Lelaki lebih pentingkan kawannya dari aweks hehehe tetapi walau seburuk mana pun mahupun seteruk mana pun aweks kawan, kawan-kawannya sentiasa nasihatkan dan memberi sepenuh sokongan yg jitu kepada kawanya untuk mempertahankan hubungan itu sampai ke jinjang pelamin. Walaupun aweks kawanya itu tidak disukai olehnya sama sekali.
Perempuan suka membabitkan kawannya dalam hubungan percintaanya. Minta pendapat kawan-kawan dan 80% kawan-kawanya akan memberi sokongan yg jitu untuk meninggalkan dan melupakan pakwenya. Dan selebihnya memberikan nasihat yg berguna tetapi kebiasanya akan merosakan atau makin menghancurkan perhubungan itu.
Kedua-dua itu adalah keburukan sama sekali hehehe. Bak kata diorang cari je pakwe lain yg lebih baik dan terbaik tetapi ada ke yg sempurna dalam dunia ni?? Bak kata anak sedara aku yg lelaki pula..."aweks hilang boleh cari lain, lembu dia hilang, dia yg rugi" hakhakhak wokey maaf pada yg salah sangka.. bukan bermaksud dia nak samakan aweks dengan lembu tetapi dia memang jenis sibuk berfikir pasal nak cari duit dari nak fikir pasal aweks ni.Berhati-hatilah sekiranya pakwe korang tu terlampau baik dan sweety bombastik gitu.. kerana ada sesuatu yg tak kena hikhik pesanan ikhlas ni tau.
Guru yg terbaik adalah pengalaman dan menda ni tiada tercatat tetapi sudah tersimpan dalam memory ingatan yg tak perlu untuk dihafal. Dari pengalaman yg lepas anda tahu apa bila anda membuat sesuatu itu apa yg akan terjadi oleh tindakan tersebut. Bila anda menyekat sesuatu perbuatan atau aktiviti seseorang itu anda perlu mengisikan dengan sesuatu yg lain. Yelah bila anda tak bagi buat itu, buat ini dan buat itu ini hehehe itu membuatkan banyak kekosongan dalam diri seseorang itu kerana aktivitinya semakin terhad dan ini akan membuatkan dia semakin bosan. Jadi bila kebosanan menguasai diri maka dia akan memberontak. Contoh bila korang tak bagi anak atau adik korang merempit, melepak atau membuat perkara lain yg tiada faedah lama kelamaan budak remaja itu akan memberontak dan terjadilah sesuatu yg tak diingini. Jadi cuba korang isikan sesuatu yg menarik untuk mengisi ruang kosong dalam aktiviti mereka tu supaya mereka tidak kebosanan.
Khas untuk para isteri sahabat aku semua, sila jangan merimaskan laki korang atau membosankan mereka kerana semua itu akan mengangu aku dan membuat aku terasa kurang selesa. Hahahaha ok sebenarnya suami korang tu akan datang kerumah aku melepak atau mencari aku untuk menemani diaorang menghiburkan diri hehehe yaaaa bila diaorang lari dari bini masing-masing dan aku lah yg menjadi mangsa keadaan. 70% dah semua sahabat aku telah berkahwin jadi bayangkan lah waaaaaaaaaaaaaa ='( Aku pun ada aktiviti sendiri dan ingin masa untuk bersendirian melakukan apa yg aku suka, takkan lah aku nak kena layan laki korang pula, kadang-kadang masalah korang aku pula yg kena tempias iisshhh menyusahkan aje. Kadang-kadang bila kita kena 'something' dengan secara tak sengaja atau disengajakan kita nak turut memberi orang lain rasa dengan apa yg kita kena itu.... hhmmmm... entahlah.
P/S= Bapa kepada bidang perubatan iaitu Hippocrates mencadangkan bahawa seseorang wanita dapat membesarkan ukuran dadanya dengan menyanyi dengan kuat dan selalu
MEMO= Tidak sesuai untuk pembacaan bagi orang yg tak reti bahasa dan orang yg jenis tidak menerima hakikat hahahaha (mesti ada yg terasa ngehehe oklah tu itu pertanda menda ni betul, tak gitu??)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan