BAHAN-BAHAN:
2 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung serba guna
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1 cawan susu
1/2 cawan minyak sayuran
2 sudu kecil esen vanila
1 cawan air panas
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 Celsius
2. Ayak bersama tepung, serbuk koko, serbuk penaik, baking soda dan garam
3. Pukul gula, telur, susu, minyak sayuran dan esen vanila sehingga kembang
4. Masukkan bahan-bahan yang diayak tadi, air panas dan gaulkan sebati
5. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 22 ke 25 minit
KRIM AISING
Bahan-bahan:
250 gram mentega
450 gram gula aising
1 sudu kecil esen vanila
Cara Membuat:
1. Pukul mentega sehingga kembang dan masukkan gula aising dan esen vanila
2. Pukul sebati sehingga kembang dan ringan
3. Hiaskan di atas kek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan