Rabu, 25 Mei 2011

CIRI CIRI DAJJAL KECIL 30 DAN DAJJAL BESAR YANG SEBENARNYA.

APAKAH CIRI CIRI SEBENAR DAJJAL.
Pendusta agama islam, bukan dari yahudi.
( Pendusta atau dajjal itu sebenarnya adalah si pendusta yang berasal dari kalangan penganut agama islam termasuklah syiah , bukan dari agama yang lain.)


Bismilah Walhamdalah. Solawatullahi Wasalaamuhu Ala Rasulillah Waman Waalahu.


Terlebih dahulu daku memanjatkan syukur ke hadrat ilahi yang telah memperkenankan diri dan hati sanubariku menyampaikan khabar khabar dari sekalian khabar yang menggembirakan umat islam yang saat ini dinanti nantikan kelahiran dajjal besar dan kecil itu. Walau apa sekalipun tanggapan dan pandangan para penunggunya..daku mahu bertanya dengan mu..untuk apa kita tunggu sang pendusta..? Bukankah menilik diri dan menghisb amalan diri adalah lebih mulia dan dituntut dari menantikannya datang. Malah kehadiran mereka sebenarnya tidak disedari kita yang menanti nantikannya selama ini. Ternyata kita telah melepasi hampir dua puluhan dajjal yang daku sendiri tidak mengenali mereka.

Dengan kuasa Allah, daku telah mendapat khabar berita yang amat mengejutkan kali akhir ini dizaman awal permulaan akhir zaman bahawa akan ada berita besar kematian seseorang yang disebut sebagai pendusta , sang pendusta kecil sebelum sang pendusta besar maha hebat dan maha menakutkan yaitu al masikhud dajjal laknatullah. Dari khabar yang hampir tidak terpercayakan oleh sebahagian besar umat islam di negara Malaysia dan negara sekitarnya, bahkan oleh para pengikut sang dajjal kecil itu daku mempertahankannya melalui perkhabaran ghaib yang juga tidak ada usul sahihnya untuk dibuat pegangan yang benar. Untuk apa diperdebatkan, untuk apa disiarkan, untuk apa diwar warkan. Sudah pasti dan barang yang pasti setiap perkara batil jangan harus dipelihara dan jangan harus dibiarkan setelah menemukan jalan ikhtiar untuk di lenyapkan. Perbuatan mereka membawa manusia mengagungkan mereka di dunia amat tidak boleh dimaafkan sama sekali. Kesungguhan mereka menawan dan mempengaruhi hati mereka amat hina sekali. Demi semata mata kepentingan dunia peribadi yang amat tersembunyi di dalam hati dengan menzahirkan syariat nabi dan meninggikan seruan ilahi.

TERSENARAI SEBAGAI PENDUSTA ALLAH DAN RASUL. 

Sesungguhnya mereka itu adalah para pendusta yang amat tidak disedari oleh manusia dan tidak disedari oleh dirinya sendiri juga oleh para pengikutnya, melainkan sebahagian kecil dari mereka menyaksikan perbuatan  orang atasan mereka yang angkuh dan zalim dalam diam. Menindas golongan bawahan bagaikan semut dan anai anai memerah tenaga dan keringat dengan piagam "Sami'naa Wa Ata'naa...Ghufraanaka Rabbanaa Wailaikal Mashir" Kami dengar apa yang yang kau kata..Kami taat melakukan apa yang diperintahkan dengan mengumpulkan sebanyak banyaknya harta untuk menawan dunia katanya...KeampunanMu yang kami tuntut, kepadaMu tempat kami kembali nanti..menyerahkan urat darah roma kulit daging dan penat lelah juga peluh membusuk untuk orang besar pujaannya asalkan mereka berjaya mengumpul keduniaan harta dan kenikmatannya sedangkan diri sendiri tidak mampu membelikan susu anak anak dan tidak mampu menyekolahkan anak anak. Aku mempersembahkan diriku ini kepadamu wahai pemimpinku,guru mursyidku dengan agama islam yang suci ini, dengan syariat yang agung ini, dengan wirid keramat ini dan dengan kekeramatan sheikh kami yang amat berdaulat untuk mendaulahkan islam sebagai agama tertinggi dan menukarkan negara ini sebagai negara islam tapak daulah imamul mahdiy al muntadzar.


Semua orang tertanya tanya, terpinga pinga dengan kehebatan dan kemajuan yang dicapai oleh mereka dalam bidang perniagaan dan penerbitan juga dalam bidang mempengaruhi manusia untuk bersama mereka dalam menjayakan misi yang diperkatakan dan dibanggakan oleh mereka sebagai pemuda bani tamim yang telah bertemu dengan Rasulullah saw secara jaga. Sebagai persiapan menantikan imam mahdi yang akan memerintah dunia dari timur jauh.


Pengakuannya sebagai orang besar tuhan , wali akbar tuhan, sheikh mursyid, pengakuan bertemu sheikh suhaimi itu semua amat memalukan apabila akhirnya seorang tokoh wali jin mengkhabarkan kepada kami bahawa akan ada peristiwa besar kematian seorang dajjal pendusta yang ke dua puluh lima pada sangka sangka. Pembohong dan pendusta, sanggup menggadaikan maruah diri hanya dengan sedikit harta dunia yang tidak bernilai diakhirat itu menjadi tajuk agenda tersembunyi manusia tasawuf kononnya tapi gagal mentarbiah nafsu diri sendiri itu. Tetapi dalam masa yang sama beriya riya menyuruh dan melaungkan dengan bersungguh sungguh supaya pengikutnya sentiasa menjaga nafsu diri dan diperjuangkan dan dimujahadahkan agar tidak akan memprotes diri pemimpinnya semata mata.

Orang bertanya ustadz ini bekas ahli arqam ke ? ya, ohhhh..patutlah kecewa..Orang bertanya, Ustadz ini orang arqam ke..Eh Bukan,..Ohhh..patutlah belum pernah kenal dan menghayati Abuya. Sebelum orang bertanya saya jawab dulu, bahawa saya belum pernah walau sekali berjumpa, walaupun pernah ditawarkan berdiskus dua mata disaksikan yang lain dengannya. Saya tidak akan duduk bersama seorang yang amat mengecewakan hati kanjeng guru malah pernah disebut oleh kanjeng guru gusti sang perabu," Akan muncul manusia berpakaian serba hijau berjalan jalan di pasar, mencari tuhan tetapi mereka tidak menemuinya"..dengan arti baju hijau. Siapakah dia ? Itulah Arqam. Mencari tuhan tapi tidak berjumpa.

Walaupun kata kata itu datang dari guru di atasnya tetapi baginda sendiri menjelaskan bahawa baju hijau adalah arqam. Saya menambah bahawa yang dimaksudkan oleh beliau ialah Abuya Imam Asaari Muhamad Fata Attamimi yang berdusta sebagai pendusta kepada Allah dan rasul, matinya sebagai seorang munafik..

Daku pernah menemubual salah seorang ahli kerohanian dia menjawab begini," Asaari bukan pemuda bani tamim". Daku pernah mencari jin tertentu mereka tidak mengenalinya sebagai orang yang amat ditakuti jin di alam sana, bunian pun tahu perkara ini. Saya menyedarinya setelah gusti sang perabu menyampaikannya.

Daku pernah menyeru rohaniah Maksalmina, jika benar, mudah mudahan benar. Jawapannya NEGATIF..Sungguh isteri abuya dan anak mereka adalah pereka tipuan yang diilhamkan kepada mereka oleh jin jin tua yang menghurung Asaari semasa hidupnya dahulu. Mereka pula meniupkan hembusan jahat buat kali kedua ini untuk mempertahankan kebenaran mereka dan sekalian harta harta mereka yang banyak itu buat selama lamanya. Ini benar benar satu pendustaan yang sangat mungkar..mungkar..dan mungkar.

YAQAZAH 
Dakwa dirinya bertemu nabi saw SECARA YAQAZAH JAGA, bertemu para auliya, bertemu malaikat muqarrabiin dan para roh muslimin dan akhirnya mendakwa mengenal tuhan dan berasa kasih rindu dan cinta kepadanya. Sebenarnya hanya pendustaan dari mulut bibirnya semata mata. Istilah ini hanya berdiri pada diri roh manusia yang berjaya meletakkan diri di maqam yang  tinggi dengan izin dan perkenan dari Allahu Rabbul Alamiin. Bukan dari reka reka perasaan yang ditiupkan hembusannya oleh dua tiga ekor jin besar dan jin jin tua yang senantiasa mengekorinya kemana sahaja dia berada.


Diri nafsunya 60 peratus menguasai diri. Diri rohnya 40 peratus terkalah nafsu, barang mustahil dirinya menepati ciri ciri seorang wali agung lagi keramat dan dimuliakan Allah. Mereka tertipu dengan pedaya dan pujukan syaitan yang tinggal di dalam tubuh mereka selama ini. Amatlah malangnya mereka tidak dapat kembali bertaubat ke pangkal jalan , tidak sempat bertaubat membetulkan kesalahan diri yang tersembunyi dan sengaja disembunyikan selama ini. Yang ditinggalkan pula mula mereka rekakan peristiwa dan rancangan baru juga datang dari hembusan dakyah syaitan syaitan itu yang pernah kami temui dahulu.

ZABIDI PERNAH MENULISKANNYA DAHULU. 

Sungguh matinya terhina dan tersungkur dipintu syurga seperti yang pernah didakwa oleh Zabidi. Benar katanya,benar dakanya. Cuma beliau tidak menyangka bahawa ketua yang diperkatakannya itu sebenarnya adalah salah seorang yang tersenarai sebagai pendusta dajjal kecil dengan pengikut dari kaum bangsanya dengan menonjolkan keperibadian yang amat mulia sehingga manusia melihat keindahan yang ditunjukkannya. Tiada siapa yang mampu melakukannya pada waktu itu malah apa yang mereka lakukan menjadi ikutan seperti nasyidnya yang benar, pakaiannya yang benar, dan sistem perniagannya yang hebat, tetapi akidah kepercayaannya mengaku sebagai waliyullah dan pendaulah negara islam dan sering berjanji janji kedatangan imamul mahdi itu sebenarnya adalah dusta semata mata.


Manusia ini tergila gilakan pangkat kemasyhuran dan harta dunia sehingga tidak mampu memisahkan diri dari kesusahan, mahukan apa semua dapat segara, secara tunai. Apa tidaknya himpunan hartanya yang maha bertimbun timbun hanya anak anak yang hampir, isteri isterinya yang hampir, pemandu peribadinya yang hampir dan pembantu pembantunya yang hampir mungkin amat tahu rahsianya dan amat tahu berapa banyak simpanan hartanya di dalam bank terkemuka di luar negara. Dari kata dan perbuatannya tidak kelihatan maksud yang tersirat dan yang tersurat.


ROHNYA TERSIKSA.
Sehingga hari ini, ketika tulisan mengenainya belum terniat aku akhiri, rohnya diberitakan malah pernah diriku menyaksikan dia sedang disiksa di dalam kubur menggigil , menggigil , kesakitan, dengan raungan kecil menahan kepedihan dan raungan yang tidak teraung..saya takut melihat kejadian ini. Saya takut mengkhabarkan ini..Saya takut saya pula yang akan mengalami kejadian sepertinya. Ya Allah tiada adakah lagi tolak ansur kepadanya agar dikurangkan rasa sakit azabnya. Itu adalah doaku di dalam hati apabila berjaya menyerukan rohnya keluar dari kiubur dan menyaksikan keadaan dirinya yang amat terhina itu jauh dari disangka oleh para ahli keluarganya , para pengikutnya dan sebahagian besar umat muslimin dan muslimat seluruh dunia yang mengenalinya.


Walaupun begitu, mungkin saja saya ini mengada adakan cerita dengan kononnya kasyaf dapat melihat perkara perkara ghaib yang telah ditutup pengetahuannya dari diketahui oleh manusia supaya menjadi dugaan dan cabaran hambanya. Sebenarnya saya ini bukannya kasyaf, saya bukan ahli wali, bukan juga saya ini sheikh lagi mursyid yang boleh membimbing manusia serta dapat melihat hati manusia juga dapat melihat siksaan kubur. Tapi, hati hati dengan manusia itu yang saya pernah khabarkan dulu, mereka mampu merahsiakan kebolehan mereka dari pengetahuan kita manusia ramai. Saya menumpang kebaikan mereka alhamdulillah.


ITULAH CIRI CIRI DAJJAL YANG PERNAH DISEBUTKAN OLEH RASULULLAH SAW.
Tidak sah menafikan keberadaan tuhan buddha dan hindu itu sebagai bukan tuhan yang sebenar. Ini adalah kerana perkara itu sudah ternafi dari mula, jadi tidak ada asal untuk menafikan barang yang sudah ternafi dengan sendiri. Kita kembali menyelusuri ilmu kalam, ilmu usuluddin atau ilmu sifat yang dua puluh itu. Kenapa kita kesitu sebab, menafikan yang terang terang dusta itu tidak sah penafiannya kerana ia sudah ternafi. Mengapa perlu menafikan si Sai Baba, mengapa perlu menafikan Amerika Dajjal, mengapa perlu menafikan Israel yang sudah terang nyata sebagai pendusta. Begitu juga manusia yang lain yang nyata kafir ingkar kepada Allah. Tidak ada usul untuk menafikan mereka lagi kerana mereka sudah pun ternafi dari hal keadaannya mereka bukan yang boleh dipercaya kata katanya, perbuatannya dan apa sahaja kecuali perjanjian damai seperti mana yang pernah berlaku di awal awal islam.Jadi pada saya dan pada diri ahli usul menafikan barang yang sudah ternafi adalah tidak sah penafiannya. Yakni menafikan patung tuhan mereka itu sebagai bukan tuhan. Memang bukan tuhan, kenapa perlu dinafikan. Syiah perlu dinafikan, Hamas perlu dinafikan, Hizbullah perlu dinafikan kerana mereka adalah penyamar agama ini yang cuba mempengaruhi umat islam sedunia bahawa mereka adalah pejuang agama. Sebenarnya mereka menipu kita dengan kata kata dan tembakan membunuh yang terancang. Dalam pada itu berwaspadalah dengan Hizbut Tahrir yang kelihatan sibuk mempersiapkan diri menerima lantikan jawatan khalifah tertinggi diantara mereka. Akhirnya masing masing gila dengan pangkat khalifah tertinggi di dalam barisan senarai kepimpinan bayangannya. Bukankah khalifah itu milik allah dan rasul..


Sai Baba, Amerika, Israel dan sekalian yang pernah dicop sebagai dajjal besar sebenarnya bukan. Mereka bukan dajjal yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw dalam ucapannya sekitar ribuan tahun dahulu. Apa yang dimaksudkan oleh baginda ialah suatu peringatan supaya berhati hati menghadapi kelompok manusia islam yang membanggakan diri bahawa mereka adalah pembawa kebenaran diakhir zaman dengan lagaknya yang sungguh tidak akan disangka sebagai dajjal kecil yang dijanjikan oleh Alllah  subhanahu wataala. Mereka hanya proksi dajjal yang bersembunyi ketika ini di pergunungan Khurasan, tinggal mendiami bandar besarnya di dalam sana menantikan saat propagandanya hancur berkecai dimusnahkan oleh al mahdiy tidak lama lagi. Akan marah si dajjal itu mahu mengorak arik dunia ini setelah perancangan yang diatur dengan teliti dan saksama musnah berkecai terkena godaman sang penakluk dajjal imam mahdi al muntazar.


DAJJAL DAJJAL KECIL MUNCUL DENGAN PERSONALITI ISLAM.
Ketahuilah bahawasanya setiap diri 30 orang dajjal dajjal kecil yang diisyaratkan oleh Rasulullah saw itu berwatak mulia dimata manusia , besar jemaahnya, ramai pengikutnya, seolah olah berjaya dunianya, seolah olah baik syariatnya , keinginannya tersembunyi, hajatnya yang sebenar tertutup dengan kata dan tingkah lakunya. Pangkat kebesaran dunia impiannya termasuk gelaran gelaran besar dunia, tidak ketinggalan dirinya ingin dikenali sebagai syeikh yang majzub pemimpin kerohanian yang dikenali ramai. Berjaya mengumpulkan pengikut dari kalangan cerdik pandai dan berharta termasuk jutawan jutawan para usahawan kaya raya dengan tujuan dapat membantu dirinya dan jemaah rekaannya mengembang ke seluruh dunia mencari dan menyebarkan kebenaran melalui impiannya yang tersembunyi jauh dilipatan hati sanubarinya. Hanya Allah dan para malaikatnya mengetahui segala pendustaan dan penyelewengan yang telah dilakukan disebalik tabir terhadap para pengikutnya yang telah melarikan diri sebahagiannya bertaubat nasuha.


ADAKAH DAJJAL KECIL SEDAR BAHAWA DIRINYA ADALAH DAJJAL.
Si pendusta ini tidak sedar bahawa dirinya adalah tersenarai atau manusia yang ditakdirkan sebagai pendusta pendusta kecil sebelum si pendusta besar sampai. Difaham dari kata kata rohaniah ini maka akan didapati bahawa pendustaan dalam agama ini akan terus berlaku sehingga sampai waktunya si pendusta besar keluar. Maka selamanyalah syiah rafidhah dan yang sewaktunya akan tetap diikuti diakui benar dan diyakini bahawa mereka adalah benar dan menyampaikan akan faham mereka itu kepada wasil pada diri tuhannya. Berhati hatilah wahai saudara umat muslim diserata dunia jika terdengar atau terlihat sekumpulan manusia yang berjemaah atas nama islam, memanggil manggil kita supaya mengikutinya, membaiahnya dengan alasan bersatu menegakkan islam walhal mereka mencari jalan untuk berkuasa atas pangkat dan kuasa, perempuan dan harta wang ringgit ditambah dengan kata katanya yang menggoda manusia yang yang ingin mencari ketuhanan mendekatkan diri pada agama ini dengan kata kata sufi, maka jauhilah.

MENGAKU DIRI WALI. 

Seolah olah dirinya wasil kepada tuhan dan menjadi kekasihNya yang hampir. Mereka dengan bersungguh sungguh mengaku bahawa mereka adalah waliyullah akhir zaman, wali besar yang menaungi wali wali yang lain. Mereka mengaku bahawa mereka adalah utusan tuhan kepada manusia ramai, Menyeru manusia dengan kebenaran agama sehingga sanggup menghantar surat kepada jabatan agama dan Yang Dipertuan Agung mengaku membawa khabar gembira untuk umat ini bahawa dirinya adalah orang utusan tuhan atau waliyullah akhir zaman. Meminta izin kepada imam masjid berkhutbah pada hari jumaat untuk menyampaikan kebenaran pelik itu dan jika dirinya tidak melakukannya maka katanya pankat kebesaran sebagai wali agung penyelamat umat akhir zaman itu akan ditarik balik oleh tuhan.


Saya amat hairan dengan orang orang seperti ini mengaku ngaku diri seorang wali atau membenarkan pengakuan murid bahawa dirinya seorang wali agung malah bangga dengan pengakuan murid muridnya. Saya hairan betapa mereka itu sanggup menggadaikan jiwa dan perasaan serta jasadnya untuk disembah manusia , untuk disanjung manusia, untuk dihormati oleh manusia, ketagih sangatkah mereka dengan sanjungan pangkat tuan sheikh atau tok guru kiyai yang sangat diminati oleh nafsu besar syaitan itu. Kenapa gila sangat mahu jadi seperti itu. Nak duit ke atau dah tak makan nasi dapur tak berasap? Jumpa saya biar kita kongsi sama rakan rakan jin di sini bagi duit atau saya pujuk orang bunian itu dengan kawan kawan yang ada ni bagi je duit tarik supaya jangan merepek repek nak jadi wali atau sheikh mursyid yang dikagumi memiliki karamah besar kononnya. Ini semua berpunca dari tersimpan hajat mencari kekayaan dunia kebanyakannya. Sufi yang dicanang canang sufi kutip derma. Dikata dajjal ( Dusta) tidak mahu menerima. Habis semua manusia tertipu. pemimpin tarikat luar negara pun ikut tertipu..Masing masing kena tipu sibisu yang ditarik balik suara dan lisannya akibat terlalu banyak menipu. Berkata dusta atas Allah dan Rasul saw.


BAGAIMANA PULA SANG DAJJAL BESAR ITU NANTI ?
Maka ini dikhabarkan bahawa kemunculan sang dajjal atau sang pendusta agama besar yakni al masikhud dajjal itu berwatak sebagai manusia yang sangat baik. Dia mempamirkan perilaku dan kata kata yang mempesona dalam hal agama islam lebih lebih lagi kata katanya mirip seperti kata tokoh tokoh besar ahli sufi pada zaman sebelumnya.

Pakaiannya yang menggambarkan seorang tokoh ulamak besar berserban besar melilit kepala. Janggutnya tebal berwarna putih beruban. Pakaiannya berlapis lapis pakaian dalam , luar dan yang paling luar adalah jubah tidak berjahit. Cara berpakaian umat yahudi bani israel zaman nabi ibrahim dan keturunannya ke bawah.

Pakaian asli bangsa Ibrani yang soleh soleh. Perkataannya membayangkan bahawa dirinya tahu mengenai masa akan datang dan perkara perkara yang telah berlalu. Kata katanya seolah olah mengetahui isi hati murid dan pengikut setianya, menyebabkan murid dan pengikutnya amat takut bila berhadapan dengannya.

Perbuatannya menghasilkan maunah dan karamah besar seperti layaknya seorang wali songo bahkab lebih hebat dari itu. Perkataannya masin, apa yang dikata semua terjadi. mereka pengikutnya tidak sedar, sebenarnya dia mendapat pertolongan dari syaitan syaitan yang kuat dan magik serba serbinya.

Para pengikutnya amat takut kepadanya apalagi yang membencinya terus terhukum dengan sendirinya. Nabi khidir terbelah dua tubuhnya, bercantum semula. Tetapi nabi Khidir menolak kebenaran sang pendusta mengaku sebagai nabi mengaku dialah tuhan seperti layaknya ahli sufi kemabukan konon tersutuh ( terlajak atau terpacul tanpa sedar ) kata kata seperti Mansur Al hallaj, Hamzah Fansuri, As Syibli dan banyak lagi menandakan dirinya wasil sampai ke sisi tuhan yang maha pengasih dan penyayang.

Sungguh, begitulah dusta yang dilakukan sehingga menarik minat ramai manusia ditambah dengan kebolehannya menurunkan hujan, mendatangkan makanan, memati dan menghidupkan semula mayat yang baru mati. Nauzubillahi min zalika.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!