah orang yang kuat marah akan mudah dirasuk syaitan lalu dia akan terjerumus kepada refleksi berperangai syaitan..akibatnya..menuduh tidak tentu fasal, bergaduh sebelum tahu duduk perkara sebenar, menghukum seseorang tanpa siasat ke akar umbi….kenapa manusia suka marah? Siapa marah bertuhankan syaitan..kerana mereka ingin mempertahankan sesuatu, sama ada pendapat, pemilikan, ingkar atau patuh arahan, pencabulan kepada kepunyaan kita yang di cabar atau apa sahaja yang membuat kita ‘panas’.
Di dalam pergelutan antara rawatan alternatif menentang sihir keperluan kepada sikap sabar dan sifat tenang (mutmainnah) sangat-sangat diperlukan. Syaitan akan mula mengendalikan ‘pemainan’nya di dalam kesakitan mangsa dengan melemahkan sistem saraf dan kekuatan aqal pesakit..apabila dua perkara ini dilumpuhkan ‘main powernya’ iaitu hati yang lalai juga akan lemah serta pembinaan istana syaitan di hujung jantung sanubari akan bermula.
Perawat akan mula bosan dengan kaedah rawatannya jika formula ajaib sering tidak menjadi. Niat ikhlas perawat tercabar dengan natijah pesakit yang tidak berjaya dirawat. Kepercayaan terhadap kehebatan Allah mula luntur sedikit demi sedikit. Syaitan bertindak membangkitkan ‘hot and spice’ perawat. Terkadang doa dan ayat penghalau jin syaitan hanya menjadi guraun rindu si ifrit sehingga terkadang sang ifrit boleh pula menegur bacaan ayatul kursi perawat…malah mereka sengaja mencari kelemahan perawat agar terpesong dari laluan yang betul.
Setiap detik manusia akan melalui pertempuran yang sangat mengujakan dirinya. Pilihan yang tidak pasti sentiasa bergolak di dalam hati dan perasaan. Masalah akan sentiasa muncul tiba di halaman diri, menghantui mereka yang lemah dalam membuat keputusan, ragu-ragu dan sentiasa protes di dalam hati sanubari….
JIHAD DIRI
Jihad itu adalah bersungguh-sungguh maknanya, bercantum perkataan selepasnya diri, maka membawa maksud dalam istilah kerohanian bersungguh-sungguh (mujahadah) melawan hawa nafsu.
Rasulullah bersabda dalam mafhumnya: “Kita baharu saja kembali dari perperangan kecil dan menuju ke peperangan yang besar…Sahabat bertanya: “Apa perperangan kecil dan besar itu Ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: “peperangan kecil itu ialah peperangan yang baru sahaja kita hadapi tadi manakala peperangan yang besar pula ialah peperangan (jihad) melawan hawa nafsu”
…maka kita ini disuruh untuk sentiasa bemujahadah melawan nafsu. Nafsu dijadikan adalah untuk dibimbing dan di ‘kuda’kan ..bukannya diri dikudakan oleh nafsu syahwat dan gerak hati yang sesat. Bermujahadah itu adalah bersungguh-sungguh dalam berbuat sesuatu dengan menyerapkan sepenuh tenaga dan kudrat yang ada, iaitu kederat zahir dan batin. Sehingga mengalir air mata darah sekalipun, si salik akan tetap berpegang teguh dengan pimpinan gurunya. Dengan kesungguhan jiwa rohaniah yang terpimpin maka akan membuka segala rahsia keajaiban yang tiada tolok bandingannya. Jihad diri melawan nafsu ini bertujuan melekangkan segala pakaian diri yang berat-berat itu agar dapat terbang menuju ke hadrat ilahi…
PERANG BADAR MODEN
Menyaksikan pertempuran geng 313 berkumpul di dataran Badar untuk menghadapi pihak musuh yang sudah lama berdendam dengan kumpulan 313 di bawah pimpinan Rasulullah.
Tujuan kaum musyrikan adalah untuk memusnahkan sehingga ke akar umbi akan perjuangan dan dakwah ketuhanan yang disampaikan oleh Rasulullah. Dengan berbekalkan hanya senjata dan kuda perang yang sedikit berbanding pihak musuh, mereka turun ke medan peperangan dengan wajah gembira untuk bertemu dengan RabbNya. Itulah peperangan pertama dalam sejarah umat Islam yang jika peperangan itu menatijahkan kekalahan …apa mungkin Islam akan berkembang sehingga ke hari ini.
Hamba teringat akan kisah yang dinukilkan kepada hamba oleh Sang Perantau katanya: “Ketika hamba duduk bersimpuh mencari sedikit ketenangan maka terlontar pandangan ini ke arah sebuah medah peperangan yang amat dahsyat sekali…hamba berjalan di sebelah pihak musuh yang sangat ramai sedang memanah ke langit menghalakan anak panah kematian kepada pihak lawan di sebelah sana, hamba lihat berpuluh-puluh mungkin ratusan anak panah terbang ke langit biru kemudian jatuh menghunjam jantung sang pejuang yang mengharapkan syahid…
kemudian hamba berjalan lagi melalui medan pertempuran ke sebelah pihak satu lagi..kelihatannya mereka sedang memacu kuda sederas mungkin untuk menebas kepala-kepala durjana kafir musyrikin. Cumanya kuda-kuda mereka berjumlah puluhan sahaja…dengan wajah yang bersinar-sinar menyilaukan mata musuh mereka menerobos memecahkan tembok batalion yang tersusun rapi. Maka bertempiaranlah mereka lari mencari jalan untuk menyelamatkan diri sendiri.
Cahaya kerohanian mereka memancarkan aura laser yang membawa kegentaran musuh untuk mengawal keadaan pertempuran. Tentera yang berjumlah sedikit bilangannya ini bersungguh-sungguh mengempur pihak lawan bagaikan rimau kelaparan. Bagi yang tiada senjata…mereka menggunakan pelepah tamar untuk dijadikan senjata. Walaupun pelepah tamar itu hanya daunan kering yang mungkin tidak memberikan bekas untuk menumbangkan lawan, namun Allah menganugerahi nusrat (pertolongan) yang mampu merobekkan usus musuh dengan senjata yang tidak terjangkau musuh.
Medan pertempuran yang berdebu di selubungi dengan angkatan tentera malaikat dan jin Islam yang turut membantu. Mata-mata musuh di perlihatkan dengan ‘pegawai-pegawai tentera’ yang besar susuk tubuhnya sedangkan keadaan mereka sebenarnya sama sahaja ukuran tinggi dan lebarnya seperti manusia biasa. Malaikat-malaikat membantu dari segenap penjuru mengikut arahan ALLAH dan RasulNya. Tidak terlepas naik turun nafas pejuang Badar akan wajah Allah dan RasulNya hanya berperang untuk keredaaNya.
Selepas itu hamba pun berjalan di kaki bukit melalui pertempuran itu terus ke belakang tentera berkuda yang sedang bertempur…di suatu sudut terdapat ramai tentera Islam yang sedang cedera diberi rawatan.
Ada yang berlari-lari seperti cuba memberikan pertolongan, ada yang terlantar menunggu rawatan dan ada yang sedang mempersiapkan senjata dan sebagainya. Semuanya dalam keadaan terkawal …di sudut yang agak terbuka …hamba terlihat beberapa orang lelaki sekitar sepuluh orang sedang duduk dalam halaqah (bulatan)…kelihatan mereka ini sangat serius membincangkan sesuatu.
Lalu hamba menghampiri mereka dengan langkah berhati-hati agar tidak terganggu dengan mesyuarat yang sedang berlangsung. Hamba duduk lokasi jam pukul lima berhadap ketua mereka….Hamba mendiamkan diri membatu…kononya nya untuk mendengar butir bicara mereka. Mana tau ada ilmu yang boleh di buat ole-ole untuk hamba melalui kehidupan ini, mana tau ada kuliah dan tazkirah ringkas tentang ilmu ketuhanan…..setelah lama duduk tanpa satu suara pun yang berbunyi akhirnya…
pemimpin mereka yang sedari tadi berbisik dengan orang kanannya bersuara tegas kepada hamba :“Hei kamu…di akhir tahun 20xx akan berlaku peperangan…jadi bersiap sedialah kamu…jaga rakan-rakan kamu….”.
Hamba pun bertanya kembali kepadanya: “Tuan! Adakah peperangannya seperti ini…iaitu peperangan berkuda, berpedang, berpanahan, dan bagaimana kami akan menghadapi peperangan tersebut?’”
Pemimpin itu menjawab: “Keadaan peperangan ketika itu tidaklah sama seperti yang kami hadapi…kamu hanya perlu ‘duduk’ sahaja apabila tiba masanya nanti!” jawab pemimpin tersebut tegas.
Hamba bertanya lagi: “Tuan! adakah ramai yang berjuang menyertai peperangan yang dimaksudkan? Jawabnya: “sangat sedikit….dan sedikit”.
Kemudian pemimpin tersebut terus bercakap dengan orang kanannya, mungkin ada perkara penting yang sedang mereka bualkan. Mungkin juga mereka sedang menyusun strategi perperangan untuk melawan pihak musuh untuk memenangi peperangan kali pertama ini….hamba pun tunduk mencium tangannya lalu berundur lalu pergi dari halaqah itu….begitulah kisah yang unik seperti diceritakan oleh sang Perantau kepada hamba….menyampaikan pesan ‘besar’ kepada kita yang masih leka dan alpa mencari keduniaan…
PERANG IMAM MAHADI VS DAJJAL = PERANG DIRI VS NAFSU
Rentetan cerita tadi membawa banyak kisah tersurat dan tersirat…walaupun cerita di atas tidak boleh dijadikan dalil dan hujah untuk menerangkan situasi keadaan sekarang tetapi tidak mustahil akan berlaku peperangan yang besar seperti dinyatakan. Keadaan sekarang pun telah wujud akan kebenarannya, peperangan demi peperangan mula berkecamuk di sana-sini. Seorang pemimpin yang telah sekian lama menduduki tahta kerajaan di singgahsana mula diketepikan rakyat…jadual Tuhan sedang berjalan….sehingga ke titik yang dimaksudkan.
Pemimpin-pemimpin islam yang didambakan petunjuknya semakin pudar sehinggalah Imam al-Mahdi al-Muntazar diangkat oleh para abdal yang berjumlah 40 orang tanpa saling mengenali mengikut petunjuk dan cap mohor yang dinyatakan mengakui akan kepimpinannya…..
Sang Dajal bersama pengikut nya yang berketurunan iblis, syaitan, jin ifrit kafir, rohaniah jahat dan manusia musyrik sedang menunggu di suatu sudut menanti kehadiran al-Imam Mahdi dengan penuh debaran….Berapakah jumlah tentera imam Mahdi itu ?… adakah berjumlah ribuan orang atau hanya sedikit sahaja seperti angkatan 313 al-Badar? Mereka yang terpilih adalah berjumlah sedikit sahaja yang sanggup berjuang dan bermatian kerana Allah.
Jika Dajjal dan kaum kerabatnya mempunyai kesaktian…bagaimana pula dengan kesaktian tentera Imam Mahadi adakah mereka hanya menggunakan pelepah tamar atau batu yang dilontarkan ataupun debuan tanah yang dihembuskan kepada musuh seperti hembusan debu yang dilakukan Rasulullah kepada musuh dalam peperangan Badar. Bagaimana realiti kehidupan tentera Badar…yang mempunyai tubuh yang kejap, padat, semangat rohaniah yang tinggi, sentiasa berzikir , berpuasa, bertahajud, kuat bersedekah, dan sentiasa berbuat hanya atas petunjuk Allah dan RasulNya…mungkin begitulah keadaan tentera Imam Mahadi seperti kehidupan para sahabat yang bermujahadah mendapatkan kedudukan di hadapan Allah dan Rasulnya….Jika begitulah kehidupan sekarang yang dihayati nescaya pasti mereka yang bercita-cita menjadi askar yang hanya sedikit jumlahnya layak menjadi pengikutnya……..Wallahu alam…….
MORAL:
- Setiap hari manusia berperang…dengan siapa? Tentulah dengan hawa nafsu. Dhan, syak dan waham menghilangkan keyakinan diri kepada Tuhan. Menjadikan hati manusia kelam kabut membuat keputusan sama ada benar tau salah, sah atau batal, haram atau halal, aku atau Allah. Itulah peperangan yang besar……
- Jika ‘peperangan kecil’ berlaku (bersenjata), sudahkah kita bersedia untuk ke arah itu…tentera Allah itu sangat unik dan berkaliber, hati waja, cekal, dan sentiasa memandang akan wajah Tuhan dan RasulNya setiap detik dan saat…
- Lenturkan nafsu kebinatangan dan syaitaniah serta Islamkan (sejahterakan) nafsu itu agar sentiasa tunduk kepada Allah dan RasulNya…(sami’na wa ato’na gufranaka….) “kami dengar dan kami patuh mudah-mudahan engkau di ampunkan Tuhan..
MEMO= DARI BLOG TEMAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan