Ahad, 19 Jun 2011

INFINITY DOWNLINE

Wokey mula-mula korang tenung kat gambar diatas ini selama 15 saat (lagi lama lagi bagus), tenung yg kat tengah2 sekali tu... lepas tu dengan pantas korang lihat pula gambar api kat bawah ni
Apa terjadi?? Mesti korang nampak yg api ni bergerak kan.. bagi yg tak nampak tu sila lah jumpa dengan doktor mata haha point sebenar aku adalah jangan percaya dengan apa yg dilihat.
Rasanya dulu aku dah postkan pasal menda ni tapi tak apa lah sebab aku tengok masih ramai yg duk tuli lagi pasal menda ni. Sebut je pasal downline kompom menda ni hampeh sebab lame2 korang hangus.
Facebook log in RM100 hahahaha watefak. Kali ni aku fokuskan pada menatang menda ni, bagi korang yg ada akaun FB ni mesti korang ada terjumpa dengan menatang ni kan. Sebenarnya menatang ni dah belambak dimana-mana bukan kat FB je, di mana ada sosial network disitu ada menatang ni. Aku tak join pun tapi aku dah tahu cara operasinya.
Mesti ada yg bengang dengan aku sebab postkan menda ni kan hahaha. Macam kat fb hari tu orang yg buat manatang ni marah kat aku dengan sahabat aku sebab kacau dia mencari orang bodoh untuk dijadikan mangsa. Sistem menatang ni mudah je, korang bagi bewak tu duit RM100 pastu bewak tu akan bagi tahu cara untuk korang pula jadi bewak hakhak.
Meh aku ajar korang jadi bewak tanpa perlu korang keluarkan modal RM100, yaaaa free je aku bagi tahu hahaha. Caranya mudah je... korang hanya perlu cari orang untuk dijadikan bewak je. Mudah kan.. suruh orang tu bayar korang RM100 lepas tu korang bagi tahu lah kat orang tu cari orang lain pula untuk dijadikan bewak dan mintak pula kat orang tu RM100. Dan menda ni berterusan lah seperti itu sampailah dah tak ada orang yg nak jadi bewak haaaa bila dah tiba masa ni korang lah hangus sebab tak ada dah income pulus korang tu.
Ok mari berfikir secara logiknya... sekarang korang dah tahu kan macam mana cara menatang ni berfungsi... jadi buat apa korang nak bayar kat orang apa kata korang mulakan je terus mencari mangsa. Wooouussshhh 100% untung tu tanpa modal pun.... peerrrhhh bijak lagi bernas kan cadangan aku ni hahahaha pujilah lah aku ni sikit weh. Apa??? korang masih samar-samar tak nampak menda?? deerrrr slow betul lah korang ni baiklah mari aku terangkan lagi bersuluh dengan lampu spotlight untuk korang. Ini kalau cara aku lah haha:
Mula2 korang cetak je duit korang tu banyak2.. cetak berwarna lah (jangan buat duit tu untuk beli barang sudah lah) seperti semua orang buat haha lepas tu ambil gambar dan letak lah kat mana2 laman sosial yg korang ada. Upah atau suruh je kawan korang dua tiga ekor untuk komen pada gambar tu dengan komen yg membina hakhak. Contoh komen seperti ni "saya dah join bisnes ni dan dah kayo... terima kasih kerana ajak saya join". Tak cukup ganas lagi komen tu... cuba komen yg macam ni pula "baru 2 bulan saya join saya dah mampu beli kapal terbang" hahaha haaaa yg ni mantap abis. Dan korang jangan lupa pula untuk bagi tahu kat gambar tu untuk PM korang kalau nak join. Alaaa tipu lah kata bisnes online, mesti ramai yg bodoh akan join dan bagi korang RM100 dan diaorang bukan tahu pun yg komen tu kawan korang sendiri. Kayo lah korang dengan hanya perlu menipu je orang bodoh untuk dijadikan bewak hahaha.
Ilusi... haaaa ni lah apa yg aku nak tujukan pada mula2 takdi, korang nampak kan gambar api tu seperti hidup sedangkan gambar tu tak bergerak pun. Bagi korang yg nak menipu dengan cara yg aku tunjukan itu sila jangan libatkan aku pula. Dosa korang tangung sendiri aku tak terlibat langsung ok. Kalau betul bisnes online mana prodaknya?? barang yg dijualnya?? tak ada pun. Seperti yg aku kata takdi, cari orang yg bodoh dan ambil duit RM100 dia dan suruh dia pula yg cari orang bodoh yg lain untuk diambil duit tu. Halal atau Haram duit yg korang dapat tu aku tak tahu lah, lebih baik korang tanya kat Ustadz atau Pak Imam masjid yg berdekatan. Dulu ada lah kawan aku yg letakan gambar dia dengan duit yg cetak berwarna dan ramailah yg percaya yg dia tu kaya hahaha. Dia buat sekadar suka2 je bukan untuk menipu orang seperti yg kat atas tu. Itu lah kadang2 apa yg kita nampak dengan mata kepala sendiri tu pun tak boleh dipercayai. Wokey lah aku bagi tahu korang pekara yg sebenar menatang ni, INI BUKAN BISNES ONLINE TAPI MINTAK SEDEKAH ONLINE. Bagi yg tak ada computer atau pengatahuan IT masih boleh join menda ni, caranya bawa mangkuk sambil duduk di tempat awam. Sama je tapi berlainan situasi hahaha
P/S= Mesti ramai yg terlibat dengan "bisnes online" menatang tipu ni marah dengan aku hahaha. Kalau kat facebook mesti terus block aku atau delete terus dari fren list hahaha sebab takot aku akan kacau diorang sampai diaorang tak boleh cari bewak hahaha. Ingat akak hari tu hahaha jadi korang dah tersedar atau belum??
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

Hello Hello berkata...

dah menatang ape pegang duit blake..wak mari gak posen dua nak wak beli bewok..bulih x?

Tanpa Nama berkata...

HEEHEHEHE, SAYA SOKONG....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!