Anak remaja memang sukar dikawal. Kita kata begini dia kata begitu, pening kepala. Kalau dirotan silap-silap mahu lari dari rumah. Hmm... entahlah kalau tak dijaga karang entah jadi orang... entah jadi hantu, menyusahkan kita balik. Walaubagaimanapun di bawah ada beberapa tips untuk tuan puan yg memiliki anak yg suka keluar malam.
1. Sorok semua pakaiannya yg elok-elok biar tinggal yg cumpang camping. Apabila terjadinya semekian nescaya dia tak suka keluar dan melepak diwaktu malam, eyaa lah takkan dia nak melepak dengan memakai kain pelikat koyak dan baju batik lusuh... malu la beb..
2. Campur ubat tidur dalam makanan malamnya. Kompom lepas makan dia terus lena... sure tak keluar.
3. Melepak luar ni adalah pengaruh kawan-kawan, cara hendak mengatasinya ialah korang bagitahu pada kawan-kawannya yg dia ni ada penyakit berjangkit yg boleh membawa maut. Pasti kawan-kawanya akan menjauhkan diri dan dia tiada lagi geng nak melepak.
4. Korang ada-adakan cerita kononya polis sedang mencari dia atas satu tuduhan membunuh. Nasihatkan dia supaya jangan keluar rumah terutamanya di waktu malam.
5. Letak seekor hantu raya depan rumah, mesti dia tak keluar rumah punya. Percayalah.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan