Ahad, 29 Mei 2011

LET THE RAIN WASH AWAY ALL THE PAIN OF YESTERDAYS

Kartun di atas ditaja oleh syarikat tu hahaha korang baca sendiri lah sambil2 tengok kartun orang lidi tu.


"Walaupun seringkali kau menyakitkan hatiku, membenci diri aku, menguriskan hatiku, melukakan hatiku, menyesal bersamaku tetapi entah mengapa aku masih menyayangi dirimu"


orang perempuan suka bercakap walaupun kadang-kandang apa yg dicakap itu adalah sesuatu yg tak penting. 10 apa yg dicakap satu pun belum tentu dia 'mean it'.


orang lelaki kurang bercakap. Bila dia bercakap kebanyakannya tentang sesuatu yg penting. 10 apa yg dia cakap satu atau dua aje yg dia tidak 'mean it'.


apa-apa pun berhati-hati dan berfikir dulu mungkin apa yg anda cakap itu telah melukakan hati seseorang atau membuatkan dia terasa walaupun anda rasa apa yg anda ucapkan itu bukan sesuatu yg penting.


Sudah beberapa hari aku demam, dalam mood demam ni memang aku takde mood hehehe. Bila badan dah kurang selesa mulalah takde mood nak bercakap pun malas, nak meradang aje huhuhu. Janganlah paksa aku berbicara kerana korang akan terasa sebab bila aku dah macam ni mula lah keluar bahasa kesat aje huhuhu kalau tak kesat pun apa yg aku cakap itu korang tak akan suka. Mudah cerita aku akan balas apa yg korang cakap tu dengan ayat yg sinis bersama madah perli pujanga punya hakhak. Sakarang dah ok dah demam walaupun masih teruk tetapi kurang lah sikit dari hari sabtu lepas jadi aku boleh control lah sikit ayat yg keluar dari mulut ni.
Malam sabtu tu sedang aku makan kat kedai bersama teman aku tiba2 orang rumah dia tanye aku, mana buku yg aku ambil dari dia dulu dia nak balik dia tanya aku dah siap salin ke? peerrrhhggg hari tu lagi aku dah cakap yg aku nak buku dia tu bukan aku nak pinjam aku nak terus lah. Mula2 aku wat tak dengar je tapi bila dia dah duk ulang dua tiga kali dengan mood demam aku masa tu aku pun tanya lah dia balik buku aku yg belambak kat dia tu dah siap salin ke? komik aku tu dah siap salin ke? bukan aku nak ungkit tapi sakit hati gak, buku dia tu baru rm3.80 tapi buku aku yg dia wat harta tu total semua lebih dari rm50. Lepas aku tanya dia terus muncung hahaha peduli apa aku, dan teman aku tu tak suka lah bila bini dia tanya soalan berbentuk macam tu kat aku sebab banyak dah benda aku yg diaorang wat harta.
Haaa hari sabtu ke hari jumaat entah, aku lupa dah, tiba2 je aku tah boleh nak buka laman blog aku ni untuk beberapa jam. Kalau tak salah aku 5 jam jugak lah, setiap kali aku buka (macam kebiasaan aku buat) tiba2 blog aku menjadi laman CELCOM, peerrhhh entah sebab apa tiba2 celcom ambil alih pulak dah. Dua tiga kali aku cuba masih memaparkan laman web celcom dan adalah celcom bagi notis ape tah, aku duk demam kepala duk dunyut2 ni malas lah nak layan. Kali kelima aku try nak buka masih lagi laman celcom jugak yg terpampang dan dengan spontan je aku tercakap "Menatang sial gampang celcom ni" hahaha. Memang dari dulu aku benci celcom, setiap kali lepas aku bayar bil tenet aku mesti slow kandang2 tak boleh nak buka tenet langsung untuk beberapa hari, tak tahu kenapa. Aku bayar kan bukan aku tak bayar, fuck tul celcom ni, hate celcom hate celcom, nate beruk ni tak abis nyusahkan aku hehehe tiru ayat dalam filem kongsi sikit.
Cerita pasal filem ni, banyak filem yg mengecewakan sekarang ni, promosi bagai nak rak, iklan punyalah gempak tetapi bila tonton perrhhh hampeh duk ada. Holywood sekarang ni pun dah tak pentingkan kualiti, lebih pentingkan kuantiti dari kualiti. filem yg korang sibuk duk cari tu pun hampeh gak...eerrr filem ape?? hehehe alaaa filem yg tak ditanyangkan kat pangung Malaysia ni... kat singapore ada tayang... alaaaa cerita dari Hong Kong tu hahaha. Cukup hampeh cerita itu, tak best langsung... aku lebih suka yg nombor 1,2,3 dari yg baru ni... yg dulu lawak tapi yg baru ni tak ada idea dah kot, duk ulang cerita lama cuma pelakon je lain... cukup hampeh deerrr...
Blog ini adalah blog rojak, macam2 ada pasal kesedaran, kehidupan, hiburan dan lawak pun ada. Entah kenapa orang lebih suka pasal gosip dan blog yg berbentuk dairy.. tak faham aku... opppssss lagu yg korang duk dengar ni akan dipadam tak lama lagi untuk memberi ruang kepada video lagu yg akan aku terbitkan nanti. Teringat pula pada lagu wonder girl nobody... sebenarnya lirik dia tu salah... lirik ni "i want nobody..nobody..but u" haaaa lirik yg sebenar ialah ini " nobody...nobody..want u" hahaha cuba korang tukar lirik tu.. best tak?? sowi kalau ada yg tak suka hehe aku suka wat lirik dan jahanamkan lagu orang... peace no war!!
Aku dah lah demam teruk, tengah duk demam ni kena hujan sampai lenjun lagi... bila lah nak baik.. rasa macam makin teruk je. Banyak lagi aku nak bebel tapi cukup lah dulu sampai kat sini, tak tahan dah yop...


P/S= bila lah nak sembuh demam ni ='(
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!