Kisah ini berlaku kat Ampang... Kawan aku ni seorang salesmen kereta, bercinta dengan seorang anak jutawan di area Bukit Antarabangsa. Malangnya percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesmen kereta. Satu malam mereka bercadang untuk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri bapak perempuan ni sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dengan mengatakan dia akan menerima teman lelaki anak dia tu juka anak dia balik ke rumah.
Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak perempuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya. Enam bulan kemudian mereka bercadang untuk berkahwin dan persiapan untuk majlis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikan cerita, semasa lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point dia kena langar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah menyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dengan lelaki kesayanganya.
Pada satu malam, ibu perempuan itu mendapat mimpi seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju anak perempuan itu, kalau tidak sesuatu yg buruk akan berlaku tapi ibu perempuan tersebut tidak mengedahkannya. Malam berikutnya ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yg sama iaitu seorang nenek tua meminta supaya membersihkan percikan darah di baju anak perempuanya itu kalau tidak sesuatu yg buruk akan berlaku. Akan tetapi ayah perempuan tersebut juga tidak mengedahkannya. Malam ke tiga perempuan itu pula menerima mimpi yg sama seperti ayah dan ibunya dan menceritakan mimpi tersebut kepada kedua orang tuanya.
Dalam ketakutan yg amat sangat dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia membasuh pun darah tetap ada... Malam keempat dia mendapat mimpi yg serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih-bersih dan jika tidak malang akan menantinya. Dia terbangun dari tido dan terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus akan tetapi darah itu tetap ada... Keesokan harinya perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang rumahnya diketuk bertalu-talu dan apabila dibuka muncul lah nenek tua yg dalam mimpi itu dan perempuan itu terus pengsan..
Setelah terbangun dari pengsan lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yg berwarna biru..... Perempuan itu bertanya kepada nenek itu dalam ketakutan...
"apa ini..??"
Dan dengan suara yg agak garau nenek tu menjawab.. "ni lah sabun dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang.. errr... yg ni adalah pakej percubaan aje kalau nak yg besar boleh beli dengan nenek..."
Ngehehehehehheehhe
P/S= Sekadar cerita yg dijadikan hakhak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan