Khamis, 19 Mei 2011

Puteri Ayu Batu Bata

Cerita ini mengenai sebuah negeri Batu Bata diberi nama... negeri Batu Bata ini merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya dan mempunyai raja yang baik hati dan bijaksana yang bernama Raja Derewa. Raja negeri ni mempunyai seorang puteri yang cantik, yang pada zaman tu tiada tandingannya lagi. Tetapi satu masalah yang menjadi kerungsingan Raja Derewa iaitu mengenai jodoh anaknya. Masalah yang menimpa anaknya itu ialah apa saja benda yang tuan puteri sentuh ia akan cair, tak kira besi atau tembaga sekalipun.
Setelah puterinya genap berusia 25 tahun Raja Derewa ingin mencarikan jodoh untuk anaknya ini. Ramailah anak raja dan rakyat tempatan yang ingin menjadikan tuan puteri sebagai isteri mereka. Raja Derewa pula tidak mengira pangkat atau darjat untuk menjodohkan anaknya ini. Untuk mencari suami yang betul-betul sesuai untuk anaknya ini Raja Derewa mengadakan satu syarat di mana sesiapa lelaki yang dapat membawa satu benda yang jika disentuh oleh tuan puteri benda itu tidak cair maka orang itulah yang akan berkahwin dengan tuan puteri.
Setelah mendengar perkhabaran itu berpusu-pusulah rakyat, anak raja semua untuk mengadu nasib. Ramai yang tidak berjaya, akhirnya tinggallah 4 orang sahaja yang masih belum mencuba. Lelaki pertama, dia datang membawa sebatang besi yang sangat keras lalu mempersembahkan kepada tuan puteri, apabila tuan puteri menyentuh besi itu, besi itu pun cairlah. Sampai pula peserta kedua, dia datang membawa sebilah pedang yang bersalut emas, apabila tuan puteri menyentuhnya pedang itu pun cairlah.
Datang pula peserta ketiga, dia membawa benda yang paling keras di dunia yang mana hanya boleh dipotong oleh benda yang sama juga iaitu batu permata. Seperti peserta yang sebelumya, permata itu juga cair apabila disentuh oleh tuan puteri. Sampailah kepada peserta terakhir di mana peserta ini berjalan berlenggang tanpa membawa apa-apa barang untuk berjumpa tuan puteri. Apabila sampai di tempat tuan puteri dia menyuruh tuan puteri memasukan tangan tuan puteri kedalam poket seluar dia itu. Selepas memasukan tangannya kedalam poket seluar lelaki itu tuan puteri berlari masuk ke dalam bilik beraduannya dengan muka yang merah menahan malu.
Raja Derewa yang dalam kehairanan menyoal lelaki itu, benda apa yang disentuh oleh tuan puteri sehinggakan tuan puteri berlari masuk ke bilik dan adakah cair benda tersebut? Lelaki itu berkata dengan bangganya "Tidak cair Tuanku". Raja Derewa begitu takjub dan benar-benar ingin tahu apakah benda yang di bawa lelaki itu sehinggakan ia tidak boleh cair apabila dipegang oleh tuan puteri. Lelaki itu pun berbisik kepada Raja Derewa dan menunjukan apa benda yang tidak cair itu..
"Ini dia tuanku, coklat M&M cair di mulut tidak ditangan.."

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!