Apa terjadi?? Mesti korang nampak yg api ni bergerak kan.. bagi yg tak nampak tu sila lah jumpa dengan doktor mata haha point sebenar aku adalah jangan percaya dengan apa yg dilihat.
Rasanya dulu aku dah postkan pasal menda ni tapi tak apa lah sebab aku tengok masih ramai yg duk tuli lagi pasal menda ni. Sebut je pasal downline kompom menda ni hampeh sebab lame2 korang hangus.




Mula2 korang cetak je duit korang tu banyak2.. cetak berwarna lah (jangan buat duit tu untuk beli barang sudah lah) seperti semua orang buat haha lepas tu ambil gambar dan letak lah kat mana2 laman sosial yg korang ada. Upah atau suruh je kawan korang dua tiga ekor untuk komen pada gambar tu dengan komen yg membina hakhak. Contoh komen seperti ni "saya dah join bisnes ni dan dah kayo... terima kasih kerana ajak saya join". Tak cukup ganas lagi komen tu... cuba komen yg macam ni pula "baru 2 bulan saya join saya dah mampu beli kapal terbang" hahaha haaaa yg ni mantap abis. Dan korang jangan lupa pula untuk bagi tahu kat gambar tu untuk PM korang kalau nak join. Alaaa tipu lah kata bisnes online, mesti ramai yg bodoh akan join dan bagi korang RM100 dan diaorang bukan tahu pun yg komen tu kawan korang sendiri. Kayo lah korang dengan hanya perlu menipu je orang bodoh untuk dijadikan bewak hahaha.
Ilusi... haaaa ni lah apa yg aku nak tujukan pada mula2 takdi, korang nampak kan gambar api tu seperti hidup sedangkan gambar tu tak bergerak pun. Bagi korang yg nak menipu dengan cara yg aku tunjukan itu sila jangan libatkan aku pula. Dosa korang tangung sendiri aku tak terlibat langsung ok. Kalau betul bisnes online mana prodaknya?? barang yg dijualnya?? tak ada pun. Seperti yg aku kata takdi, cari orang yg bodoh dan ambil duit RM100 dia dan suruh dia pula yg cari orang bodoh yg lain untuk diambil duit tu. Halal atau Haram duit yg korang dapat tu aku tak tahu lah, lebih baik korang tanya kat Ustadz atau Pak Imam masjid yg berdekatan. Dulu ada lah kawan aku yg letakan gambar dia dengan duit yg cetak berwarna dan ramailah yg percaya yg dia tu kaya hahaha. Dia buat sekadar suka2 je bukan untuk menipu orang seperti yg kat atas tu. Itu lah kadang2 apa yg kita nampak dengan mata kepala sendiri tu pun tak boleh dipercayai. Wokey lah aku bagi tahu korang pekara yg sebenar menatang ni, INI BUKAN BISNES ONLINE TAPI MINTAK SEDEKAH ONLINE. Bagi yg tak ada computer atau pengatahuan IT masih boleh join menda ni, caranya bawa mangkuk sambil duduk di tempat awam. Sama je tapi berlainan situasi hahaha
P/S= Mesti ramai yg terlibat dengan "bisnes online" menatang tipu ni marah dengan aku hahaha. Kalau kat facebook mesti terus block aku atau delete terus dari fren list hahaha sebab takot aku akan kacau diorang sampai diaorang tak boleh cari bewak hahaha. Ingat akak hari tu hahaha jadi korang dah tersedar atau belum??
2 ulasan:
dah menatang ape pegang duit blake..wak mari gak posen dua nak wak beli bewok..bulih x?
HEEHEHEHE, SAYA SOKONG....
Catat Ulasan