Penulis tiada bukti yang kukuh untuk membuktikan kebenaran ke atas setiap maklumat terbaru dan terkini di dalam blog ini kerana tiada di perolehi sumber hukum sahih yang menganjurkan perkara ini wajib dipercaya. Anggaplah ini sebagai suatu kebetulan yang tidak dapat dipastikan sahihnya.
GAMBAR MENUNJUKKAN KEADAAN DIRI KITA DI TENGAH DAN DIRI NAFSU YANG DISEBUT QARIN DAN DIRI ROHANIAH DI KIRI. INI ADALAH KEADAAN DIRI KITA YANG DIKUASAI OLEH NAFSU MANAKALA DIRI ROHANIAH KITA HANYA 10% BERBANDING NAFSU DIRI 90%. BERBAGAI BAGAI PANDANGAN PARA ULAMA MENGENAI QARIN SEPERTI YANG KITA TAHU, DI ATA SKESEMPATAN INI, MAKA SAYA INGIN BERDONGENG SEKALI LAGI BAHAWA QARIN ITU ADALAH KAWAN KARIB BERBANGSA SYAITAN DIRI YANG BERGELAR JUGA SEBAGAI NAFSU. KENAPA BERDONGENG, KERANA SAYA TIADA BUKTI NYATA UNTUK DI JELASKAN SEBAGAI FATWA YANG SAHIH LAGI NYATA. DIRI YANG DIKUASAI OLEH NAFSU INI TERDIRI DARI KALANGAN ULAMAK SU’ YANG GILA DENGAN HARTA WALAUPUN FASIH BERBAHASA ARAB TAHU TENTANG HUKUM HAKAM SEJELASNYA TETAPI TIADA CIRI CIRI SEORANG AHLI SYURGA. DEMI ALLAH AKU MENYAKSIKAN KATA KATA GURU.
WAKTU INI NAFSU BERGELAR NAFSU AMMARAH. AHLI NURAKA. HANYA SYAFAAT RASULULLAH SAW YANG AKAN MEMBEBASKANNYA. DIRI ORANG YANG BERNAFSU AMMARAH DILINGKUNGI CAHAYA GELOMBANG MERAH DAN BERTITIK HITAM DISEKALIAN TUBUHNYA. MANUSIA SEPERTI INI ADALAH TERGOLONG DARI KALANGAN YANG SENTIASA SYIRIK DAN SENTIASA MELAKUKAN DOSA BESAR TANPA RASA TAKUT KEPADA ALLAH MALAH BANGGA DENGAN MENCERITAKANNYA KEPADA ORANG LAIN. MINUM ARAK , BERJUDI, MEMBUNUH DAN BERZINA DENGAN GADIS SEKIAN LALU DICERITA CERITAKAN KEPADA SESEORANG. CAHAYANYA MERAH SEPERTI BUNGA API MEMERCIK DARI DIRI YANG DISANGKA KEBAIKAN DAN KEHEBATAN RUPANYA CAHAYA SYAITAN.
DIRI ROHANIAH MEWAKILI AKAL FIKIRAN YANG BERSIFAT MALAIKAT, MANAKALA NAFSU MEWAKILI HATI SANUBARI YANG BERSIFAT SYAITANI. MAKA PERTEMPURAN DALAMAN BERLAKU DENGAN KATA KATA MENGAJAK DAN MELARANG MELAKUKAN SESUATU SEHINGGA KITA AMAT BINGUNG UNTUK MEMBEZAKAN YANG MANA AKAL DAN YANG MANA NAFSU.
SESETENGAHNYA PULA HAMPIR PASTI PERBUATAN ITU ADALAH AJAKAN NAFSU TETAPI DILANGGAR JUGA..DAN ADA YANG PASTI ITU ADALAH AJAKAN AKAL TETAPI TIDAK DIENDAHKAN..YANG SEBENARNYA KITA INI TIDAK MAMPU MENGENAL DI ANTARA KEDUANYA KECUALI DENGAN RAHMAT ALLAH KITA MENDAPAT PETUNJUK YANG TELAH DIJANJIKAN.
ITULAH TAUFIQ DAN HIDAYAH, YG DAPAT MEMBAWA DIRI KELUAR DARI KEGELAPAN MENUJU KENYATAAN HIDUP HAKIKI YANG SEBENAR YG NYATA KITA INI TIADA IBARAT CERMIN MALAH YANG ADA HANYALAH DIA. TUNGGULAH SEHINGGA TUHAN MEMBUKAKAN MATA HATI MELIHAT PERKARA PERKARA YANG SEDANG BERLAKU DENGAN SEBENARNYA MELALUI MUSYAHADAH YANG BERSIFAT AMAT RAHSIA ATAU KATEGORI RAHSIA YANG TERAMAT RAHSIA DISEBUT SEBAGAI SIRRIL ASRAR.
ANDAI KATA SAYA SENDIRI YANG MENYAKSIKANNYA , MAKA SAYA JUGA ADLAH AMAT DILARANG MENCERITAKANNYA DI SINI. APA YANG SAYA PAPARKAN INI JUGA ADALAH KATEGORI SIR TETAPI BERDARJAT MUBTADI’ YANG MASIH BOLEH DITUNJUKKAN KEPADA AWAM SUPAYA DIRI AWAM MENYEDARI KEADAAN DIRI YANG BERDIRI SELAMA INI ADALAH TERDIRI DARI TUBUH ROH YANG SENI DIKANAN DAN TUBUH SYAITAN NAFSU YANG JUGA SENI DIKIRI. MASING MASING MENEMPATI KEDUDUKAN DI AKAL DAN DI HATI. ITULAH HATI YANG DISEBUT SINGGAHSANA IBLIS.
Dari pandangan seseorang:
Mengikut al quran, manusia dijadikan berpasangan. Hakikat berpasangan inilah yg gagal di fahami malah oleh iblis apabila di suruh sujud kpd Adama. Adama adalah bersifat fizikal dari tanah dan nyawa Adama terletak pada darah. Adama sendiri bermaksud Aa-Kami dan Dama-Darah. Adama mempunyai pasangannya iaitu Hawa dan Hawa sebenarnya bukanlah nama isteri Adama yg spt kebanyakan manusia di paksa menerimanya. Hawa inilah sebenarnya sebahagian dari roh tuhan yg ditiupkan ke tubuh Adama. Ini bermakna ruh manusia adalah bersifat mulia dan mempunyai kehebatan yg tidak terbatas. Manusia di janjikan menjadi khalifah di muka bumi kerana tuhan melebihkan manusia dari seluruh makhluk ciptaannya. Di samping itu diadakan penjaga di hadapan dan di belakang..
*Ini adalah pandangan tuan ********, walau bagaimana pun terpulang kepada individu masing masing untuk memahaminya.
Ahlan Wa Sahlan , Alaikum Bilkhair..
P/S= Sekiranya bercangah dengan mana-mana ilmu kebenaran, angaplah ini sebagai dogengan sahaja. Anda tidak dipaksa untuk mempercayakan apa yg telah ditulis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan