Sebagai buaya yang tak mengenal mangsa, berikut ialah senarai calon mangsa yang tak sepatutnya korang cuba-cuba nak mengorat walau apa pun alasan yang korang fikirkan.
BOS KORANG
Sebagai pekerja anda tak sepatutnya melibatkan perasaan dalam urusan kerja apatah lagi bos korang tu senang-senang je boleh pecat korang. Kalau dia yang mulakan dulu itu lain cerita, tu dah jadi arahan pihak atasan jadi tak boleh lawan.
CIKGU KELAS KORANG
Walau betapa cun guru kelas korang, adalah dinasihatkan agar korang batalkan aje la niat korang tu sebelum gred korang terjejas kerana masa depan korang di tangannya. Lagipun taktik nak lulus periksa dengan cara ini orang dah tak pakai dah.
MAKCIK KANTIN
Mungkin anda terpikat pada masakan beliau sehingga anda ingin nak dia masakkan untuk korang di rumah pulak. Tak payah, kena pulak korang saje nak ngorat dia untuk dapat makan free sebab sengkek. Memang memalukan kaum serta spesis buaya.
TEA LADY OFIS
Dah hari-hari jumpa pastu dia buatkan korang teh pagi dan petang, aweks korang pun tak layan korang macam ni. Suka diingatkan di sini, itu memang dah kerja dia, kalau tak takde dia saje-saje rajin nak layan kerenah korang tu.
POLIS WANITA
Ni kes berat, walaupun anda selalu terserempak dengan dia bila trafik jem kat simpang atau masa ada road block tak bermakna anda ditakdirkan bertemu. Kena pulak dia yang bagi saman kat korang, tak bermakna dia seperti memberi surat cinta, saman tetap saman tak payah nak kenyit mata atau mintak nombor telefon, takde maknanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan