Terdapat sebuah gunung yg digelar 'Gunung Hajat' di mana sesiapa yg terjun dari gunung itu lalu meminta sesuatu hajat maka ia akan termakbul.
Tiga orang pemuda telah sedaya upaya memanjat gunung itu dan akhirnya mereka sampai ke puncak. Pemuda pertama hendak menjadi seekor burung. Maka dia terjun dan menjeritkan permintaannya dan... kapuusshhh... dia telah menjadi seekor burung.
Pemuda kedua bagaikan tidak percaya sahaja dengan apa yg dilihatnya. Dia terus terjun dan menjerit, "Aku nak jadi superman!!!". Sudah tentu permintaannya juga dimakbulkan dan dia sempat berkata kepada pemuda ketiga, "Kenapa.. tak percaya aa??"
Pemuda ketiga pun dah naik jeles dengan pemuda kedua tadi. Dia mengambil lajak beberapa tapak ke belakang dan telah memasang niat untuk menjadi pesawat Stealh untuk mencabar pemuda kedua. Dia pun berlari akan tetapi dia telah tersepak seketul batu di pinggir tebing lalu melatah, "Mak nenek.." dan terus jatuh ke bawah... dan menjadi... MAK NENEK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan