Ini adalah pesanan terakhir dari Kiyai Haji Salleh Keramatan Banyu Wangi , ” Negoromu bakale diperintah karo wong kapir”, ( ” Tanah Melayu akan diperintah oleh orang orang bukan islam tapi tak lama “ ) Kata kata ini Wak Din atau nama sebenarnya Subari Bin Hj Abdul Karim telah sampaikan kepada saya hampir dua minggu yang lalu. Saya pernah mengambil sedikit catitan daripadanya apabila Wak Din mendapat pesanan dari alam bunian bahawa tidak lama lagi akan berlaku huru hara di tanah melayu ini. Samada benar atau pun tidak wallahua’lam..Tetapi, pada suatu ketika dahulu, saya pernah bertemu dengan seseorang yang saya percaya kata kata dan pandangannya bahawa beliau juga pernah berkata ” Tunggulah Malaysia ini , apa yang akan terjadi “. Ada juga saya dengar dari kawan kawan yang saya sendiri kurang percaya sebelum ini Malaysia mungkin akan menempuh suatu pengalaman pahit seperti Tiga belas Mei. Nauzubillahi Min Zalik.
Para pembaca sekalian, kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan kemakmuran sangat membenci kata kata seperti itu. Ada yang merancang untuk membina satu perniagaan, ada yang merancang untuk mendirikan rumahtangga, merancang itu dan ini, tiba tiba terdengar pula ramalan yang bukan bukan sehingga adakalanya boleh melemahkan semangat untuk berusaha dan berdikari.Rasulullah saw sendiri pernah bersabda yang bermaksud jika kita ini mahu menanam sebiji sawi atau tanaman yang lain, tiba tiba kita dapat tahu pagi esok adalah hari kiamat, maka hendaklah kamu menanamnya juga. Saya terlupa hadisnya, jika para pembaca ingat tolong sampaikan kepada saya melalui ruangan komen yang disediakan. Untuk mengembalikan ingatan saya yg pelupa ini. Di dalam kitab hadis yang mana satu. Kitab hadis yang sedia ada bukhari muslim , muwattaa’ , dan sunan2.
Wak Din, tepat pada malam Jumaat keliwon yang lepas dalam pukul 1.00 pagi telah didatangi oleh seorang tua yang mengenderai seekor kuda putih. Orang tua itu mempelawanya menaiki kuda tersebut lalu menghilang dikegelapan malam dan terus menuju ke masjid kuning di tengah lautan selat melaka tanpa perlu menunggu masa yang lama. Lebih kurang tiga langkah tapak kuda itu bergerak, tiba tiba dia telah sampai diperkarangan masjid kuning. Wak Din di jemput masuk ke dalam masjid dan diajak berbual memperkatakan sesuatu yang mungkin ada perkara yang agak rahsia. Berbual di dalam masjid di kalangan orang orang bunian amat tercela pada pandangan mereka tetapi mungkin perkara yang ingin disampaikan oleh Bapak Kiyai haji Salleh keramatan Banyu Wangi sangat berkaitan dengan agama dan amat penting maka berlangsunglah perbualan antara dengar dan tidak.Wak din mengangguk faham dengan apa yang telah di sampaikan oleh Kiyai Hj Salleh. ” Sekarang mari ikut kami, kami akan tunjukkan sesuatu di sana ” Sambil menunjuk ke satu arah di kegelapan malam. Sebelum Wak Din dibawa kearah tempat yang ditunjukkan itu, Wak Din telah di hadiahkan sehelai selendang merah hitam bertulisan wafak, sebatang tongkat berwarna coklat kehitam hitaman serta sebilah keris sepanjang hampir tiga kaki bersalut emas digelar keris sakti wali sembilan. Saya sendiri kurang pasti samada keris tersebut memang ujud dizaman kegemilangan wali songo dahulu atau keris pusaka alam ghaib dinamakan sempena nama para wali dunia yang tersyohor itu.
Sebelum Wak Din dihantar pulang kerumahnya sebelum subuh pada malam itu, Wak Din dibawa berjalan ke arah tempat yang ditunjukkan oleh mereka semasa di masjid tadi. Apa yang wak Din jumpa ialah empat buah gedung khazanah harta yang besarnya hampir sebesar padang bola sepak.” Kunci gedung gedung tersebut sebesar lengan Wak ni “. Sambil dia mengisyaratkan tangannya. Kalau mengikut ceritanya beliau diberi kepercayaan untuk mengurus dan menjaga gedung gedung tersebut sebagai penghargaan dan tanda persahabatan yang tiada nilainya. Wak Din bersyukur kehadrat Allah di atas kurniaNya yang maha luas ke seluruh penjuru alam yang berlapis lapis ini dan bersedia membantu mereka yang kepicikan dengan ikhlas hati.
Saya mohon dari sekalian pembaca blog ini agar sedia memaafkan saya jika sekiranya kisah ini menganggu fikiran kalian, anggaplah ini semua sebagai suatu cerita yang tidak benar lagi karut supaya dapat kita mengingati perkara lain yang lebih baik. Saya bermaksud untuk kebaikan, tetapi kadang kadang ada yang tidak nampak kebaikan..Wallahua’lam bissowab. Allah berfirman : “Alif Laam Miim @ Zaalikal Kitabu Laa Raiba Fiihi Hudal Lil Muttaqin @ Allaziina Yukmunuuna Blighaibi Wayuqiimuunas Solaata Wamimmaa Razaqnaahum Yunfiquun @ Wallaziina Yuk minuuna Bimaa Unzila Ilaika Wamaa Unzila Min Qablika Wabil Aakhirati Hum Yuuqinuun @ Ulaaika Ala Hudan Min Rabbihim Wa Ulaaika Humul Muflihuun..@ .” Lihatlah tafsirannya sendiri kerana saya bukanlah ahlinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan