Khamis, 9 Jun 2011

HIKMAH SURAH KAHFI MELAWAN DAKYAH SYIAH YAHUDI

LENGGANG IRAN HAMPIR TERGELICIK DEK PASPOT AHMADINEJAD


PENGENALAN / PASSPORT DIRI AHMADINEJAD HAMPIR SAJA MENGUBURKAN HARAPAN ISRAEL DAN ISLAM kerana mengandungi nama ” sabourjian” penenunkain yahudi tulin yg taat  beragama, masuk islam tapi syiah, memang sah ada agenda besar umat yahudi yang amat terahsia..sedarlah wahai umat.
SIRI PERTEMUAN RAHSIA AHMADINEJAD BERSAMA PENDETA RABBI YAHUDI DI NEW YORK JUGA MASIH SEGAR DALAM INGATAN..APAKAH YANG TERSIRAT DI SEBALIK SEMUA INI..KENAPA MASIH RAMAI UMAT ISLAM MENGAGUNG AGUNGKAN SYIAH ?
Kita telah pun diberi peringatan , bukan sahaja oleh rakan dan teman blogger yang sanggup mengambil lebihan masa menghadap monitor dan mengurut keyboard’ masing masing entah di rumah atau di cyber cafe atau di mana sahaja kesempatan dapat berehat dan sambil melepaskan lelah memandu. Mengisi ruang kosong itu dengan menyampaikan dakwah dan peringatan kepada yang mahu menerima peringatan. Mungkin belum tiba masanya mereka yang masih menolak peringatan , walaupun telah bertalu talu hadis Rasul dibacakan , malah diri si pembaca dan penyampai hadis tersebut ada yang tidak sedar bahawa hadis itu mengenakan dirinya.
Ada sebuah hadis dari Rasulullah SAW yang telah disampaikan oleh Baginda SAW yang menitahkan kita supaya membaca salah satu dari surah Al Quran dari ayat 1 hingga 10 surah Al Kahfi. Ayat ayat itu hendaklah diamalkan membacanya kalau boleh pada setiap hari kecuali terlupa. Kelebihannya ialah, barangsiapa, yang mengamalkannya, pasti, ALLAH SWT, akan memelihara, dan melindungi diri hatinya, (bukan diri tubuhnya spt yang disangkakan kebanyakkan orang, kerana entah sempat berjumpa dengan dajjal atau pun tidak) supaya diri hati dan akal fikirannya tidak terjebak dengan dakyah dan penipuan, tipu daya, lakonan, drama, kepura-puraan kaum kaum tertentu, dari menguasai fikiran dan tindak tanduk perkataan dan perbuatan kita sehari hari. Supaya jika diperingatkan akan segera tersedar atau diri tubuh akalnya sendiri dapat menerima gelombang aura syubhatnya lalu segera menafikan segala dakyah dari kaum dajjal itu. 
Adakah Rasulullah SAW menyuruh kita membaca ayat 1 hingga 10 surah Al Kahfi itu sewaktu bertemu Dajjal nanti. Sebenarnya, Baginda SAW menganjurkan supaya diamalkan ayat ayat tersebut di tempat tinggal kita masing masing di Malaysia atau Indonesia atau Brunei Atau di mana sahaja, di kampung, atau di tepi sungai dalam gaung..supaya, apabila terdengar berita yang pelik pelik atau jika terdengar bahawa agama syiah itu ialah agama islam tiruan dan dengan sikap berpura pura untuk menghancurkan islam ini, mudahlah hatinya terbuka dan menerima, sebab ayat ayat itu memang dicipta ‘kun’ dan difirman ‘fayakun’kan untuk menapis dan menahan berita dakyah pendajjal. Jadi kalau berpenat lelah ikhwan muslimin dari seluruh daerah, negeri, negara dan di peringkat dunia bercerita dan menerangkan tapi tak mahu dengar, dengan siapa lagi yang nak kita dengar kata kata yang memberi peringatan..Walaupun mereka termasuk saya ini menyampaikannya dengan penuh emosi, itulah kesungguhan namanya. Tapi kalau terlalu emosional sangat pun bukannya baik pula. Saya agak agak sajalah, entah entah mereka ini tidak pernah membaca dan mengamalkan ayat ayat tersebut. Iya kot, sebab tak faham faham dengan nasihat kawan kawan blogger, malah dicaci nista di perlekeh pula. Tanda tidak mendapat taufiq hidayah ke begitu? Cubalah berbelanja sikit duit simpanan tu, buat passport intai intai sikit di Iraq, Iran dan seluruh negara arab yang lebat syiah yahudinya itu. Saya rasa takkan dapat pertunjuk juga, sebab tidak mengamalkan ayat 1-10 Al Kahfi itu dahulu.
Saya terkilan apabila membaca salah satu laman blog ‘Akhbar Fitan’ , ada di antara pelawatnya yang mendokong bahawa syiah itu benar lagi dibenarkan. Entah kenapa saya sangat hairan mereka ini suka dan berminat dengan syiah yang disebut sebagai fitnah dari dajjal itu dan diterima oleh hati muslimin ini. Muslim ke Mat Muslem..?  Ayat ayat dari surah Al Kahfi itu amat berkuasa menahan diri dari menerima dakyah yahudi terang dengan yahudi bunian itu. Ayat ayat tersebut mampu menghilangkan keraguan hati, mampu melindungi diri dari dipeluk dan dipukat dengan jaringan halus yahudi dajjal yang amat dahsyat fitnahnya di seluruh dunia. Tiada siapa yang dapat menahan helah dan tipu daya fitnah DAJJAL yang telah pun keluar dari tempat persembunyiannya, dari ikatan besi rantainya, dengan izin Allah beberapa kurun selepas Rasulullah SAW wafat dahulu. Esok kita jumpa kisah bagaimana Nabi Khidir A.Salam bertembung dengan Dajjal terkutuk itu dan dibunuh akan Khidir a.s oleh Dajjal Laknatullah alaihi. Tetapi hidup semula. Kisah ini ada di dalam fitan wal Malahim dan Misykaat serta Kasyful Ghaibiah.
Dajjal sebenar itu masih belum mengisytihar dan mempamirkan dirinya lagi waktu ini, tetapi dia itu sudah bergerak memberi arahan dari suatu tempat yang amat rahsia. Nanti, sewaktu Imam Mahadi hampir memasukki kota Vatican City Katedral itu dari pintu sebelah timurnya, dia akan terlalu marah kerana rancangannya untuk menghalang Mahdi daripada memasukkinya gagal yang akhirnya membawa kegagalan kepada dirinya yang telah merancang dan mengatur projek mega terahsianya itu. Kecewanya bukan kepalang bagaikan orang yang sudah putus asa. Keluarlah dia itu nanti dengan sengaja untuk melemahkan islam dengan terang terangan setelah melakukan dakwahnya yang hebat secara sembunyi sembunyian akhirnya gagal, pandai dia meniru dakwah Nabi kita.
Jika sekiranya saya tahu di mana tempatnya akan saya simpan rahsianya kerana ini adalah rahsia alam sejagat dan rahsia keimanan seseorang yang akan di uji dan teruji, malang saya memang tidak tahu. Cuma mungkin boleh memberikan sedikit gambaran, dia bukan muncul dari segitiga Bermuda yang ternyata sebagai tempat pertemuan rahsianya bersama iblis azazil laknatullah. Tetapi tempatnya adalah di sekitar Pergunungan Khurasan tepat dengan  cadangan Iran yang terbaru untuk membina loji emparan terbesar dan tercanggih di bawah tanah pergunungan itu. Kawasan itu telah di‘blackarea’kan mungkin..agaknya..cuba periksalah sendiri. Dajjal itu nanti akan menyelusup masuk ke Kota Isfahan dan muncul ditengah kota Iraq bersama 70,000 pengikut syiah yahudi mengganyang orang orang arab wahabi dan sunni sekaligus bahkan sebelum itu lagi melalui wakil wakilnya si As Sufyani. Dengan kekuatan yang tidak termampu dikalahkan oleh sesiapa pun kecuali sebahagiannya oleh Imam Mahdi , akhirnya dia si laknatullah alaihi akan dihancurkan oleh Nabi Isa Alaihi Salam yang dinanti nantikan oleh jutaan umat kristian.
Bukankah kebun kurma di Baisan sudah tiada lagi , mengikut berita yang diterima sudah hampir pupus.. Bukankah Tasik Tabariah sudah pernah kering walaupun hanya sedikit  dan bukankah Air Mata Zughar sudah hanya lelehan yang tinggal. Semuanya ada di Palestin. Yang sedang dikuasai oleh yahudi sekarang ini. Saya cadangkan sekali lagi kepada seluruh umat islam supaya mengendurkan ketegangan hati yang keras membatu itu supaya bertenang dan ambillah iktibar. Bacalah istighfar dan mulakan mengamalkan 10 ayat pertama dari Surah Al Kahfi selama 40 hari jangan berhenti , dengan membacakannya sekali sehari pun jadilah, supaya hati keras yang bengkok “‘iwajan” itu segera lurus semula “qaiyiman” berdiri lurus, menerima pandangan dan nasihat serta teguran bahawa itu adalah DAJJAL dan ITU ADALAH RANCANGAN FITNAH DARI DAJJAL yang sedang berleluasa dapat dihindar atau tertolak dari fahaman diri yang membengkok selama ini. Itulah yang saya ingin sampaikan maksudnya, susah sangat saya nak menerangkannya pun.
Saya mendapat khabar dari rakan rakan blogger juga, bahawa Ahmadinejad berketurunan yahudi melalui pendedahan para wartawan yang telah berjaya mencuri gambar paspot ahmadinejad yang diangkat secara tidak sengaja atau terlupa. Sudah ditakdirkan Allah, supaya orang tahu, bahawa dia itu memang aslinya yahudi, masuk islam, islam syiah. Bukan islam sunni..Dan lagi wartawan melepaskan gambar video mesyuarat rahsia pertemuan antara Ahmadinejad dengan para pendeta yahudi karta itu, bercium peluk seperti adik beradik. Pernah tengok yahudi bersalam dengan Yaser Arafat ? Nak senyum pun susah, tiba tiba ada yahudi rabbi berpeluk cium hormat dengan iringan hadiah piala..Memang kalau dah gelap hati kita, gelap lah sampai bila bila kecuali mahu mengambil iktibar dari cerita ini.
Baru baru ini ada lagi berita saya terbaca salah seorang pegawai Iran yang selalu melaungkan permusuhan dengan setiap jabatan Israel, tiba tiba ada di sisi salah seorang Menteri Israel, dengan duduk penuh protokol  mesra dan berhemah. Setahu kita , tidak ada yahudi mahu menyambut tetamu islam sampai begitu sekali. Yahudi adalah bangsa terulung di dunia sebagai bangsa pilihan tuhan. Tak akan mahu dia menyanjung manusia lain melainkan orang orang yang ada tuntutan rahsia bersama mereka.
Tetapi mereka cukup bijak hanya dengan penafian sekali dua melalui media mereka, maka tertutup lah segala makar mereka. Wamakaruu wamakarallah, Wallahu Khairul Maakiriin. Sebijak bijak mereka yang licik, ingat tipu daya Allah adalah tipu daya terbaik sampai bila bila. 
wallahu a’alam bissawab


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!