" Setahun sudahku menunggu dirimu, akhirnya kau menjadi milikku"
"Mengalung cinta dileherku dan terus berlari, Aku cuba menangkap bayang-bayangnya"
"Terkena lontaran senyuman mesteri"
Sebenarnya aku tak ada apa pun nak membebel kali ini huhuhu sekadar ingin mengisi masa terluang menanti mata layu menutup meninggalkan malam yg sepi di temani bintang berkelipan.... eewah.. hakhakhak kepanasan melanda diri ku, cuaca sekarang memang tak menentu punya cantekk redup mendung tiba2 boleh panas membahang fuuhhh nasib baik rumah aku dah aku sempoikan ala-ala spa gitu hahaha... sejuk dan nyaman je.
Mmmm ada satu yg menjadi tanda tanya bagi aku dan sepupu aku, oleh kerna sepupu aku ni berniaga barang makanan jadi sudah menjadi kebiasaan adat orang berniaga akan mencari barang mentah di tempat yg harga murah. Sekarang di Tunas Manja barang basah memang harga murah dari tempat lain. Apa itu barang basah?? ok bagi yg tak tahu barang basah ni seperti ayam, ikan dan sayuran lah. Bila nak membeli barang ni sepupu aku akan ajak aku pergi bersama dia huhuhu jadi kalau korang tengok ada dua orang jejaka kacak tampan lagi angun hahahaha berada kat kawasan barang basah di tunas manja tu kitaorang lah hehehe. Kadang2 agak pelik orang melihat oppsss kitaorang ni jenis selamber je dan pelik orangnya hehehe, Yeelah kebiasaan kawasan ni orang perempuan je yg ada kalau lelaki tu mesti bersama bini atau mak masing2 tapi kitaorang ni huhuhu jadi agak pelik dari pandangan orang yg terlampau pelik melihat mamat hensem membeli barang seperti ini.. weeewit.. ahaks!
Kadang2 ada makcik yg tegur dan memberi pertua cara memasak huhuhuhu walaupun sepupu aku ni memasak untuk menjual tapi dia yaaa amatlah malas kalau nak masak untuk makan sendiri jadi pertua memasak dari kitaorang mudah je...huhuhu beli apa2 yg nak dimakan dan suruh orang lain yg masakan hahaha... mudah kan. Wokey ini pertua cara mengoreng ikan patin dari makcik takdi.. kalau korang nak tau ikan patin ni kalau korang main goreng macam ikan biasa tu ia akan meletup (bukan meletup macam bom tu ek) disebabkan ikan patin ni banyak lemak... syyrruupppp memang best patin masak tempoyak. Jadi caranya ialah... korang lumurkan tepung sedikit kat ikan tu dan waaala.. gorenglah sehinga garing dan ikan korang tak akan meletup. Cuba lah... eehhh dah macam syef pulak aku ni.
Aku berbaju merah dan sepupu aku berbaju hitam.... tiba2 ada makcik tanya kat aku.. "sos tiram kat mana dik??" dan aku pun memandang makcik tu dengan penuh kasih sayang huhuhuhu. Uik... perkerja tunas manja uniform warna hijau lah... ape kes makcik ni.... dan makcik tu mintak maaf sangat2 huhuhu aku tak kisah pun dia ingat aku perkerja kat situ cuba aku tak boleh terima alasan dia tu. Ada ke sebab aku dengan sepupu aku duk tolak troli dia ingat kitaorang kerja kat situ... eerrrr pelik sunguh alasan dia sedangkan dia pun dan berapa ramai lagi pembeli lain duk tolak troli jugak. Adooiiii bermacam perkara lawak di tunas manja.
Fuuhhh akhirnya kerajaan sedar akan kebanyakan dan bercambahnya doktor yg tiada kualiti di negara. Doktor yg tiada kualiti semakin meningkat kuantiti dan sudah menjadi ancaman huhuhu sebelum terlambat lebih baik bertindak untuk masyarakat dan negara sendiri. Setelah puas aku mengtarzankan diri dulu OOooooOOOooooooo..... akhirnya pihak berwajib tersedar perkara ini... bagusss =)
Sekarang ramai yg mengalami tekanan jiwa atau sakit mental disebabkan oleh kehidupan yg semakin memberi tekanan. Percaya atau tidak korang pun mungkin mengalami sakit mental tanpa korang sedar dan sakit mental korang tu baru diparas sederhana. Yaaa walaupun korang rasa korang tu normal tapi sebenarnya korang tu mengalami sakit mental, cuba korang fikir balik bila korang tengah marah atau berada dalam keadaan yg tertekan apa korang buat??? kalau korang tak tenang atau cuba hilangkan tekanan itu dalam keadaan yg elok korang memang sah ada mengalami sakit mental.
Diluar kawalan.... macam mana nak menakluki sekiranya nak mengawal pun tak boleh. Belum sampai bulan 6 lagi hidup aku dah macam ni.... Sekarang aku dah pakai jam tangan huhuhuhu jam baru bak kata kawan aku tu, berat tangan huhuhu. Aku sedang mengira detik... tik tok tik tok... setiap saat, setiap minit amat bermakna.... badan kian lemah.
P/S= Sekarang aku suka guna ayat ini dan menjadi kebiasaan aku menyebutnya dengan banyak dalam satu hari "Jangan emosi" dan sepupu aku pula "Abe diy mu ni kan".... hahaha dan yg menjadi mangsa sahabat kita orang yg terpaksa mendengar ayat itu hahaha lagi2 basri hahaha sampai menjadi tekanan bagi dia hahahahahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan