Rabu, 11 Mei 2011

Disebalik pantulan cermin wajahku

Yaaa aku adalah seorang suria perkasa hitam hahahahaha teeettt sape lah yg bengap sangat akan percaya semua ni kan. Aku tiba-tiba mendapat mesej dari operator mana tah yg menghantar mesej ke handfon aku tu, Mesej tu mengucapkan hepi besday hahahaha terkesima sekejap aku... eehhh ni bulan berapa lerr, adakah aku salah tengok kelendar atau aku ni lupa sudah besday sendiri??? setahu aku mengikut mycard besday aku bulan tiga lah deerrr pelik sunguh. Dan yg ni lagi pelik huhuhu



Patria Provenzano pada 11hb Mei pukul 12.05 ptg Lapor
Hai Hairie Aziz... Apa khabar Hairie Aziz?... Hairie Aziz jangan hairan pula kehadiran pesanan dari saya ni.... Harap Hairie Aziz sudi jadi friendlist FaceBook saya...

Kalau Hairie Aziz seperti saya... Berminat berkongsi ilmu bis internet secara PERCUMA... TETAPI MA'AF ia... Ini BUKAN mengenai skim kaya. Ini adalah mengenai fomula2 utk jalankan apa jua bis internet secara 100% ONLINE... Tanpa had prospek.

Atau Hairie Aziz boleh trus muaturun eBOOK FREE diwww.MemangHot.tk

Hairie Aziz jangan lupa add saya... Nanti kita boleh berbincang pasal ini... Saya berminat add Hairie Aziz tapi tidak boleh kerana saya masih baru di fecabook.

TQ Hairie Aziz... Diharapkan Hairie Aziz ceria selalu disamping orang tersayang...



Entah datang dari mana tah dia ni tiba2 je aku dapat menatang ni kat inbox. Aku rasa ni mesti mat spam atau hacker yg sunguh bodoh sekali dalam dunia hahaha. Aku tengok lah sekejap kat profile dia ni, pelik sunguh..... suka komen menda ebook ni kat semua orang yg berkawan dengan dia ni kat facebok hahaha haram sorang layan dia. Yg pelik tu dari mana dia jumpa aku ni?? lagi pelik tu dia tulis dia dari negara barat hahaha bodoh lalu... nak menipu pun biarlah guna akal sikit tapi tak apa sebab dia buat aku tergelak sendiri hahahaha ada lagi orang bodoh taraf ni. Profile dia ni fake je, kalau korang nak layan gelak try lah usha dia ni kat facebook. Sampai mampus pun aku tak akan add dia dan balas mesej gampang ni dan korang janganlah gangu aku dengan mesej seperti ini.... bosan.. dohw..
Rahsia tentang diri aku... eehhh bukan-bukan... aku bukan suria perkasa hitam hehehe. Aku ni cacat sikit dari korang semua huhuhu yaaa betul aku dilahirkan dengan kecacatan. Seperti kita sedia maklum ''marah itu tanda sayang'' tapi aku jenis tak suka marah pada orang yg aku sayang, kalau korang tak percaya tanya kat anak sedara aku, pernahkah diaorang tengok aku marah kat mereka?? Yup.. aku tak marah, aku suka pendam je kemarahan itu walaupun ia menyakitkan. Dah aku memang sebergini, aku tak suka marah pada orang tersayang yg berada dalam hati aku. Kalau korang tu tersenarai dalam hati aku dan nak tahu bila masa aku marah?? mudah je.. bila aku diam je tu haaaa aku tangah marah lah tu
Kelemahan utama bila dah macam ni lagilah orang suka buat aku marah dan bertambahlah terpendamnya sehinga menyesakan dada huhuhu bagi yg bijak seperti kebanyakan anak sedara aku mereka terus tak buat aku marah dan mula mengambil hati dan membuat aku rasa tenang kembali... hukhuk... aku cukup tak faham bila kita dah tahu orang tu tengah marah tetapi kita dengan selambe je tambahkan lagi kemarahan itu... dan lagilah aku tak faham bila ada orang yg marah sampai mucung2 muka kelat pahit disebabkan suruh tutup lampu je hahahahaha lawak keliru aku...
Rumah aku sudah tak menjadi syurga bagi aku... addooiiii... aku suka berada dirumah dan membuat apa yg aku suka.. sunguh tenang terasa tetapi sekarang semua itu sudah tiada waaaaaaa rumah aku sudah ada penghuni asing. Kadang2 datang pula kawan2 penghuni asing ni yg haram sorang pun yg aku kenal mahupun pernah tengok... peerrhhh.. aku rasa tak selamat je rumah sekarang. Tiada lagi kebebasan untuk aku meletakan barang berharga aku sesuka hati kerana aku tak rasa terjamin keselamatanya. Dan bagi yg datang rumah aku tu aku tak kisah pun tapi kenapa aku kena buat apa yg korang suka pula?? eehhh rumah siapa ni?? suka hati aku lah nak buat apa yg aku suka apasal nak kutuk2 pula, suka hati aku lah nak tengok cerita apa pun, TV aku tu... kenapa aku tak boleh nak tonton cerita yg aku suka disebabkan korang nak tengok cerita dari DVD.. Kenapa aku kena beli makanan yg korang suka makan?? beli air yg korang suka minum?? Entah lah.. aku tak faham dengan semua ini... aku tuan rumah sila jangan gangu aku nak tonton TV.. korang tak suka boleh keluar dari rumah aku jangan datang pun tak apa... private aku dah tak ada... sila hormati sikit.


P/S= walaupun kita tak faham seseorang tu cuba hormati dan percaya pada dia... waaala.. lihat hasilnya dalam perhubungan korang.


MEMO= bagi korang yg suka lawak jenaka, cuba korang tengok kat sebelah kanan dan cari LABEL... pastu clik je kat label lawak jenaka kat situ dan kuarlah semua lawak yg ada dalam blog ini
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!