Jumaat, 6 Mei 2011

Lisen to the rythm of the silent mind and flowing music of nature 2

Sambung balik aku membebel petang takdi hehehe ada hal lah pulak takdi terpaksa lah aku buat. Wokey aku memang jarang sangat nak menjawab pangilan dari nombor yg tak dikenali kadang2 je aku kan jawab tu pun bila aku tengah bosan. Petang takdi ada beberapa orang dari keluarga kawan aku ni call tapi aku tak jawab sebab aku tak tahu nombor milik siapakah yg call tu hehehe sowi ek. Kena pula masa tu aku tangah layan naruto lagilah susah aku nak jawab pangilan dari orang yg tak dikenali.
Ayah kawan aku ni minta tolong aku hantar anak perempuan dia kat K.L huuuuyoooo hahaha mesti korang salah angap kan.. bukan kuala lumpur lah tapi kuala lipis hakhak dalam sekitar pukul 3 petang macam tu lah aku pun tak lihat sangat jam. Pakcik tu datang kat rumah sebab aku tak jawab call dia huhuhuhu. Masa pergi tu tak ada masalah pun sebab aku pandu biasa je tapi masa balik tu dua kali nyaris exsiden hakhak kalau abang yg pandu trela tu baca menda ni hehehe aku tak salah ok betul dah aku memotong arah kanan tapi abang yg memotong arah kiri kan.. salah siapa?? hahaha jangan marah deerr.
Yg ni tak best yg bestnye masa kali yg kedua hahaha aku memotong lori sama je dengan yg pertama dengan abang trela tu... oleh kerana pemandu lori ni memberi ruang untuk aku memotong dengan malu2 aku pun mengambil lah perluang ni hikhik tapi masa tengah memotong tu tiba2 ada kenderaan pacuan 4 roda dari arah bertetangan kalau tak salah aku kereta Strom kot, mengelak dari motor dan masuk kejalan aku dan nasib baik lah pemandu tu sempat mengelak sikit je lagi nak kena dalam 15cm jarak kereta aku dengan strom tu. Masa ni aku tak rasa apa2 pun, takut ke, gerun ke, panik ke, tak ada langsung malahan aku tak mengelak pun dari strom tu aku tetap tekan minyak hehehe.
Nasib baiklah tak jadi apa2 kalau tak macam mana aku nak jawab kat kawan aku tu hahaha errkkk eh,, dah mati buat apa nak jawab kan hehehe deerrr. Lagi satu aku nak bagi tahu satu rahsia yg ni khas untuk perempuan yg dah berstatus bini orang, cuba tanya laki korang tu kawan aku tak?? jika yaaaa hahahaha segala apa propaganda yg aku buat tu adalah tipu je dan satu pun tidak benar. Apa??? mesti korang tak faham kan, ok macam ni bila aku cakap yg laki korang tu pergi dating dengan awek lain ke ataupun gurauwan yg berunsur sebergitu hahaha semuanya adalah penipuan yg aku buat. Biasanya menda ni aku buat pada bini member aku yg aku agak jelik dengan sikapnya hehehe sowi ok. Suka sangat tuduh aku mengajar laki dia mengatal.... Jahat sangat ke aku ni?? pooohhhh aku tak pernah pun ajak atau ajar laki orang mengatal ok. Pelik aku dah kawin pun masih tak percayakan suami sendiri jadi aku dengan suka rianya memperkotak katikan segalanya hahaha cakap yg bukan2 huuhahaha, Bukan apa untuk mengajar korang juga, yelah ada sikap korang tu yg kurang menyenangkan laki korang sendiri dan kawannya. Tengok bini kawan aku yg lagi satu tu releks je dengan aku, malah tak kisah pun dan tak sibuk bila aku lepak dengan laki dia.
Kadang2 kita faham dengan sikap orang tu macam mana tapi kadang2 kita tak boleh terima. Bila kita cakap yg kita bersabar pada seseorang tu sebenarnya dia lebih banyak bersabar dengan kita. Well you came and opened me and now so much more hahaha mesti korang tak faham kan apa yg aku tulis dalam bahasa omputih tu sebenarnya aku pun tak faham hahahaha never mind =)
P/S= Berfikir sebelum berbicara sebab walaupun ia dari hati kita tetapi boleh melukakan hati orang lain. Berhati-hati dengan apa yg dikatakan. 
Memo= Caci maki saja diriku bila itu membuat mu bahagia hehehe tapi ari ni aku letih tak ada mood nak kena caci maki ok. Dan pada bini kawan aku tu walaupun ko send mesej kat aku guna handfon laki ko aku tahu juga lah, aku boleh bezakan cara penulisan laki ko tu dengan ko punya cara penulisan... Never mind...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!