Rabu, 15 Jun 2011

CEMBURU TANDA SAYANG ? Mungkin Tidak..


MAZMUMAH DIRI.

Sedar tak sedar , rupanya cemburu adalah nama lain bagi hasad dengki yang tersenarai di dalam sepuluh sifat sifat yang tercela atau di sebut sifat mazmumah yang amat dikenal orang itu. Cuma cemburu ni lebih kepada perasaan irihati atau bengang akibat suami atau isterinya berkomunikasi dengan orang lain. Belum pun sempat berkasih cuma setakat bercakap cakap kosong saja , tak tahulah bagaimana kalau sudah ke tahap berkasih kasihan.

Maka pada suatu hari saya pun bertemu dengan salah satu peristiwanya. Bilamana saya di datangi oleh seorang perempuan..' Ustadz bagaimana saya dengan perasaan saya ini berdebar debar rasanya. Lemah sekalian anggota tubuh badan saya , hidup rasa tak berarti lagi entah mana anak , mana rumah, mana keluarga ..saya dah bingung ustadz. Saya bingung melihat seorang perempuan yang masih muda sekitar 30an mengadu nasib ditinggalkan suami. Setelah diterangkan kepada saya barulah saya dapat memahami rupanya dia adalah isteri yang kedua. Suaminya berkahwin isteri yang ketiga.

Cik Puan itu merasakan kehidupannya telah direnggut oleh perempuan baru dalam keluarganya kali ini. Dia merasakan betapa sempitnya dada dan sakitnya hati akibat perbuatan suaminya yang berkahwin lagi untuk kali ketiganya. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya sakit hati dan sukarnya hidup menerima kenyataan dimadu dimadu dan dimadu. Saya belum lagi ada isteri kedua ketiga dan keempat tapi kalau ada persetujuan dari isteri yang pertama apa lah salahnya..heheheh..bukan ini yang sedang bermain difikiran saya waktu itu..apa yang saya fikirkan ialah kenapa cemburu amat menyakitkan.

Mereka yang tertekan perasaan akibat cemburu kalau perempuan boleh terjun dari tingkat bangunan yang tinggi supaya dirinya terbunuh langsung tak perlu lagi merasai kepedihan hati atau seksanya jiwa merasai kesengsaraan batin. Kalau lelaki yang cemburu maka akan kedengaranlah seorang lelaki mengamuk dengan parang dan ada yang terbunuh akibat amukkan si cemburu yang hilang pertimbangan. Begitulah keadaannya berita berita sensasi di tanah air kita ini dari dulu hingga kini. Belum lagi berita yang disimbah asid lebih parah lagi apabila sampai ada yang sanggup melakukannya akibat cemburu apabila pasangannya dibakar hidup hidup.

CEMBURU ADALAH TANDA SAYANG..?
Ramai orang berpendapat rasa cemburu itu adalah tanda sayang yang tersemat dihati, maka seharusnya hendaklah memelihara dan mungkin dibiakkan lagi perasaan cemburu itu dengan lebih meluas dan berkembang biak di dalam diri sehingga akhirnya akan digelar sebagai manusia yang memilikki cemburu buta lalu cemburulah dengan membuta tuli.

Alangkah nasibnya badan kita apabila perkara yang tidak baik dikatakan perkara yang baik akibat kurang berhati hati apabila menyangkakan sesuatu perkara itu baik untuk kita atau tidak. Mungkin kerana menjagakan hati si isteri atau sang suami yang terlalu cemburu maka dikatakan saja perkaranya itu baik untuk menjaga hati pasangannya daripada timbul rasa cemburu.

Ada juga baiknya memilikki perasaan cemburu yang kuat , kalau tidak si isteri atau suami akan sewenang wenang mencari pasangan baru dalam diam. Kalau tidak hadir rasa cemburu maka akan berpanjanganlah hubungan sulit yang dijalin. Begitu juga dengan sikap pemarah atau haloba tamakkan dunia kalau tak ada perasaan marah maka senang senang saja suami atau isteri berbuat perkara yang bukan bukan di hadapan pasangan masing masing. Jadi kalau si suami tiba tiba mengamuk hingga lupa diri..maka akan jadi takutlah si isteri. Begitu juga kalau tak kedekut maka akan habislah harta yang dicari dikumpul simpan selama ini di sedekahkan oleh sang suami yang amat pemurah kepada orang lain.

Ketahuilah bahawasanya sifat cemburu itu adalah sebenarnya sifat mazmumah yang lahir dari diri yang amat kuat berhasad dengki atau irihati. Cemburu bukan saja terhenti pada perasaan si isteri kepada suaminya yang ingin menjalinkan hubungan dengan bakal isteri keduanya. Boleh jadi rakan sekerjanya cemburu kepadanya kerana memilikki kereta baru atau rumah baru. Maka cemburunya akan datang meluap luap menghasilkan rasa sakit hati , marah , geram dan bermacam macam lagi. Seharusnya kita perhatikan masalah ini sedalam dalamnya. Adakah ini semua baik untuk kita..? Apakah akibat kepada si kaya apabila dicemburui oleh si miskin dalam kejar mengejar harta dan pangkat di dunia ini..pasti akan ada kesudahannya ..paling kurang pun ialah si miskin berdoa..mudaha mudahan bengkraplah nanti, kedekut nak mampus!..Saya pernah dengar ini...

TUHAN PUN CEMBURU.
Banyak diriwayatkan di dalam hadis qudsi berkenaan sifat tuhan yang mencemburui hambaNya yang berpaling dariNya, dari rahmatNya yang berartikan menduakannya. Seperti kasih akan dunia atau kasih akan keluarganya melebihi kasih akan tuhannya. Ini adalah diantara perbuatan syirik yang dibangsakan khafi yakni tersembunyi di dalam hati. Wal iyazubillah , mudahan kita ini dijauhkan dari bersifat seperti yang demikian.

Jadi, adakah layak kita ini memakai sifat yang menjadi pakaian kebesaran Allah swt. Seperti juga takabbur membesarkan diri dengan menggunakan panggilan kami ( muadzam nafsah ) mengagngkan diriNya. Tidak sayugia makhluq berpakaian dengan sifat hak ketuhanan. Begitu juga rakyat tidak seharusnya memakai pakaian kebesaran raja atau sultan. Begitulah adanya perbuatan kita kepada tuhannya.

Cemburu hanya layak dimiliki oleh tuhan jua. Adapun kita hendaklah menjauhkannya kerana itu adalah tanda tanda jiwa yang berkarat kerana masih terikat dengan nafsu nafsu yang jahat lagi terhina di sisi tuhan. Orang yang masih mempunyai sebesar zarrah takbur dan hasad dengki tidak akan dapat masuk ke dalam syurga. Seperti juga kisah mimpi khayalan pada salah seorang sahabat kami sedikit masa lalu. Beliau tidak dapat memasukki bendul syurga pada kedua dua belah kakinya hanya kerana memilikki cemburu yang amat sedikit. Itu orang mimpi dan berkhayal tiada nas yang soheh untuk dijadikan dalil. Tapi kalau ada mereka diluar sana mampu menunjukkan nasnya alhamdulillah. Apa dalil yang mengatakan orang yang ada sifat cemburu walau sedikit tidak akan masuk ke dalam syurga.

INILAH PANDANGAN DAN PENDAPAT SAYA

Pada kali pertama saya dibukakan hati melihat dan menyaksikan perkaranya, entah ya entah tidak wallahu a'alam bissowab, cemburu ini sebenarnya lebih senang saya sebut angin cemburu pada masa akan datang..mempunyai rahsia yang tersendiri. Hampir seluruh manusia memang memilikki angin cemburu samada sikit atau banyak itu saja yang membezakan dari seorang dengan seseorang yang lain. Rupa rupanya angin cemburu ini ialah gerombolan angin angin syaitan yang bersifat hasad dengki, irihati dan cemburu.

Ia ada pada setiap diri insan ini samada muslim atau pun kafir musyrik. Malah mereka itu mempunyai jumlah bilangannya yang tersendiri, tidak sama dengan jumlah yang ada pada setiap diri manusia. Tiap seorang tidak sama jumlah angin cemburunya dengan orang lain. Ada yang banyak dan ada yang pertengahan jumlahnya dan ada yang teramat banyak.

Gerombolan angin angin jahat itu sebenarnya ialah syaitan diri yang asalnya berada di luar tubuh. lalu apabila manusia mengingkari perintah tuhan dengan melupakanNya maka syaitan syaitan dari luar tubuh itu akan berebut rebut masuk ke dalam tubuh sarung manusia ini dan tinggal berdiam di dalam pembuluh darah selama lamanya. Kenapa ia masuk, kerana sebagai ganjaran melakukan kesalahan, melupakan atau lalai diri kepada tuhannya.

Sama keadaannya seperti orang yang sedang marah marah kalau tak segera ambil air sembahyang ( seperti yang telah tersebut di dalam hadis ) dan terus sunat taubat maka akan masuklah angin angin pemarah yakni syaitan syaitan jahat dari luar tubuh ke dalam tubuh kita melalui liang seni yang terbuka akibat ammarah kita itu. Begitu juga dengan hal cemburu, kalau dilayan cemburu tu sehingga melupakan tuhan hanya ingat salah orang bukan salah sendiri alamat masuklah syaitan syaitan yang sebangsa dengannya ke dalam tubuh menambah bilangan yang sedia ada.

Seperti sabda Nabi saw " Innasy Syaithaana Yajrii Min Ibni Aadama Majrad Daami.." Bahawa sesungguhnya syaitan syaitan jahat itu masuk ke dalam tubuh manusia anak adam ini melalui urat darah. Sesiapa yang menuntut perawi sanadnya dan yang berkaitan dengan kesahehan hadis ini hendaklah merujuk sendiri dan carilah sendiri di dalam kitab hadis yang beribu banyaknya tu..heheheh..

jangan nak senang minta nama kitab, no berapa, bacalah seluruh isi kitab hadis yang muktabar dulu kalau tak jumpa carilah dalam internet copy paste lagi senang heheh...Hadis ini adalah hafalan saya sudah sekian lama tahun yang tak pernah padam dari ingatan, jadi saya pun dah tak ingat dari kitab mana..sahih ke tidak..tapi kalau diperhatikan maksudnya serta dipandang dengan mata hati memang benar syaitan keluar masuk tubuh manusia melalui urat darah. ternyata ia tinggal makan dan minum di situ juga.

Cuma berbeza dengan syaitan jin di luar tubuh selalu kita dengar mereka makan tulang dan lain lain. Tapi syaitan diri di dalam tubuh memakan intipati darah termasuk darah kita sendiri sehingga kadang kadang darah kita sendiri pun kurang seperti isteri beberapa minit ini tadi.

Isteri saya mengadu lemah lemah badan dan kebetulan isteri saya mengandungkan anak yang kelima alhamdulillah, dua tahun satu. Jadi pagi tadi saya hantar ke klinik kerajaan ntuk membuat pemeriksaan kesihatan seperti selalunya. Rupanya isteri saya kurang darah. Marah marah jururawat yang ada kerana katanya tak ikut jadual pemeriksaan kesihatan dan tak hadir buat rawatan..isteri saya diam saja. Lagi banyak jawab lagi banyak bisingnya.

Bila dah sampai di rumah isteri saya mengadu loya nak muntah..lemah sangat sampai nak berjalan pun saya terpaksa pimpinkan. Akhirnya saya ambil limau nipis , saya bacakan ayat alikhlas, alfalaq, annas dan ayat kursiy saya mandikan isteri tak bertangguh lagi. Ketika itu juga dia mengerang rasa sejuk menggigil sambil memegang paip air yang terus menerus saya jiruskan ke kepalanya.

" Tolong...tolong..sejukkkkk...!!!! keluar suara keanakan dan sedikit berbeza dari biasanya..Ini bukanTANASUKH ARWAH yer..BUKAN REINKERNASI yer...heheheh, nanti salah paham pulak. Maksud tanasukh arwah pun kalau tak pandai meletakkannya dengan peristiwa sebenar akan jadi perbalahan, akhirnya bergaduh salah faham akibat kesilapan diri sendiri. TANASUKH ARWAH , REINKERNASI, atau bahasa arabnya bermaksud " ROH PENJELMAAN SEMULA" hanya dipercayai dengan bersungguh sungguh oleh AGAMA HINDU dan beberapa agama lain di muka bumi tuhan ini semenjak ribuan tahun dahulu.

Kita pun tak ada lagi, mak bapak kita pun masih tengah dikarang reka agaknya. Tiba tiba marah marah dengan tanasukh arwah , reinkernasi..lantak lah situ hindu punya apa kita nak gaduh. Kita umat islam mana ada reinkernasi..? Mana ada..? Atau silap paham roh masuk ke sarung itu ialah tanasukh arwah...? Itu makananya tersalah faham rasanya. Tanasukh arwah bukan MENURUN, bukan HISTERIA, bukan SENTRUMAN...bukan KUDA KEPANG...dan yg paling unik sekali di kalangan para ahli kerohanian ialah istilah " Naik Sheikh " Istilah naik sheikh ini selalu kita dengar dan selalu kita momokkan pada kawan kawan yang sedang naik berang..itu pun tersalah bahasa dan tersalah tempat juga. Mintak mahap lah saya melalut kejap nih...kita sambung cerita isteri saya..

Setelah berkali kali saya siram badannya akhirnya rasa loyanya hilang, rasa lemah badannya hilang, beransur kurang..cakap cakap merepeknya dengan suara yang halus pun hilang sedikit demi sedikit..Saya terpaksa membaca ayat ayat suci dalam bilik mandi bersebelahan tandas ini tadi...aduyai..Setelah selesai saya bertanya dengan isteri saya, " Siapa yang merampas paip air tadi..garang bukan main..." Sambil tersenyum isteri saya menjawab, " Entah lah bang..rasa macam diri sendiri tapi kenapa la pelik sangat.."

itu sajalah yang dapat diperkatakan olehnya. Orang nya pun terus tertidur ni kat sebelah saya gamaknya keletihan lah agaknya. Tapi saya nak bagi tau...darah yang selalu kurang dan hilang waktu ibu ibu mengandung tu sebenarnya banyak kena hisap menda menda alah tu...kurang darah le jadinya. Pergi klinik ambik ubat tambah darah , oklah lama lama..tapi berkongsilah dengan menda alah yang tak nampak tu...heheh Oleh itu jauhilah keluar malam kepada para ibu yang hamil..saya sambung kisah cemburu ini ke bahagian kedua pula nanti..inshaallah.

Salam Semenanjung Emas.


MEMO= DARI BLOG TEMAN
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!