Ahad, 8 Mei 2011

Warkah untuk ibu 2 (happy mom day)

Selamat hari ibu kepada semua ibu yg ada dalam dunia ini, tak lama lagi hari bapa pula jadi selamatkan lah semua ibu dan bapa yg ada dalam dunia ni hehehe. Jadikan lah rumah anda sebagai syurga dunia untuk anak-anak anda. Seperti korang sedia maklum yg aku baru je kehilangan ibu tersayang jadi lagi sekali aku ingin memberi pesanan untuk korang yg masih mempurnyai orang tua, berbaktilah dengan ikhlas kepada orang tua korang tu jangan sampai korang akan terasa menyesal di kemudian hari kelak.
Semalam aku terbaca lagi di surat khabar kisah kasihnya seorang ibu sampai ke syurga. Seorang ibu sangup mengorbankan diri untuk anak-anaknya, sungguh murni kasih seorang ibu itu. Disini aku ingin memberitahu korang bahawasanya aku merasa pernyesalan dan menda ini akan menghantui aku sampai aku mati nanti. Andai ku tahu.... sobsobsob... Sebab itu aku nak pesan kat korang supaya tidak menjadi seperti aku dan rasa terkilan. Aku dah menjadi yatim piatu tiada kedua ibu bapa, bagi korang yg masih ada itu walau macam mana sekali pun dan apa yg terjadi pun janganlah lupakan kedua orang tua korang tu. Berbakti lah selagi hayat mereka dikandung badan.
Sebelum arwah ibu aku pergi meningalkan dunia yg sarat dengan bermacam gelora ini ada sesuatu yg aku tidak sempurnakan dan menda itu membuatkan aku terkilan sangat.    Pernyesalan menghantui diri aku sampai sekarang dan selama aku hidup ini..... andai ku tahu...=( "Maafkan lah jika hati tak sempurna cintai mu" hukhuk eehhh silap ayat ni untuk orang lain deerrr. Berbalik pada ibu.... mmmmm.... andai ku tahu.... ='( walaupun apa yg aku tak sempurnakan itu kalau dari pandangan orang lain memang bukan sesuatu yg "besar" atau sekadar perkara yg remeh je tapi bagi aku itu sesuatu yg besar dan apa-apa yg berkaitan dengan ibu aku adalah sesuatu yg penting dan perlu diambil berat. Apa perkara yg aku tak sempat sempurnakan tu??? mesti korang bertanya-tanya kan, sebenarnya pada petang hari semasa ibu aku tersedar kat wad tu dia ingin makan kerana lapar tetapi aku tidak memberi ibu aku tu makan walaupun hati aku memang nak memberi. Oleh disebabkan arahan dari Doktor yg merawat ibu aku tu menyuruh ibu aku berpuasa pada hari itu, walaupun aku ni jenis tak suka menuruti arahan hehehe dan nurse yg bertugas pada waktu tu berjaya menghalang aku. Jadi tak berjayalah aku nak menyempurnakan perkara tersebut dan malam itu ibu aku terlah pergi tak akan kembali. Sungguh terkilan aku.... bagi korang yg cakap menda ni bukan perkara yg besar dan sekadar menda remeh je, meh aku nak bagi tahu korang sesuatu yg korang tak tahu.
Seorang ibu itu sangup berlapar untuk anaknya, walaupun makanan itu sudah didalam mulutnya tetapi dia sangup keluarkan semula untuk memberikan pada anaknya jika anaknya itu masih lapar atau makanan itu dikehendaki oleh anaknya itu. Korang tak percaya??? hehehe betul apa yg aku katakan ini dan menda ini mesti pernah terjadi pada diri korang sendiri semasa korang masih kecil. Renung-renungkan lah...... =(
P/S= Maaf dipinta.... korang mesti berbakti dan berbuat baik pada orang tua masing2... sayangi lah mereka kerana mereka lah korang wujud di dunia ini



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!