Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Bakal ada tentera yang akan menyerang Ka’abah, tetapi ketika mereka sampai disuatu tempat lapang, tiba-tiba ia dibinasakan semuanya , baik yang pertama hingga yang terakhir.’Aisyah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana dibinasakan semuanya, padahal disitu ada orang-orang yang tidak ikut serta, iaitu orang yang sedang dipasar dan lain-lainnya? Jawab Nabi di binasakan semua, kemudian dibangkitkan menurut niat masing-masing”.
“Bakal ada tentera yang akan menyerang Ka’abah, tetapi ketika mereka sampai disuatu tempat lapang, tiba-tiba ia dibinasakan semuanya , baik yang pertama hingga yang terakhir.’Aisyah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana dibinasakan semuanya, padahal disitu ada orang-orang yang tidak ikut serta, iaitu orang yang sedang dipasar dan lain-lainnya? Jawab Nabi di binasakan semua, kemudian dibangkitkan menurut niat masing-masing”.
Riwayat Bukhari Muslim
DUDUK BERSIMPUH
Di salah sebuah masjid kawasan yang dirahsiakan lokasinya hamba ‘duduk bersimpuh kiri’ berteleku membuat ritual seharian yang masih terhutang …setelah membaca 10 formula ajaib …maka hamba telihat Tuan Kelarias sedang duduk di atas kerusi berwarna emas yang sangat indah tempatnya…hamba pun melakukan beberapa adab salam penghormatan seperti yang dilaksanakan rakyat apabila masuk ke istana. Arahan pun dikeluarkan kepada hamba patik pacal yang hina ini…Kata Tuan Kelarias: “Pada hari ini, engkau dikehendaki bertugas!..”. Hati hamba berbisik sambil melihat Tuan Kelarias sedang membetulkan duduknya, “ Apa pula kerja yang hamba perlu buat kali ini, adakah nak membina bangsal Abang Sali? atau mengangkat batu karsan depan rumahnya? Atau membantu En. Zamri mengubat isterinya?..entahlah apa yang disuruh hamba (sami’ na wa ‘ato’na) dengar dan patuh.
PERJALANAN JAUH MERENTAS BENUA.
Setelah diberi ‘order’ maka hamba pun menaiki layang-layang berkuasa tinggi , merentasi beberapa benua. Negara pertama yang dilihat ialah China, kemudian Switzerland, Finland dan beberapa negara lain. Akhirnya ‘layang-layang’ hamba pun berlegar di benua Afrika dan mendarat di Egypt. Sebuah negara yang makmur, kaya dengan sumber hasil buminya. Juga mempunyai angkatan tentera yang kuat dalam peperangan. Pernah hamba berbicara dengan pelajar ijazah yang baru pulang belajar dari Egypt. Dia maklumkan kepada hamba, jika diseru sekalian rakyat jelata agar diperintahkan berperang, mereka akan menyahut seruan jihad fisabilillah samada lelaki, perempuan, pemuda, pemudi sehinggakan kanak-kanak pun sanggup mengalas tanggugjawab mempertahankan negara mereka dari ancaman musuh. Mereka pernah menghadapi serangan dari Israel sehingga ke tebing Sinai, sempadan Israel dengan Egypt.
MEMASUKI BILIK RAHSIA TENTERA
Hamba sampai di sebuah gigi pantai yang cantik airnya, dan mengadap ke tanah besar, hamba jangkakan ini adalah wilayah Iskandariah di Egypt. Tempat seorang wali Allah Syeikh bernama `ibu Ataillah al-Iskandari pengarang kitab al-Hikam yang terkenal itu juga terdapat makan Nabi Danial a.s ada qaul yang lain menyatakan di situlah lautan tempat jatuhnya ikan Nabi Musa ketika mencari petanda sahabatnya Nabi Khidier a.s. Sesampainya di sana tidak semena-mena hamba masuk ke satu lorong bawah tanah yang mempunyai banyak anak tangga, sungguh dalam lorong bertangga seribu itu, sehingga penat untuk menuruni anak tangga tersebut.
Sesampainya diakhir anak tangga terdapat satu pintu yang telah terbuka dan hamba pun memasukinya tanpa sebarang halangan. Kelihatan di hadapan hamba satu kawasan yang luas penuh dengan kapal terbang dan kereta kebal yang besar-besar seperti kepunyaan tentera Jerman. Terdapat juga pelancar peluru berpandu bersaiz Scud seperti kepunyaan tentera Saddam Hussein. Hamba berjalan disekitar kawasan lapangan tersebut dan berjumpa dengan seseorang yang memakai jubah lusuh berserban memegang tongkat dan sedang duduk di bucu penjuru pintu tempat hamba masuk tadi. Hamba bersapa denganya dan bertanya kalau-kalau ada orang yang boleh diajak berbicara. Dia menunjukkan ke satu arah antara celah-celah pesawat dan menyatakan bahawa hamba boleh bertemu dengan orang yang hamba maksudkan.
BERDIALOG DENGAN JENERAL TURUS BATALION TENTERA GHAIB.
Dicelah-celah ‘parking’ pesawat, kelihatan seorang lelaki yang berpakaian uniform tentera yang mungkin berpangkat Jeneral sudah siap menunggu. Susuk tubuhnya tegap dan mukanya kelihatan cerah, perwatakannya agak serius dan tegas. Pada ‘pandangan’ hamba sebenarnya dia tidak memakai uniform angkatan tentera tetapi dibalik uniform yang kemas itu, Jeneral tersebut memakai pakaian seperti orang Arab yang lebih kepada ahli kesufian atau kerohanian. Uniform tentera itu sekadar melambangkan bahawa dia adalah salah seorang tentera yang berkhidmat di situ. Dailog pun bermula……
Hamba: “Assalamualaikum tuan?”
Jeneral: “ Walaikum salam”
Hamba: “ Saya Sang Panglipur Setia dari PKMF TK”hamba memperkenalkan diri, kemudian hamba bertanya: “Siapa pula gerangan tuan?”
Jeneral: “ Saya Abdullah, ketua turus angkatan tentera di tempat ini!”
Sambil kami berjalan-jalan disekeliling pesawat…menyambung dialog….
Hamba: “Apakah nama tempat tuan ini dan tujuannya dibina? Tanya hamba ringkas.
Jeneral Abdullah: “Ini adalah pengkalan tentera rahsia, terdapat segala alatan ketenteraan yang meliputi pesawat, kereta kebal, peluru berpandu, radar , senjata dan sebagainya, ianya bertujuan untuk perperangan.” Katanya selamba.
Hamba: “Peperangan apa yang tuan maksudkan? Sedangkan kali terakhir berlaku perperangan adalah antara Iraq dan Iran!. Mana mungkin akan berlaku peperangan di Asia Barat ini tuan!” hamba terpingga-pingga dengan jawapannya tadi sambil membidas jawapannya ..
Jeneral Abdullah: “Akan berlaku peperangan yang besar pada masa akan datang. Yang boleh disifatkan sebagai peperangan dunia ke tiga dan kali ini peperangan antara golongan Syiah di Iran dengan kami.” Katanya dengan serius.
Terperanjat hamba tatkala dia menyebut tentang golongan Syiah di Iran. Melayang di fikiran hamba di mana satu ketika dahulu ketika hamba bersama dengan rakan-rakan hamba Sang Karut, Sang Jabarut, Sang Soleh, Sang Sarung, Sang Cikgu, Sang Mondok dan Sang-sang yang lain berborak dengan Sang Perabu mengenai pertempuran besar orang-orang piilihan dengan Masih al-Dajal.
Kata Sang Perabu: “…..setelah Dajal-dajal kecil ini tamat riwayatnya maka akan muncul Dajal yang terakhir iaitu yang sebenar-benar Dajal akan menzahirkan dirinya..mengisytiharkan dirinya sebagai orang yang paling hebat dengan anugerah kesaktian dan kebolehan luar biasa yang pelik-pelik sehingga hampir sebahagian manusia akan mengikutnya tanpa sebarang syak wasangka. Selain kesaktian dia juga sangat maju dan mahir dengan teknologi sosfikated yang melampaui masa…. ketika itu hanya orang-orang beriman dan pilihan tuhan sahaja akan berada di titian Siratal mustaqim dan melepasi godaan dan kesaktiannya ” katanya lagi memberi pesan: “………Maka hendaklah kalian menghafaz dan mengamalkan surah al-Kahfi ayat 1 hingga 10 Insyaallah akan di lindungi dari segala macam gangguan dari dajal dan mendapat petunjuk dari Allah, perbezaan yang haq dan yang batil”….. Dialog bersambung kembali….
Hamba: “kelihatannya tiada seorang pun di tempat tuan ini? Mana pergi semua orang di sini? Hamba sulam dengan soalan tambahan lain: “Siapakah yang akan menjadi tenteranya? Hamba memandangnya dengan tersenyum cuba mengorek rahsia…...Kami berjalan ke belakang lapangan tersebut dan membuka pintu bilik rahsia seterusnya..
Jeneral Abdullah: “Inilah orang-orangnya, mereka sentiasa bersama, hati-hati mereka bertaut menjalin ukhwwah kerana Allah dan RasulNya. Setiap hari mereka akan melakukan perkara rutin seorang mukmin seperti solat, membaca al-Quran, berpuasa, melakukan perkara kebaikan dan sebagainya. Mereka ini akan bertugas bila diperlukan..”
Sempat juga hamba mencuri lihat anak-anak mereka sedang bermain bersuka ria, hidup berkeluarga dengan bahagia. Muka-muka mereka putih bersih bersinar-sinar. Di satu sudut hamba lihat ada satu halaqah yang sedang duduk seperti bertawajuh, memegang tasbih mengingat Allah dalam keadaan yang membatu tidak bergerak walau seinci. Hati hamba berbisik: “ Alangkah bahagianya mereka, mudah-mudahan hamba dan rakan-rakan hamba dipertautkan hati kerana Allah dan RasulNya seperti mereka.
PANJI HITAM
Sambil kami berjalan, hamba terlihat beberapa bendera hitam (panji hitam) yang tersandar di penjuru pengkalan tersebut, kelihatanya masih belum tersusun lagi. Hamba abaikan bendera hitam itu kerana ada perkara lain yang ingin hamba uruskan. Hamba rasakan bahawa masa pertemuan pun telah tamat, dan mohon mengundur diri. Jeneral Abdullah mencadangkan agar mengikut jalan rahsia menyongsang dari jalan masuk tadi. Hamba pun memulas tombol pintu yang ditunjukkan tadi lalu pergi….Satu demensi lain pula hamba hadapi…apakah ceritanya..hehhehehhe……..
Dalam perjalanan pulang hamba terfikir apakah maksud bendera (panji) hitam tadi.Mungkin rakan hamba Sang karut boleh mengarut mengenai panji hitam dari timur…kita tunggu kisah karutannya….Hamba tidak mampu mengulasnya. Apakah mungkin berlakunya perang besar tanda berakhirnya zaman ini?…dan apakah benar wujudnya tentera Allah yang diwar-warkan sebagai tentera panji hitam dari Timur yang akan menjadi pengikut setia Imam Mahadi?. Wallahu `alam…….WASALAM.
* ketika hamba menukilkan cerita ini, berita di televisyen di TV 3 jam 8: malam bertarikh 29 Januari 2011, menyatakan bahawa kerajaan Hosni Mubarak di Egypt telah tumbang. Hampir semua rakyat jelata memberontak dan protes untuk menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak. Bangunan dibakar, jalan-jalan dipenuhi manusia yang memberontak. Pertempuran antara askar dan rakyat berlaku dengan pantas, Hampir semua negeri dan wilayah memberontak ingin Hosni Mubarak meletakkan jawatan. Seribu orang tercedera dan ada yang meninggal dunia. Di Iskandariah sahaja 1080 orang tercedera... Adakah nukilan ini hanya kebetulan atau khayalan semata-mata.....dan mungkinkah kerajaan baru Islam akan muncul dari sana..entahlah. Serah ajerlah kepada Allah.
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a katanya : “ Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Sesiapa yang mempersiapkan seorang tentera penyerang di jalan Allah untuk menjaga keluarganya maka sesungguhnya ia juga telah berperang.”
(al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)
MEMO= DARI BLOG TEMAN
MEMO= DARI BLOG TEMAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan