Khamis, 2 Jun 2011

PERNIPUAN SMS

Tengah aku duk bersantai tiba2 handfon aku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dengan lemah gemalai aku pun membaca mesej tu yg bertaip seperi ini



Name: 
Number: +60138931658


Content: 
From: Shell 

Tahniah!!Anda t'lah Mmenangi Wang Tunai dr Shell Contest 

Siri#447889
Sila dail Talian:
014 5572 888


Penghantar;
Shell


Time: 02/06/2011 13:01:04


Waaahahahahaha tergelak aku, peerrrhhhh bodoh sunguh orang yg taip ni.... tak boleh blah langsung. Ok lah... bayangkan aku ni bodoh tahap babun, lepas baca menda mesej haram jadah ni kebodohan tahap babun tu boleh hilang dan mampus aku nak percaya. Kat mana silapnya mesej bangang ni?? Korang jumpa tak?? Eleeehh mudah je, sekali pandang pun dah tau kan. Dah terang-terang terpampang nombor yg menghantar mesej ni 0138931658 boleh pula dia taip "Penghantar; Shell" hahaha bodoh babun betul lah dia ni hahaha. Kebodohannya yg paling terserlah tahap cilake yg membuatkan mak bapak dia menyesal tak sudah hantar dia pergi sekolah dulu ialah....hahaha... kalau syarikat mana guna nombor handfon lah bodoh. Ada ke syarikat Shell guna handfon "014'' tu.. mestilah guna nombor pejabat, lagi satu kalau ''Contest" yg macam ni tak kiralah dari syarikat mana pun, diaorang yg akan call kita bukan kita yg kena call diaorang, apa kejadahnya nak hantar mesej pulak. Kalau ada orang yg boleh tertipu selepas dapat mesej yg macam ni eerrrr aku tak tahu lah IQ otak dia tahap mana ish..ish.. kena masuk sekolah Taska semula lah jawabnya.
Mula-mula dulu sms pernipuan mengunakan AF (akademi fantasia) lepas tu power root lepas tu jugak contest petrolnas dan lepas tu wiiiuussshhh banyak lagi lah. Tapi yg tak dapat dilupakan yg ni:



Name: 
Number: +6289635716470
Content: 
Ini pa,ci tlong bgi credit maxis RM30 ke nombo bru pa,ci 0128270831 pa,ci lgi ada msalah dekat balai police. Ta payah call sekejap bru pa,ci call.
Time: 16/01/2011 11:37:27


Hahahaha yg sibuk duk minta topup ni lah, setiap kali aku teringat je mesti aku tergelak sorang2. Yang ni dah diupgreat sebab mesej yg mula2 tu ialah pasal "Ayah" hahaha ayat sama tapi dulu ayah pastu dah tukar jadi "pakcik"... yaaa sebenarnya pa,ci tu adalah pakcik tapi oleh sebab orang yg taip mesej tu tak berapa nak pergi sekolah dan kuat ponteng je itu lah sebabnya dia eja macam tu hahahaha.
Ada juga mesej yg tak menipu tapi saje nak habiskan kredit atau melambungkan bill telefon korang dan sekarang ni banyak betul mesej yg macam ni:



Name: 
Number: +60135271596
Content: 
RM0.0 Helo kawan! Nak tengok gambar dan video klip orang putih & Jepun yg paling SENSASI & lUCU? Htr ke 32616. Anda akan terasa naik malam ni. Cepat!
Time: 03/03/2011 20:28:40


Banyak betul mesej yg macam ni sekarang, kadang-kadang kalau aku rajin atau tengah bosan aku balas balik mesej ni dengan ayat kesat atau lawak hahaha. Ada juga member aku yg buat menda yg serupa macam aku, itu pun atas nasihat yg bernas dari aku huuuhahaha. Kalau korang dapat mesej macam ni tak payah lah nak hantar "on" ape2 pun korang balas je kat nombor yg menghantar tu dengan ayat yg best korang boleh cipta hahaha. Meh aku bagi contoh... ok kalau aku balas mesej yg kat atas tu aku akan buat ayat yg macam ni:


"Helo kawan! nak tengok video opah hang atau bapak hang yg paling tak senonoh atau meraban? Hantar ke 32871."


Lebih kurang macam tu lah tapi kebiasanya ayat yg aku guna agak pedas sikit tapi kat blog ni tak boleh lah nak tunjuk hehehehe kena tapis lah sikit. Semakin hari semakin banyak menda yg macam ni, ada email ada sms dan ada juga yg secara live huuiisshh diaorang ni tak ingat nak mati ke? Duk tipu orang sana sini, tipu kiri tipu kanan dalam kuburkan berterabur kena palu... insaf lah wahai manusia sekalian..


P/S= Korang tipu orang RM10 dan korang akan mengalami kerugian RM100 pula. Jadi tiadanya untuk menipu orang, rugi je ada, rugi di dunia dan kompom kat akhirat kelak.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!