Khamis, 26 Mei 2011

Maafkan aku cinta ~Drama Melayu~



Hati siapa tak hancur bila buah hati berubah hati. Rasa macam nak mati, hari tu kata nak sehidup semati, alih-alih dia suruh pergi mati sebab dia dah takde hati. Ikut sesuka hati dia je nak patahkan hati orang.
"Dah la Sin, dah dia mintak break apa lagi yg kau nak terkilan sangat. Lupakan ajelah" Udin bagi nasihat macam penasihat peribadi Usin.
"Kau senang lah cakap. Bukan kau yg kena. Cuba awek kau yg buat macam ni, tak bengang ke?" Usin macam tak puas hati.
"Bengang tu bengang lah jgak tapi kau jangan lah jadi bangang. Orang dah tak sudi, let go aje lah" Ada benarnya juga kata Udin
"Entah apa hal la pulak tiba-tiba aje dia mintak break. Kitaorang takde gaduh, takde angin, takde ribut. Kalau dia jumpa orang lain yg lagi best dari aku pun apa salahnya dia sound pelan-pelan, ini tak tau-tau nak blah terus macam la selama ini aku takde apa-apa makna dalam hidup dia." Usin dah mula macam nak nangis tapi ditahan sebab kontrol macho.
"Susah-susah cari je bomoh, perempuan macam tu memang takde hati perut." Udin bagi cadangan yg tak berlandaskan agama.
Petang itu Usin dan Udin ke rumah Wak Juki, bomoh kampung semedang tak jauh dari kampus diaorang. Suasana kampung yg jauh dari hiruk pikuk kota dipenuhi bunyi-bunyi unggas yg mula berorkestra setiap kali senja menjelang. Kedatangan mereka disambut baik oleh Wak sendiri yg tinggal berseorangan setelah ditinggalkan bininya yg dah bosan dengan aktiviti paranormalnya.
"Wak tahu dah hajat korang ke sini tapi saja je wak nak tanya kot-kot telahan wak tersasar." Kata Wak Juki sambil bersila di depan peralatannya yg terdiri dari sebekas kemenyan, semangkuk air dan secawan kopi.
"Kami datang ni nak mintak Wak buat something kat sorang awek ni yg tak berhati perut." Terang Udin selaku wakil Usin yg mengangguk tanda mengiyakan.
"Wak dah agak dah. Ada bawa gambar dia?" Tanya Wak Juki
"Ni dia Wak, satu album saya bawa, pilih aje yg mana sesuai untuk kerja jahat ni Wak." Usin menghulurkan album sebesar buku panduan telefon.
"Mulut tu jaga sikit, Wak ni bukan jahat cuma Wak pantang dengan orang berhati jahat. Kira orang buat jahat Wak balas dengan kejahatan. Wak ini adil." Jelas Wak membela profesionnya.
"Yelah Wak, janji dia dapat pengajarannya jangan nak senang-senang mempermainkan hati orang." Balas Udin yg menjadi penyibuk dalam hal ini.
"Boleh tahan juga budak perempuan ni ye. Patut le kau beriaya sangat." Kata Wak sambil membelek album Usin yg penuh dengan kenangannya bersama Semah.
"Kalau tak cun saya tak kisah Wak. Anytime dia mintak break saya kasi Wak." Jelas Usin.
"Macam ni lah, kamu isi je borang ni, kat bawah tu letakkan alamat dan butir-butir budak perempuan tu beserta emailnya kalau ada. Korang boleh balik dulu nanti Wak uruskan budak ni, korang jangan risau. Gerenti beres dan dijamin puas hati." Wak Juki memberi jaminan.
Usin dan Udin berangkat pulang dengan hati yg berbunga kepuasan. Alang-alang dikenakan perempuan biar lah perempuan tu kena balik seadanya. Upah Wak tu pun tak lah mahal mana, itupun dia cakap boleh disetelkan setelah kerjanya selesai. Kena pula diaorang student maka adalah student diskaunnya. Hari-hari berikutnya Usin dan Udin sentiasa memerhatikan Semah yg sikit pun tak endahkan mereka. Manalah tahu kalau tiba-tiba si Semah muntah darah ke, kena histeria ke, jadi gila ke. Tak cukup dengan tu diaorang tanya pula pada kawan-kawan seasrama dengan Semah kalau-kalau ada nampak sebarang perubahan ganjil pada diri Semah. Namun hasilnya tidak memberangsangkan, mungkin terlalu awal atau munkin juga Wak busy dengan urusan-urusan paranormal lain. Nak telefon kang disantau pulak oleh Wak tak pasal.
"Macam tak efektif je Wak ni Udin. Ye ke dia terer?" Usin ralat.
"Iyee... dulu ingat tak pensyarah yg failkan aku tu sampai aku kena ulang satu semester. Tau kat mana dia sekarang?" Tanya Udin.
"Tak tahu." Usin mengangkat bahu.
"Kat Tanjung Rambutan! itu kerja tangan Wak lah tu." Udin berkata dengan bangganya.
"Mak aaiihh! Aku ingatkan dia berhenti sebab buka frim sendiri rupanya dia jadi warga TR ye, respek!" Usin kagum.
"Tu Semah. Eh aku nampak dia lain macam sikit lah." Udin menyiku Usin.
"Ha-ah la, nampak muka dia merah semacam. Tu dia pergi ke pejabat Hal Ehwal Pelajar tu sebab apa ye?" ujar Usin.
Setelah ditanya pada kerani pejabat HEP tu diaorang dapat tahu yg Semah dah berhenti belajar namun tak diketahui sebabnya kenapa. Usin dan Udin rasa diaorang tahu kenapa, ni kalau tak kena penyakit misteri tentu minah tu otak dah tak betul dan tak boleh nak study lagi. Puas hati Usin, Udin tumpang gembira, bagi mereka keadilan telah diperolehi. Wak Juki memang hebat, minggu depannya Udin dapat sms dari Wak, dia jemput mereka berdua ke rumah. Usin dah siap dengan duit upah yg Wak minta dulu, duit biasiswanya. Lepas makan tengahari mereka membonceng motor Udin ke rumah Wak yg cuma setanak megi dari kampus.
"Lain macam je ni. Apahal banyak bebeno kereta kat kampung ni?" Udin heran
"Tu bukan ke rumah Wak kat depan tu?" Usin pun naik hairan melihat apa yg dilihatnya.
"Tak akan orang tua tu meninggal kot?" sangka Udin.
Dalam mereka terjenguk-jenguk nak tahu apa yg berlaku di rumah Wak Juki, mereka tersentap bila terlihat sekeping kertas putih yg terlekat pada tiang telefon tak jauh dari situ. Usin dan Udin ternganga, lutut mereka longgar, terasa semua urat-urat jadi kendur sekendur-kedurnya bila membaca apa yg tertera di atas kertas tu. Di atasnya tertulis jelas.... "Walimatulurus Wak Juki dan Semah"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!