Sabtu, 14 Mei 2011

Takut Bini

Al-kisahnya pada zaman dahulu kala, seorang raja yg takut bini telah memerintah sekelian rakyatnya, lelaki sahaja berkumpul disuatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.


Titah Raja: Wahai sekalian rakyat beta sesiapa yg takot bini semua berkumpul di sebelah kanan beta dan sebaliknya disebelah kiri beta.


Maka tanpa berlengah kesemua yg hadir berkejaran kesebelah kanan Baginda kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.


Titah Raja: Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.(dalam hati)
                   :Wahai saudara kemari mengadap beta
Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik
Raja: Eh! kamu lah kemari
Lelaki: Tuanku lah kemari
Raja: Heh! aku raja kamu. Kamu kemari
Lelaki: Tuanku lah kemari
Tinta raja: Tak apa lah ilmu punya pasal aku pergi (dalam hati)


Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi Baginda pun bertanya


Raja: Apakah rahsia sebenar kamu tidak takut bini?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yg paling takut pada bini
Raja: Kan tadi beta telah arahkan sesiapa yg takut bini ke sebelah kanan beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah beta?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, isteri patik telah berpesan kepada patik supaya tunggu di tiang ini dan jangan ke mana-mana sehingga dia datang
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!