BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
20 gram mentega
80 gram gula kastor
20 gram tepung jagung
80 gram tepung serba guna
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 Celsius
2. Pukul telur sehingga kembang dan masukkan gula kastor
3. Ayak semua tepung bersama dan masukkan ke dalam adunan telur tadi
4. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan gaulkan sebati
5. Masukkan ke dalam acuan kertas dan bakar sehingga 15 minit
KRIM AISING
Bahan-bahan:
250 gram mentega
450 gram gula aising
1 sudu kecil esen vanila
Cara Membuat:
1. Pukul mentega sehingga kembang dan masukkan gula aising dan esen vanila
2. Pukul sebati sehingga kembang dan ringan
3. Hiaskan di atas kek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan