Jumaat, 17 Jun 2011

Si Putih Bermata Coklat

Mesti korang fikirkan aku nak bercerita pasal kucing atau pun seorang wanita kan hakhak, sebenarnya tajuk tu adalah nama samaran aku bak kata orang nick name gitu hakhak. Entah macam mana ada orang yg akan pangil aku macam tu, bila orang pangil macam tu aku mesti teringat pada seorang kawan. Lebih kurang kawan karib lah, haaaa mesti korang ingat lelaki kan hakhak salah tangapan korang tu sebenarnya seorang perempuan. Apa?? ingat lelaki tak boleh berkawan baik dengan perempuan ke? Betul ni bukan kekasih tapi kawan je tak lebih dari itu tapi itu dulu setelah ada berlakunya salah faham dia terus tak mahu kawan dengan aku disebabkan dia mendengar sesuatu yg tak elok dari seorang lagi kawan lelaki dia. Kawan lelaki tu pun kawan aku juga, entah sebab apa dia kata yg bukan2.. mungkin sebab dia nak kan perhatian atau memang niat dia nak membuatkan kami tak bertegur sapa.
Itu kisah dulu, perkara biasa ada "gunting dalam lipatan", aku tak kisah pun cuma aku terkilan kenapa dia hanya mendengar pada satu pihak je?? dan banyak rahsia yg aku nak bagi tahu dia tapi biarlah aku simpan je.
Sudah lama aku tak meroyan kat blog ni kan, ingin aku luahkan pada siapa? kalau bukan kat sini? baru aku luahkan sikit dia dah emosinal. Dulu suruh aku share tapi emo pulak hakhak tak perlu salahkan dia sebab bila dia luahkan aku pula yg emo (that the point). Jadi biarlah aku luahkan kat blog ni je hukhuk, hari ni aku memang bengang ok eeemmm bukan bangang tau. Panas je hati ni nak bekem aje hakhak disebabkan oleh orang yg cakap serupa gaban. Yelah biar dia uruskan semuanya dengan banganya tapi pi mai pi mai tang tu jugak, pusing2 tang tu jugak, alih2 menyusahkan aku jugak. Aku juga yg kena uruskan cisss


Hari ni aku pergi rumah anak yatim, peerrhhh nasib baik budak2 kecik je hakhak (niat mengatal tu ada). Hahahaha tak ada lah aku nak mengatal, niat aku pergi sesuci embun pagi gitu. Agak merasa best kerana suasana disana penuh dengan sopan satun dan keceriaan. Lemah lembut cara orang disana, maksud aku tak lah macam kat luar tu yg penuh dengan bahasa kasar dan orang yg kurang ajar. Balik dari rumah anak yatim tu abang ipar aku mintak tolong aku masukan duit (bank in) kat Maybank. Mula2 aku ingat nak pergi waktu malam sebab masa tu tak ramai orang tapi dah abang ipar aku kata penting kena dengan segera jadi petang tu jugak lah aku pergi.


Lepas bank in tu aku keluar je dari bank dan nak balik tiba2 je kereta aku tak boleh dihidupkan peeerrhhhh apa punya malang lah hari ni. Ehhh jap sebenarnya bukan malang tapi ada hikmahnya berlakunya peristiwa ni. Setelah beberapa kali sampai aku bosan dah nak hidupkan ejin tu masih tak berjaya lagi, dengan pantas aku menalefon lah sahabat aku tu. Mula2 aku nak call sepupu aku tapi masa tu aku tahu dia mesti tengah sibuk gila menyediakan bahan untuk berniaga esok, lalu dengan berfikiran bernas aku call lah sahabat aku yg sorang tu. Dari semua sahabat aku tahu masa tu hanya dia sorang je yg tak sibuk jadi aku call lah untuk bantuan. Ok aku ada soalan objektif untuk korang jawab, soalannya *apa yg korang rasa sahabat aku ni memberi jawapan setelah di minta bantuan?*
A= Sekejab lagi aku sampai..
B= Aku datang bagaikan superhero...
C= Beri aku 10 minit untuk sampai...
D= Jangan risau sahabatku akan aku sampai memberi bantuan sepenuh hati..


Wokey... apa jawapan korang?? tak tahu?? alaahhh mudah je... sape dapat jawab dengan tepat aku bagi hadiah kereta Ferari 88 bijik. Haaa capat2 jawab.. ok..ok aku bagi korang masa untuk fikirkan yg mana satu jawapan yg paling sesuai... tik..tok..tik..tok..
9.......8.......7......6....5.......4............................3..............................2.....................1............... teeetttt masa dah tamat. Ok apa jawapan korang tu?? haaaa apa? A.... eeerrrrr cuba lagi salah tu hahaha... ok encik mat pula jawab... haaaa??? C salah jugak tu... B?? haaaaa yg tu lagilah salah hakhak.... Ok mamat jawab D ek?? bagus2 kau memang salah juga lah mamat hakhak. Semua jawapan yg kat atas tu adalah salah waaahahahaha puuuuuhhhhh selamat aku... kalau tak rugi aku nak bagi korang ferari. Sebenarnya ini apa yg di ucapkan oleh sahabat aku tu "Ha..ha..ha.. padan muka mu" haaaa apa korang rasa?? penuh dengan kesyahduan tak? hahahaha jadi bila aku mendapat ucapan yg bernas macam tu dengan sepantas kilat membelah awan aku menelefon lah sepupu aku tu. Walaupun dia sibuk tahap gaban tapi dia masih datang memberikan bantuan seadanya. Bebalik pada sahabat aku tu hakhak... ok aku tak kisah pun, betul juga dia tu, ni hidup aku kereta aku buat apa dia nak susahkan diri pula nak tolong aku. Memang dia tak cakap macam tu tapi caranya sahaja kita dah boleh tahu, betul lah cara dia tu. Aku pun cakap juga kat dia "tak perlu lah nak susah2 pasal aku" peerrrhhh ayat macam merajuk hahaha. Bukan aku merajuk, tak sedikit pun terlintas kat hati aku nak merajuk, aku terima cara dia tu dengan fikiran yg terbuka. Haaa itu lah hikmahnya disebalik kisah ni, aku dah tahu lah sesuatu pasal sahabat aku ni jadi selepas ini aku tahu lah macam mana nak buat. Tak baik nak gaduh2 ni , setiap orang ada cara sendiri untuk hidup jadi aku hormati cara korang tu cuma lepas ni kalau korang ada masalah pandai2 lah sendiri yek! Dengan aku mudah je, aku tak suka kat orang yg berlagak tak kira lah korang tu jutawan pun. Aku suka orang yg mesra... korang mesra dengan aku aku mesra balik dengan korang, korang ringan tulang membantu aku aku pun akan ringan tulang membantu korang. Jangan lebihkan pasal korang je ingat sama pasal aku weh.. ;(


P/S= sepupu aku cakap sahabat tu memang kurang ajar cakap macam tu kat aku hehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!