Kalau berlaku apa-apa yg tidak diingini jangan cepat melatah dan buat muka macam nak muntah sebaliknya berginilah caranya nak kontrol-cun dalam situasi yg tak berapa cun.
1.JUMPA BALAK DENGAN AWEK LAIN
Jangan terus terkam, terjah atau taekwando dia di tempat kejadian kerana ini akan menghilangkan sifat kewanitaan anda. Upah kaki pukul atau along yg terdekat dan anda boleh maintain ayu sepanjang balak anda kena belasah.
2.JIRAN SEBELAH TABUR FITNAH
Berginilah adat berjiran saling fitnah menfitnah sesama sendiri. Jika anda mengumpat dan menabur fitnah sama maka anda takde bezanya dengan jiran anda tu. Cuba tabur tarantula ke, ular berbisa ke, apa-apalah ke laman jiran anda dengan senyuman baru ada kelainan.
3.BOS ANDA CUBA NAK MENGGATAL
Apa faedahnya mengontrol ayu jika tiada orang yg menggatal kerana itu membuktikan keayuan anda jelas ternyata. Macam mana pun untuk menepis gejala ini dari terus melarat anda bolehlah membuat aduan gangguan seks atau hubungi terus bini dia. Tak payah call, sms pun boleh.
4.KAIN DITIUP ANGIN DIKHALAYAK RAMAI
Mungkin anda rasa perlu menggayakan aksi Marilyn Monroe membetulkan skirtnya tapi itu stail lama. Anda boleh fikirkan sesuatu yg lebih kreatif seperti aksi gimnastik atau putaran breakdance.
5.GAMBAR SEKSI ANDA TERSEBAR DI INTERNET
Jangan menggelabah dan beri kenyataan berbelit kepada wartawan nanti kantoi tak pasal. Keep cun and cool, beli tiket kapal terbang dan blah ke luar negara dan jangan balik-balik dah.
P/S= Tips untuk perempuan sahaje hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan