Jumaat, 20 Mei 2011

Hakikat tentang PEREMPUAN

Bagi korang yg baru nak cari makwe atau yg baru nak start bercinta ni ada tips tentang seorang yg dinamakan perempuan. Tapi kalau korang rasa pasangan korang tu sikit pun tak mempunyai ciri-ciri berikut baik korang check balik, kot-kot sebenarnya dia bukan dari golongan yg dinamakan perempuan.


1. SUSAH PUAS
Kalau korang kata dia lawa, dia akan senaraikan lebih dari sepuluh fakta yg sebaliknya. Kalau korang rasa korang adalah lelaki idaman, diaorang boleh senaraikan lebih dari 20 fakta sebaliknya. Pendek kata diaorang takkan puas dengan apa yg diaorang ada....


2. PEREMPUAN MENGAWAL LELAKI
Kalau boleh semua cakap dia mesti diikuti. Kalau masa bercinta boleh la buat-buat merajuk sebab pakwe tak nak tunaikan permintaan dia. Kalau dah kahwin, dia buat mogok tak nak layan pulak, semua mesti ikut cakap dia.


3. TANGGUNGAN TINGGI
Bukan kereta je maintainance tinggi, perempuan kalau silap pilih boleh papa kedana dibuatnya. Make-up, baju, hiasan, kasut, beg tangan macam-macam lagi lah.. semuanya kena keluar belanja secara bulanan.. belum masuk makanan, hiburan, melancong lagi...


4. PEREMPUAN CAKAP LEBIH, FIKIR KURANG
Diaorang ni cakap keluar dulu baru dia fikir apa kesan yg bakal timbul. Sebab tu kalau dia nak mintak laki dia tunaikan hajat dia, dia sanggup makan racun tikus kalau tak dapat apa yg dihajati. Buat dulu fikir kemudian.


5. PEREMPUAN KAYA DENGAN PERASAAN
Korang kena memahami taktik dan teknik emosi yg ada pada seorang perempuan. Kalau dia sedih, kenapa dia sedih? betul-betul sedih ke atau lakonan semata-mata. Diaorang ni boleh bertukar dari sedih, suka, marah, sayang, manja macam-macam lagi laaa. Contoh tengah sedih tu dengan air mata dan hingus meleleh tiba-tiba boleh menjadi gembira dengan sekelip mata.


6. KESALAHAN
Kalau kesalahan tu memang dari korang tak kisah lah tapi kalau dari dia itu adalah kesalahan korang jugak. Jangan melawan, korang kena pujuk dan mohon maaf pada dia kerana kesalahan yang dia lakukan itu... opss silap.. dia tak penah melakukan kesalahan. Umpama korang korang pergi merompak bank dan polis yang akan dipenjarakan, bestkan.


7. SEMUANYA TENTANG PEREMPUAN
Segala-galanya adalah mengenai dia, korang janganlah nak berangan atau fikirkan pasal korang, tiada faedahnya. Korang kena fikir macam mana nak bahagiakan dia, gembirakan dia, jangan bagi dia bosan dan segalanya pasal dia. Errr korang??? tak payah lah, dia memang tak penah atau terdetik nak fikirkan pasal orang lain pun selain hanya dirinya.




P/S= Semua ini aku dapat dari buku tapi telah diolah sedikit oleh aku hehehehe jangan marah deerrr
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!