Jumaat, 3 Jun 2011

3 Petua Di Dapur

1. TIP GUNA KUALI BARU
Ikan atau ayam yang digoreng dalam kuali baru selalunya akan melekat. Atasinya dengan menggorengkan sedikit hampas kelapa tanpa menggunakan minyak sehingga hampas itu kekuningan. Basuh kuali tersebut sebelum menggunakannya untuk menggoreng.

2. ELAK MENTEGA MELEKAT PADA PENYUKAT
Biasanya apabila menyukat mentega ia akan melekat pada penyukat. Ini menjadikan sukatan kurang tepat, untuk mengelakkannya, penyukat hendaklah direndam dahulu ke dalam air sejuk sebelum digunakan.

3. CARA MUDAH TENTUKAN TELUR REBUS MASAK SEMPURNA
Selalunya semasa merebus telur suri rumah khuatir telur tersebut tidak cukup masak terutama jika ia dimasak dalam jumlah yang banyak. Oleh itu cara untuk mengatahui ia telah masak, masukkan telur ke dalam periuk bersama-sama dengan sedikit beras dan air. Apabila beras telah menjadi nasi bermakna telur rebus sudah masak sebaiknya.

P/S= Atas permintaan "mem" besar, aku post tip ni hehehe. Nanti kalau rajin aku bagi resepi KEK CAWAN yek! =P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!