Semua orang tahu cara nak cari kerja tapi tak semua orang tahu macam mana nak kena buang kerja. Kat sini aku ada beberapa cadangan cara yg kompom berkesan yg mana korang boleh mencubanya.
1. CUBA BERLAGAK JADI BOS DEPAN BOS
Buat apa yg dia selalu buat kat korang tapi kali ini korang pula buat kat dia, kira fair lah kan. Hamun dia depan orang ramai, suruh dia buat kerja dia cepat sikit, tunjal dahi dia dengan jari telunjuk... tengok berapa cepat korang kena pecat.
2. GUNA DUIT SYARIKAT MACAM DUIT MAK BAPAK KORANG
Kalau korang kerja kat akaun, balun aje duit kompeni sesuka hati korang. Sain cek sendiri, duit petty cash tu korang bagi -bagi sesama staf tak pun belanja bos korang minum kopi. Biar dia kena bung sama.
3. JANGAN BAGI MUKA KAT CLIENT TERBESAR KORANG
Asyik dia je nak tunjuk power apa kata kali ini korang pula guna semua power yg korang ada yg korang takde pun guna jugak biar dia terduduk tengok ke'superpower'an korang buat terakhir kalinya korang kerja kat situ.
4. BUANG TEBIAT
Bila lagi korang nak buang tebiat kat opis, kalau dah nak blah tu bung je tebiat korang kat opis asalkan tak buang isi perut. Kalau tu pun tebiat korang jugak buang ajelah dengan selambanya. Selamat maju jaya dan selamat berambus.
5. PEJABATKU, RUMAHKU, DISKOKU, SUKA HATI AKU
buat opis tu macam rumah korang, make yourself at home kata omputihnya. Pasang lagu dangdut sekuat-kuatnya, rasa nak joget lambak korang belasah aje apa korang nak buat. Bos korang tentu tunaikan permintaan korang untuk kena bung dengan segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan