Selasa, 24 Mei 2011

ROHANIAH

AMARAN : Karut lagi dongeng . Para pembaca hendaklah mempunyai Ilmu yg luas dan akal yg terbuka serta hati yg bersedia ketika membaca artikal ini . Kami tidak memaksa anda mempercayainya dan nyahkan sahaja jika bercanggah dgn ilmu-ilmu alat tuan -tuan dan puan-puan .

Roh atau rohaniah atau nyawa ...apakah sebenar kepentingannya ? Adakah setakat menjadi agen pengerak sarung @ tubuh @ jasad @ badan . apakah sebenarnya tujuan sarung itu bergerak ? hanya untuk mencari makan? , hanya untuk tidur ? ,hanya untuk belajar dan lulus periksa ? atau berfoya -foya selagi hayat di kandung badan . apakah lagi keperluannya ? . Tidak ada ? ataupun sebenarnya ada ...tetapi tidak pasti .

Hamba selesa menggunakan istilah rohaniah ... adakah roh itu berjantina ? jawabnya tidak ...rohaniah tidak berjantina ..jika ia berjantina maka wujudlah ia nafsu padahal nafsu adalah seteru roh sehinggalah ajal sarung tiba . Dan keadaan keduanya terpisah tetapi dlm sarung yg sama.

Maka Roh tidak berjantina ..bukan lelaki juga bukan perempuan dan bukan pondan ...huraian roh ini sebenarnya tidak merujuk mana-mana kitab ...jika ada percanggahan hamba pohon maaf . huraian roh ini hanya berdasarkan pengalaman rohaniah rakan-rakan dan tunjuk ajar TK ..hamba hanya penulis sahaja . harap maklum ...ini baru permulaan pada kajian dan semestinya kajian ini tidak lepas drp salah dan silap . haraplah diperbetulkan .

Adakah roh itu sentiasa di dalam sarung ? jawapannya tidak ! . Hamba selesa menjenamakan jasad atau tubuh fizikal manusia itu dgn jenama sarung . terpulang kepada tuan /puan pembaca menjenamakan apa atas sarung tuan-tuan dan puan-puan .

Jika rohaniah itu tidak semestinya di dalam ..mengapa boleh jadi begitu ? . Jawapannya kerana Roh itu belum disatukan @ dikahwinkan @ diikat dgn sarungnya .Kadang -kadang rohaniah yg belum dikahwinkan itu masuk juga di dalam sarungnya tetapi secara tidak sah .

Jika rohaniah manusia itu diluar mengapa manusia itu tetap hidup dan tidak pun lemah fizikalnya .Jawapannya . Di dalam sarung manusia terdapat ibu roh ataupun yg dikenali sebagai nyawa Dengan nyawa manusia boleh bernafas dan bergerak dan seterusnya ...jika mahu dikiaskan nyawa atau ibu roh seseorang sarung itu seperti ratu lebah yg duduk diam di sarang lebah dan roh itu adalah rakyat lebah yg berkeliaran merata -rata tempat dan bila tiba masanya rakyat lebah itu akan pulang ke sarangnya .

BUKTI ROHANIAH MANUSIA DI LUAR 

Apa buktinya jangan merepek dan buat ajaran sesat ! ..begini pencerahannya ...Tuan/puan pernah bersolat ...khusyuk ? di manakah ingatan tuan/puan semasa solat itu ? tertumpu pada sesuatu fokus atau menerawang nth ke mana-mana ... kadang -kadang ke makanan dan minuman .Kadang-kadang ke anak dan bini ,suami atau awek atau cowok kadang -kadang duduk di depan TV memerhati perjalanan iklan samada belum atau sudah habis ..

menjadi pengawal keselamatan dan cover line nanti jika sudah habis iklan bolehlah balik ke sarung dan beritahu sarung iklan sudah tamat ..maka hendaklah segerakan solat kerana movie Hantu Kak Limah Balik Kampung Naik Bas sudah disambung semula . atau pun merayau -rayau mencari barang hilang dan sebagainya .

Jadi ingatan itu lah bukti rohaniah manusia itu di luar ...saya kukuhkan lagi dgn cth yg berikutnya . Cubalah tuan/puan duduk di bilik gelap , duduk bersila kemudian fokuskan fikiran beberapa minit atau jam ....adakah ingatan tuan/puan bersama sarung atau diluar sarung . Jika ia diluar sarung bermaksud rohaniah tuan/puan diluar begitulah sebaliknya .

Asal Usul kejadian Roh 

MAAF INI HEAVY METAL dan hanya teori semata-mata pada diri penulis

Allah itu wujud ....

Bermulanya alam jika boleh dikatakan alam ini adalah kekosongan mutlak semata-mata.Ketika itu hanya ada DIA sahaja tiada makhluk yg wujud hanya DIA sahaja yg wujud .Tidak ada apa-apa semata-mata dia yg disembah tetapi tiada yg menyembah .KOSONG SEMATA-MATA.

Kemudian di ciptakan NUR MUHAMMAD yg berasal dari DIA dan daripada nur muhammad itu diciptakan roh sekalian makhluk iaitu Roh Malaikat ,roh manusia .roh jin ,roh haiwan ,tumbuh-tumbuhan dsb .Di alam sana wujud seorang penghulu dan pemerintah atau sultan para roh @atau bapa segala roh iaitu Rasulallah s.a.w kemudian diwariskan kepada pewaris -pewaris pemerintah roh seperti Nabi Sulaiman a.s dan para nabi yg lain dan dikalangan manusia biasa seperti Seikh Abdul Qodir Jilani dan wali -wali yg lain .

Walaupun kelahiran jasad pemerintah roh itu ada yg terdahulu tetapi ia adalah waris kepada yg yg lahir kemudian ctnya . Sultan segala sultan pemerintah roh adalah Rasulallah s.a.w ketika di alam roh dan Nabi Sulaiman adalah di bawah pemerintahan Nabi Muhammad tetapi Nabi Sulaiman lahir dahulu daripada Rasulallah s.a.w .

Pemerintah atau Sultan Para Roh ini dikenali sebagai Sultan Arif Rabbani . iaitu Yg berkuasa memerintahkan sekalian roh di 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi dari sekalian makhluk yg mempunyai roh .

Sultan ini lah yg mampu menjadikan roh yg jahat @ hitam menjadi baik@putih . Pada kebiasaannya manusia yg dianugerah kan oleh Allah akan kurniaan ini sekurang-kurangnya mempunyai makrifat kepada Allah iaitu mengenal Allah atau yg dikenali sebagai ARIF BILLAH 

Dan ada satu lagi yg terhebat dari segala gelaran di dunia ini dikalangan manusia biasa ialah ..Sultan Arif Billah iaitu Raja sekalian manusia yg mengenal Allah Taala . Bagi mereka kedudukannya di sisi Allah ialah sebagai Wali Kutub ul Akhtab . iaitu kutub segala kutub.

Ataupun gelaran yg lain di sisi manusia sebagai GURU MURSYID .Guru mursyid hanya ada satu sahaja pada sesuatu zaman .ia tidak akan jadi duanya ...jika sekarang ada seorang guru mursyid di Cyprus maka yg lain adalah ternafi dan dusta jika ia mengaku-aku ....jika ia mengaku-aku maka akan jadi lah lain ceritanya ..ia kan menjadi pendusta kecil iaitu Dajjal kecil .

Panggilan manusia kepada manusia yg bertuah ini pada kebiasannya dgn gelaran TUAN dan ditambahSeikh pada gelar seterusnya . Menurut Tun Wara ' gelaran seikh ini ialah manusia yg diberi lesen utk menjalani suluk . Cth gelar yg pertama iaitu

Tuan Seikh sipulan bin sipulan arif billah sultan ariff rabbani ..jadi setiap gelar itu ada maksud -maksud yg tertentu .. wallah a'lam ( minta tunjuk ajar jika salah hamba sedia betulkan)

Jika gelar yg ke dua pula Tuan Seikh Abdul Qodir Al Jilani Sultan Ariff Billah Sultan Arif Rabbani .Maka gelar yg ke 2 ini adalah gelar yg terutama drp gelar yg pertama .Ke dua -dua manusia yg bertuah ini dan di pilih lagi terpilih oleh tuhan hanya ada seoarang sahaja di dalam 100 tahun dan kadang-kadang tiada . jadi bertuah lah jika wahai manusia dapat menemui insan yg bergelar demikain rupa .

Manusia yg bertuah ini adalah tarafnya kamil mukamil .jika manusia berlomba utk mencapai insan kamil maka siapakah yg mengkamilkannya? maka tidak lain dan tidak bukan ialah insan yg tarafnya kamil mukamil . Jika tuan-tuan dan puan-puan mahu terima konsep kami ...Rohaniah manusia yg bertuah ini mencapai tahap lebih 100/100 .mungkin 150/100. sedangkan wali songo yg masyhur dan menjadi idola senusantara itu yg di tiru oleh manusia hanya mempunyai kadar rohaniahnya 60/100 . inikan pula hendak mencapai kadar besar roh yg amat besar . Tuan-tuan dan puan -puan hanya wujud seorang sahaja dalam satu abad .

Mungkin pada abad bagi permulaan awal akhir zaman ini Allah s.w.t membangkitkan lebih drp seorang .mungkin utk misi -misi yg berat-berat iaitu mendaulatkan Islam yg telah tumbang daulatnya . Mungkin pada abad ini ada manusia yg bergelar Sultan Arrif Billah Sultan Ariff Rabbani dan juga Ariff Billah Sultan Ariff Rabbani . 

Selain Guru Mursyid maka wujudlah khalifah-khalifah yg meneruskan wasilah keguruan yg tumbuh di serata dunia Islam . Mereka adalah golongan penerus amalan-amalan yg berwasilah .mereka jugalah yg meminpin roh manusia drp jahat kepada baik drp sakit kepada sihat drp kecil kepada yg besar . mudah-mudahan .

Jadi malulah dgn diri sendiri menggunakan gelar sebagai guru musyid ataupun Murabbi atau gelar - gelar yg lain yg pada hakikatnya di sisi Allah tidak lah layak untuk menggunakannya . Para Ulama' dulu rela memakai gelar dengan gelaran Si Juling , Si Kepala Keldai , Bapa Kucing Betina , Bapa kepada Anak Dara "Tidak ada pun seorang muslim yg baik akhlaknya itu mengatakan jahat individu itu dengan menggunakan gelar-gelar itu . kita lebih mengenali gelar Sunan yg menjaga sungai @ Sunan Kali Jaga ataupun Sunan yg bertapa digunung Jati @ Sunan Gunung Jati dan banyak lagi gelaran-gelaran yg lain yg kita lebih mengenali gelar mereka drp nama mereka yg sebenar .

2 golongan roh di alam roh .

Apabila di ciptakan sekalian rohaniah manusia dan jin maka di pancarkanlah nur muhammad kepada sekalian rohaniah . Tidak semua rohaniah mendapat pancaran nur itu . Rohaniah yg mendapat pancaran nur muhamad itu putih jernih bersinar-sinar maka beruntunglah ia menjadi rohaniah yg muslim ataupun rohaniah yg putih .Mereka menunggu giliran utk melalui alam di dunia itu

Pada masa rohaniah berada di alam dunia inilah wajib bagi rohaniah itu meneruskan perjalanannya itu dgn melalui Alam Jin kemudian Alam Malaikat kemudian Alam Ketuhanan semata -mata kembali kepada fitrah manusia dan mendapat senyuman Tuhannya ataupun Insan Kamil .

Apabila jasadnya di alam rahim telah sempurna maka dgn perintah Allah masuklah ia ke dalam sarung itu dan lahirlah ia menjadi sarung yg berrohaniahkan rohaniah muslim . Jika rohaniah itu masih ingat maka ia akan mencari bapa rohaniahnya ...yg ada di zamannya ..jika dia lahir di zaman nabi maka dia akan mencari nabi itu dan beriman dgnnya serta berjanji setia .tujuannya ialah supaya rohaniah yg lupa dengan penciptanya itu tahu akan jalan utk pulang apabila sarungnya hancur di mamah tanah @ meninggal

Maka anak rohaniah itu berbaiahlah @ janji setia lah ia dgn bapanya jika sarungnya sudah sampai masanya @ajalnya maka bersatulah atau bergabunglah ia dgn bapanya di alam sana . maka luluslah ujiannya dan benarlah kata-katanya nya di alam roh itu.

Tidaklah aku ini tuhanmu ? maka jawab para rohaniah putih ..Bahkan ..


Ada segolongan rohaniah yg tidak mendapat pancaran nur muhammad . maka ia adalah rohaniah hitam apabila jasadnya sudah siap di alam ijsam@rahim , maka dgn perintah tuhannya masuklah ia ke dalam sarungnya dan lahirlah rohaniah hitam itu ke dunia . Maka ia masih lagi diberi peluang ..ketika rohaniah itu mendiami jasad kanak-kanak yg belum baligh .teringat -ingat dia akan ikrar rohaniah putih akan tuhannya ..maka ia teringat-ingatlah sehinggalah jasad itu baligh dan tertutuplah peluang ia menjadi rohaniah yg putih .

Maka matilah ia di dalam keadaan yg terlupa dan terlalai .setelah jasadnya hancur maka rohaniah itu tidak kembali kepada bapa rohaniahnya kerana ia tidak berbapa ..jika ada pun bapanya maka bapa yg tidak berguna yg membawa kesesatan yg nyata .Rohaniah itu tidak tahu jalan pulang ... maka bergentayanganlah ia tidak berada di dunia dan tidak ada dilangit . kadang kala masuklah ia ke dalam sarung katak kadang-kadang masuklah ia ke dalam sarung babi dsb. itulah azab yg pedih bagi seorang rohaniah . Proses itu mungkin berlaku setelah Rohaniah itu gagal menjawab soal di dalam kubur .

Kadang-kadang rohaniah hitam itu menanggung azab yg berganda-ganda kadar kesakitan akibat di seksa oleh malaikat munkar dan nakir dgn pelbagai azab yg telah dimaklumi .

Malanglah ia .Wallah a'lam .

Jenis -jenis roh manusia .

Rohaniah hitam 


Rohaniah hitam adalah rohaniah yg kafir lagi jahat rohaniah yg tidak mendapat pancaran nur muhammad ketika berada di alam roh. apabila jasad sudah hancur maka bergentayanganlah rohaniah itu tidak berada di bumi dan juga tidak berada di langit . Kadang kala rohaniah -rohaniah inilah yg diseru oleh Nyai Roro Kidul utk dijadikan tentera bagi tujuan sihir dan peperangan di antara rohaniah hitam dengan rohaniah putih di alam jin . Selalunya nyai roro Kidul atau Nyai Mblorong menyeru rohaniah yg jasadnya memiliki ilmu -ilmu sihir semasa hidupnya .

Rohaniah hitam adalah senjata yg ampuh setaraf atau lebih hebatannya sekiranya mereka direkrut oleh nyai roro kidul . Taraf kekuatan dan kelicikan nya sama dengan pegawai azazil di kalangan jin ifrit berwarna emas atau jin -jin sakti yg berwarna emas yg kafir .

Para pengamal perubatan Islam yg mampu utk meneropong akan gagal mengesan kehadiran rohaniah hitam ini di tubuh pesakit . Rohaniah hitam ini sangat licik dan tidak lut dgn ayat-ayat Al Quran.

Mengapa ? kerana mereka adalah asalnya manusia . Adakah orang kafir itu takut apabila muslim membacakan ayatAl Quran semasa hidupnya ? sudah tentu tidak ! begitu juga semasa matinya .

Jadi apakah cara utk menumpaskannnya ? ada caranya di antaranya ialah mereka takut akan air yg sejuk lagi dingin , cara yg lain pula ialah duduk bertawajuh atau tapa jirim juga mampu mengeluarkan rohaniah hitam dari tubuh manusia . Solat Tasbih dan bertasbih sebanyak yg ditentukan bilangannya . Akan tetapi kesemuanya hendaklah berijazah dan tidak putus wasilahnya maka barulah berkesan jika di amalkannya .Sebatan menggunakan rotan yg mencukupi syarat -syaratnya juga boleh mengeluarkan rohaniah hitam ini .Tuan-tuan boleh mendapatkan maklumat lanjut dgn menghubungi Tuan Kelarias melalui e-mail .


Rohaniah putih yg tidak terpimpin.

Rohaniah putih ini adalah rohaniah yg mendapat pancaran nur muhammad tetapi di alam dunia mereka tidak berbaiah dengan bapa rohaniah atau wakil bapa@khalifah rohaniah pada zaman itu . maka matilah ia dan bergentayangan lah ia mengikut kadar sandaran amalannya dan betapa besar saiz rohnya . Nasib yg paling beruntung ke atas mereka ialah mereka akan sangkut di alam jin dan menjadi penduduk alam jin . ataupun berbaring diam di kuburan di dalam keadaan gelap gelita menunggu tibanya hari kiamat setelah soal - jawab malaikat munkar dan nakir selesai .

Manakala roh putih yg derhaka maka ditambah penderitaannya dgn seksaan -seksaan kubur bagi mengkifaratkan dosanya dgn gandaan 70 kali ganda hebatnya . dosanya itu akan selesai dikifaratkan setelah roh itu dipanggil bangkit bersama-sama jasadnya di akhirat kelak . Kadang-kadang kifarat dosa itu disambung di alam akhirat .

Rohaniah putih yg terpimpin .

Rohaniah yg terpimpin adalah anak roh aniah yg berbaiah dengan bapa rohaniah atau wakilnya @ khalifah semasa hidup di dunia ..maka beriadahlah ia untuk mengkifaratkan dosa dan cuba membesarkan rohaniahnya dgn izin tuhannya . kemudian jasadnya mati maka rohaniah nya itu akan bergabung dengan bapa rohaniah nya di alam sana iaitu bersama dengan roh para awlia Allah ,nabi dan rasul dan bersama-sama menghadap zat Allah yg Maha Esa.

Jika anak rohaniah itu tidak sempat @ belum khatam riadahnya kerana sampai ajalnya terlebih dahulu maka ketika hampir sakaratul maut ..Allah akan naikkan darjatnya sehinggalah sampai maqom yg telah dijanjikan kepadanya.

Keistimewaan rohaniah terpimpin . 

Mereka akan berkumpul di suatu tempat yg khas mengikut keutamaan -keutamaan mereka . para rohaniah yg besar-besar akan ditugaskan oleh Allah menjaga bumi ini drp bencana akibat drp kezaliman manusia .

Para bapa rohaniah dan bapak-bapak saudara rohaniah yg besar-besar akan duduk di Bustanul Arrifiniaitu taman para wali Allah yg menjaga alam semesta dgn perintah Allah . Mereka staf -staf Allah s.w.t . Allah akan mengerakkan mereka seiring dgn af'alnya .Perbuatan mereka itulah af'al Allah .

Roh yg terpimpin juga yg sudah besar dgn izin-Nya akan menguasai alam jin dan malaikat . Para jin akan tunduk dan patuh jika diperintah olehnya termasuk juga iblis . Para jin akan melihat nisbah dirinya dgn rohaniah yg terpimpin ini seperti sebiji guli berbanding dengan sebiji bola sepak . Sedangkan lebel rohaniah hitam sudah setaraf atau lebih dgn jin sakti atau pegawai azazil .maka taraf rohaniah putih yg terpimpin lagi lah hebat dan lebih hebat lagi .

Jadi mereka para jin akan menurut perintah rohaniah yg terpimpin itu dengan paksa ataupun rela . Maka manusia yg memiliki rohaniah yg terpimpin itulah yg amat mudah dgn izin Tuhan utk mengeluarkan jin-jin yg merasuk seseorang pelajar di asrama dengan hanya kata-kata ....keluar !........... maka keluarlah jin tersebut tanpa menjampi dgn menggunakan ayat-ayat suci Al Quran . walah a'lam .

Sebagai penutup artikal ini .

Dan mereka bertanya tentang roh ..Maka jawablah wahai Muhammad urusan roh itu adalah urusan tuhan ku ..dan tidaklah diberi ilmu pengetahuan akan hal ehwal roh ini kepada kamu melainkan sedikit . 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!